Bahagian 7: Pertemuan Di Bawah Pokok

832 42 2
                                    

Waktu rehat telah pun tiba, Rahmat sudah pun keluar tercegat di bawah pokok setengah jam yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Waktu rehat telah pun tiba, Rahmat sudah pun keluar tercegat di bawah pokok setengah jam yang lalu. Rahmat keluar awal waktu rehat dengan memberi alasan mahu ke tandas. Lagipun Rahmat memang tidak suka matapelaran yang diajar ketika itu iaitu matematik. Bahkan, kesemua matapelajaran pun Rahmat tidak suka. Kecuali Pendidikan Seni Visual, kerana ianya diajar oleh seorang guru praktikal wanita yang bernama Seri.

Cikgu Seri memang cantik orangnya, kena dengan namanya. Memang berseri-seri kelas kalau Cikgu Seri mengajar. Pelajar yang paling malas pun akan rasa bersemangat untuk belajar jika Cikgu Seri yang mengajar. Kelibat pengetua Tuan Haji Rahman juga sering kelihatan mundar-mandir di luar kelas jika Cikgu Seri mengajar. Ibarat ada satu agenda tersembunyi yang cuba dilakukan oleh Tuan Haji Rahman. Semenjak kematian isterinya setahun yang lalu, makin menjadi gatalnya

Setelah hampir lima minit menunggu, akhirnya Rahmat nampak kelibat Rokiah. Rahmat cuba menyorok di belakang pokok, takut-takut kalau Rokiah ternampak dirinya, Rokiah akan lari pergi ke tempat lain.

"Ila bawak bekal apa hari ni? Kiah bawak nasi goreng je.. Hehe" ketawa Kiah manja.

Pertama kali Rahmat mendengar Kiah ketawa. Sungguh manja sekali suaranya. Membuatkan Rahmat merah pipi, walaupun Rahmat bukannya putih sangat. Entah mengapa, tiba-tiba Rahmat merasakan hari itu sungguh tenang. Langit yang membiru dirasakan cukup indah, rumput menghijau ditemani suara cengkerik membuatkan hati Rahmat rasa melayang. Mungkin bunyi cengkerik agak asing baginya, selalunya dengar bunyi monyet saja.

Rahmat menepuk-nepuk pipinya, segera menghilangkan khayalannya. Dia perlu optimis! Tujuan dia berdiri dibelakang pokok ni bukannya untuk mendengar bunyi cengkerik, sebaliknya untuk meminta maaf. Kalau mahu dengar bunyi cengkerik, baik pergi Kedai Akuarium Ah Kuat, kerana di sana ada menjual cengkerik untuk dijadikan umpan ketika memancing.

Rahmat keluar dari persembunyiannya. Ila Rambo hampir tercekik tulang ayam goreng yang dibawanya dari rumah kerana terkejut dengan kemunculan Rahmat dari belakang pokok secara tiba-tiba.

"Woi! Kau ni buat terkejut aku je! Kau apahal ade kat sini? Tak lepak dengan monyet ke hari ni?!" perli Ila kerana bagi pandangan mata Ila, Rahmat tak ubah seperti monyet jantan yang mendominasi kawasan.

"Sibuk lah kau! Aku bukan nak jumpa kau! Aku nak jumpa Rokiah.." jelas Rahmat, sambil mengenggam penumbuk, cuba menahan amarahnya terhadap Ila Rambo kerana mengejeknya sebentar tadi.

Tapi dia cuba tahan kerana tidak mahu Rokiah memandang negatif terhadapnya, walaupun dari awal lagi Rahmat sudah dipandang negatif oleh Rokiah.

"Ada apa Rahmat nak jumpa dengan Kiah? Nak baling bekal Kiah lagi ke hari ni?"

Kata-kata tersebut cukup tajam untuk Rahmat telan. Seperti Rahmat telah melakukan dosa besar terhadap Rokiah.

"Sorry Kiah, Rahmat mintak maaf. Rahmat tahu Rahmat bersalah.. Ampunkanlah Rahmat." pujuk Rahmat dengan menggunakan ayat-ayat yang dipelarinya dari drama petang-petang. Ayat itu telah lama Rahmat hafal, tapi hari ini dapat juga dipraktikkannya.

"Hmm.. Okay.. Tapi lain kali jangan buat lagi tau? Kiah tak suka.." tegas Rokiah.

Walaupun ada tegasnya intonasi tersebut, tapi masih terserlah kelembutan suara Rokiah, membuatkan Rahmat tiba-tiba lemah lutut. Kelembutan yang amat jarang dia dengar pada wanita zaman itu, apatah lagi pada Ila Rambo, lagi langsung tiada kelembutan.

"Hah! Puas hati kau Rahmat? Sekarang, blah la! Kitorang nak makan!" marah Ila kerana masih tidak puas hati dengan kejadian dia hampir tercekik tulang ayam.

"Aku tau la nak blah! Sibuk lah kau Rambo! Terima kasih Kiah, kerana dengan ikhlas memaafkan perbuatan Rahmat.." sekali lagi dialog drama petang-petang digunakan oleh Rahmat, membuatkan Ila Rambo hampir muntah.

"Takpe.. Yang penting lepas ni Rahmat jangan nakal-nakal.." balas Rokiah sambil tersenyum.

Sekali lagi Rahmat merasakan dirinya melayang-layang. Tidak lagi dia mendengar bunyi cengkerik, sebaliknya bunyi ombak menghempas pantai dan deruan angin membelai pohon nyiur. Di mata Rahmat sekarang hanya tergambar ikan lumba-lumba sedang berenang dan kuda liar berlarian di persisiran pantai. Sunnguh indah dirasakan apabila melihat Rokiah tersenyum.

"Rokiah.." cubaan Rahmat untuk berbual, tetapi di sampuk oleh Ila Rambo.

"Kau nak apa lagi hah monyet?!"

Rahmat betul-betul sabar. Tak pernah dia sesabar ini sejak kali terakhir dia bersabar untuk bermain bola ketika sedang pantang berkhatan. Kalau diikutkan hati, sudah lama Ila Rambo terperusuk di bawah bangku yang diduduknya. Tetapi demi reputasinya di hadapan Rokiah, dia tahankan jua telinganya dari cacian Ila Rambo.

"Malam ni Rokiah ada pergi mana-mana tak?" tanya Rahmat tanpa mempedulikan Ila Rambo.

"Rokiah selalu kalau waktu Maghrib dengan Isyak Kiah pergi ke surau dengan mak.. Kenapa Rahmat?" jawab Kiah.

"Ooo.. Surau.." balas Rahmat, dengan kepala otaknya secara spontan mendapat satu rancangan. 

Rancangan untuk mendekati Rokiah.

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now