Bahagian 61: Kawan Lama

297 25 2
                                    

Rokiah termenung lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rokiah termenung lagi. Dan seperti biasa, di bingkai jendela di ruang tamu itulah tempat dia bermenung. Dia merenung lagi pokok rambutan yang berdiri rimbun di halaman rumahnya. Kali ini barulah dia perasan cicak tokek yang selalu diperkatakan oleh Wahid Sepana sebelum ini. Ada dua ekor. Bukanlah cicak itu cacat mempunyai dua ekor, tetapi dua ekor di sini bermaksud ada dua cicak seperti itu. 'Ekor' di sini ialah penjodoh bilangan. Sedikit pembelajaran ringkas subjek Bahasa Melayu sebelum ke cerita selanjutnya.

Dari pagi tadi Rokiah tidak perasan kereta BMW Rahmat. Seingat Rokiah, semalam Rahmat parkir kereta itu di halaman rumahnya, bersebelahan pokok serai. Tetapi hari ini tidaklah pula Rokiah nampak kereta Rahmat itu. Yang ada hanyalah tiga rumpun serai yang menghijau.

"Lari dari rumah lagi ke?" bisik hati Rokiah, membuat andaian.

Mungkin ada betul Rahmat melarikan diri lagi, setelah apa yang berlaku semalam. Semalam Rokiah bukannya sengaja ingin menutup tingkap dengan kuat, tetapi itu semua kerana terlalu geram dengan Rahmat. Fikir Rokiah, Rahmat betul-betul menangis kerana ikhlas meminta maaf, rupanya jarinya tersepit! Sia-sia sahaja Rokiah berasa sebak.

Namun apa yang Rahmat tidak tahu, setelah Rokiah menutup tingkap malam semalam, Rokiah tersenyum. Tersenyum bukanlah kerana deejay radio memutarkan lagu dari kumpulan Senario mahupun Backstreet Boys, tetapi dia tersenyum dengan perangai Rahmat, yang masih lagi tidak berubah dari dahulu. Walaupun kini Rahmat sudah berjambang, tetapi sifat keanak-anakan Rahmat masih ada. Walau di dalam keadaan serius, Rahmat masih lagi boleh berjenaka. Itu yang membuatkan Rokiah tersenyum.

Tiba-tiba lamunan Rokiah dikejutkan oleh deruan enjin motor, berhenti betul-betul di hadapan rumahnya. Rokiah menjengah melihat gerangan siapa yang datang ke rumahnya. Sebuah motor Honda EX5 diparkir di halaman rumah Rokiah, dengan tuan empunya motor berdiri disebelah, sambil melabuhkan kainnya yang terselak ketika naik motor. Rokiah tersenyum. Rokiah kenal gadis itu. Gadis yang sudah lama Rokiah tidak jumpa - setelah gadis itu berhijrah ke Johor - untuk menyambung pelajaran di sebuah maktab perguruan. Dengan nada gembira, Rokiah memanggil:

"Ila!"  

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now