Bahagian 85: Di Balik Langsir

171 5 0
                                    

Langsir diselak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langsir diselak. Rahmat segera memalingkan mukanya ke meja makan. Atau, lebih tepat lagi, ke lauk ayam goreng yang betul-betul berada di depannya. Tidak berani dia menatap muka yang bakal kelihatan di balik langsir itu. Muka Mak Siti. 

"Mak, jom makan sekali."

Senyap, tidak berjawab. Saat itu, Rahmat dapat merasakan satu aura yang sangat kuat datang dari arah kanan. Seperti ada satu pandangan tajam yang sedang memandangnya. Rahmat tahu, itu pandangan dari Mak Siti. Bagaikan ada satu tarikan graviti yang kuat, memaksa mata Rahmat menatap hanya kepada ayam goreng di depannya itu. Tidak berani untuk dia menoleh. Jika ayam goreng itu digantikan dengan satu watak perempuan dari satu siri anime, pasti ayam goreng itu sudah mengeluarkan bunyi "kyaaa~" akibat malu dipandang oleh Rahmat.

Bunyi berderit lantai papan ketika Mak Siti melangkah mendekati meja makan, menambahkan lagi efek seram dan cuak di hati Rahmat. Kelihatan titik-titik peluh mula terbentuk di dahi Rahmat. Hendak katakan panas, tidak mungkin kerana rumah kampung - lagi rumah papan - seperti rumah pusaka Rokiah itu kebiasaannya akan menjadi dingin di malam hari. Tambahan pula, kipas berdiri berjenama Pensonic sentiasa menghembus angin ke arah meja makan itu.

"Mak cik masak ke semua ni?"

Tiba-tiba Ila Rambo bersuara. Disebabkan suara Ila Rambo itu yang agak kuat, membuatkan Rahmat tersentak.

"Mak cik masak keeee?? Eh?" Rahmat melatah.

Rokiah, Ila, dan Mak Siti, masing-masing memandang ke arah Rahmat. Keadaan sunyi seketika. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik di luar dan bunyi kipas usang Pensonic itu sahaja.

"Hahahahaha! Muka hensem dah! Berjambang, ber-pomade bagai, tapi melatah! Hahahahaha!"

Ila melempiaskan tawanya. Lantas menyebabkan Rokiah dan Mak Siti pun turut tertawa. Merah padam muka Rahmat ditertawakan oleh Ila Rambo.

"Hahahaha! Serius tak boleh blah doh! Aku ingat 6 tahun kau hilang, penyakit melatah kautu pun ikut hilang sekali. Rupanya sampai hari ni kau bawak lagi ye? Sayang betul kaukat latah kau tu. Hahahaha!"

"Kau diam la Rambo! Ni penyakit keturunan la. Susah nak buang!"

"Abah kau keturunan! Kau ingat saka ke? Hahahaha"

Rahmat terdiam. Sebelum dia dimalukan lagi oleh Ila, lebih baik dia tak melawan. Kadang- kadang, berdiam diri lagi baik dari melawan. Apatah lagi jika lawan itu ialah Ila Rambo. Rambo kot!

"Tak.. Semua ni Kiah yang masak. Dia kata, dia nak masak special untuk kawan-kawan dia..Makcik tolong potong-potong sayur je."

Mak Siti bersuara. Membuatkan Rahmat kembali ke realiti sebenar. Ya. Tadi, dia tengah fikir pasal perkara lain. Tadi, dia tengah pandang ayam goreng. Tadi, dia tengah risaukan apa yang Mak Siti fikirkan pasal dia! Kini, mata Rahmat sudah tertumpu ke wajah Mak Siti!

"Apa khabar, Mat?" tanya Mak Siti.

Berderau darah Rahmat. Degupan jantungnya kini sudah sepantas bullet train yang berada di Jepun itu. Walaupun soalan Mak Siti itu pendek dan nampak mudah oleh orang lain, namun tidak bagi Rahmat. Rahmat bagaikan hendak menjawab soalan bernilai sejuta Ringgit di dalam rancangan Who Want To Be A Millionaire. Dalam bayangan Rahmat, Mak Siti yang kini berada di hadapannya, kelihatan saling tak tumpah seperti Jalaludin Hassan, hos kepada rancangan TV itu. Rahmat tidak pasti, adakah itu soalan 'pancing', atau soalan ikhlas dari Mak Siti.

"Ba.. Baik.. Mak cik sihat?"

Ketika itu Rahmat sedar, yang dia telah salah menjawab soalan. Sepanjang hidup Rahmat, ada tiga perkara yang dia menyesal buat, dan dia akan ingat sampai bila-bila.

Pertama, ketika dia cuba untuk memeluk angsa belaan neneknya di kampung semasa dia berumur 5 tahun.

Kedua, ketika dia ambil duit simpanan milik bapanya semasa dia lari meninggalkan kampung.

Dan ketiga, sekarang ini, semasa dia menjawab soalan Mak Siti.

Kalau dia tahu, dia hanya menjawab "Baik" sahaja, dan tak perlu menambah ayat dengan soalan "Mak cik sihat?" di hujungnya. Itu sahaja kesilapan yang tidak patut dia lakukan.

"Aku sihat ke tak, kau tanya??"

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now