Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 6 petang. Tetapi jam di tangan Rahmat baru 5.50 petang. Rahmat pelik. Pelik memikirkan sama ada jam di tangannya yang lambat, atau jam di dinding yang cepat. Tetapi itu tak menganggu kosentrasinya terhadap taklimat ringkas Sarip yang baru didengarnya sebentar tadi. Taklimat tentang kerja baru yang akan dia lakukan sebentar lagi. Kerja sebagai seorang penjual burger.
"Kau paham tak apa yang aku cakap tadi?"
"Paham.. Start meniaga pukul 6 setengah.. Habis meniaga pukul 12 malam.. Kan?"
Jawab Rahmat, disertakan dengan satu soalan ringkas di hujung ayatnya.
"Haaa.. Betul tu.. Tapi kalau dah pukul 12, tengah kita siap-siap nak balik, tapi ada sorang customer datang nak beli burger, apa kita nak buat?"
Tanya Sarip, seolah-olah seperti hos sebuah game show kanak-kanak.
"Err.. Kita cakap dengan dia, datang esok je la.. Dah nak tutup dah ni.. Kan?"
Jawab Rahmat, dan sekali lagi disertakan soalan ringkas di hujungnya.
"Hotak kau! Itulah melayu.. Suka sangat tolak rezeki, sebab malas.. Itu bukan setakat customer, tapi rezeki kita tu.. Jangan sesekali tolak rezeki.. Biarpun kita dah siap kemas sekalipun, kalau customer datang nak burger, kita kena buat jugak! Itu motto aku berniaga.. Kau jangan nak cemari motto aku tu.. Aku silambam kau karang!"
Tengking Sarip. Ya, tengking.. Trademark beliau.
"Motor? EX5 kau tu ke?"
Jawab Rahmat dengan lawak hambar. Rahmat tahu, dia tak sepatutnya membuat lawak ketika Sarip sedang menengking, kelak kaki Sarip yang akan sampai di badannya. Tetapi perkataaan 'motto' itu amat sukar untuknya menolak dari membuat lawak. Seperti ada sesuatu bisikan syaitan yang menyuruhnya untuk membuat lawak. Biarlah lawak hambar sekalipun.
Sarip terdiam. Dia hanya memandang Rahmat dengan pandangan sayu. Segera dia masuk ke dalam bilik tanpa berkata apa-apa.
"Fuh! Nasib baik dia tak naik gila.." Bisik hati Rahmat, sambil mengesat peluh dingin yang mengalir di dahinya.
Pintu bilik Sarip terbuka. Sarip keluar dari bilik, dengan tangannya seperti memegang sesuatu. Dengan kesamaran cahaya senja yang menerangi ruang tamu rumah sewa itu, Rahmat cuba mengamati apakah benda yang dipegang Sarip itu. Warnanya hitam. Saiznya tak besar, tak pula terlalu kecil. Bila Sarip semakin hampir, barulah Rahmat tahu apa benda yang Sarip pegang itu. 'Benda' itu ialah pistol BB, atau dalam bahasa orang putihnya, BB gun!
"Ooo.. Kau main-main dengan aku ya? Makan ni!!"
Jerit Sarip, sambil menembak Rahmat menggunakan pistol BB itu. Menggelupur Rahmat apabila dihujani dengan peluru BB yang mana amatlah sakit bila ditembak dengan jarak sedekat itu!
"Sakit Sarip! Sakit!! Aku gurau je tadi! Sorry!" jerit Rahmat meminta ampun, sambil menahan tujahan demi tujahan peluru BB Sarip.
"Haaa.. Tau pun sakit.. Lain kali kalau aku serius, jangan buat lawak bodoh, bodoh! Kalau nak buat lawak pun, pastikan aku tergelak.. Baru kurang rasa sakit hati aku tu!"
Terang Sarip, sambil menghentikan serangan yang tidak berperikemanusiaannya itu terhadap Rahmat.
Rahmat terkulai layu. Seluruh tubuhnya ditumbuhi bintat-bintat kecil angkara tembakan pistol BB dari Sarip tadi. Sakitnya bukan gurauan. Suara Pak Lang terngiang-ngiang di telinga Rahmat. Suara Pak Lang yang menasihati Rahmat, dua hari lepas.
"Mat, hang jangan buat Sarip maghah teghok.. Kalau hang buat dia maghah, mampuih hang! Memang makan pistol lah hang! Hahaha.."
Pada ketika itu, Rahmat tidak mengerti apa yang dimaksudkan Pak Lang tentang 'pistol' itu. Tetapi sekarang, barulah Rahmat mengerti. Benar kata pepatah orang putih, 'no pain, no gain'.
YOU ARE READING
Cinta Rokiah
ЮморRokiah adalah seorang gadis biasa yang tinggal di sebuah kampung biasa, dan mempunyai kehidupan yang biasa. Ini adalah cerita biasa yang ditulis secara biasa oleh seorang yang tak biasa menulis. Biasalah tu..