Bahagian 88: Senarai

121 3 0
                                    

"Nah, ambik ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nah, ambik ni.."

Sarip menghulurkan sekeping kertas yang tertulis nama-nama orang berserta nombor telefon kepada Rahmat. Rahmat menyambut kertas itu sambil terpinga.

"Nama apa ni? Senarai GRO ke?" tanya Rahmat, bergurau.

"GRO nenek kau! Kau ingat aku bapak ayam ke?!"

"Alah.. Gurau je.."

"Nak gurau pun, carilah intipati yang senonoh sikit! Katalah senarai tok imam ke, senarai budak tahfiz ke.. Ni tak! GRO kau kata! Kau jangan sampai aku lacurkan kau pulak!" herdik Sarip.

Rasa sedikit ketakutan terpancar di raut wajah Rahmat. Bukanlah dia berasa takut dengan herdikan Sarip - kerana perkara itu sudah dianggap biasa baginya. Dah menjadi seperti makanan rujinya. Hari-hari dia diherdik oleh Sarip.

Apa yang ditakutkan Rahmat ialah ugutan Sarip yang hendak melacurkan dirinya. Segera terbayang gambaran tubuhnya mengenakan skirt singkat, rokok di hujung jarinya, menunggu pelanggan di lorong-lorong gelap. Tak semena Rahmat merasa geli-geleman dengan bayangan dia sendiri.

"Habis tu? Nama apa ni?"

"Itu senarai peniaga yang jual barang-barang burger. Macam roti, daging, sayur apa semua tu. Aku selalu deal dengan diorang ni. Kalau kau nak murah, kau sebut je nama aku. Kata aku yang rekomen."

"Oooo.. Terima kasih Rip."

Sayu dan terharu Rahmat apabila Sarip sudi membantunya, dari awal hingga akhir, untuk membuka perniagaan burgernya sendiri. Rahmat tak sangka, orang yang nampak kasar di luar, sebenarnya berhati lembut. Sanggup untuk membantu sepenuhnya orang yang bukan darah daging, yang dikenali tak sampai 3 tahun.

"Aku tak akan lupa apa yang kau buat ni Rip.. Akan aku ingat sampai bila-bila. Terima kasih sangat-sangat Rip!"

Sarip tersenyum. Dia merapatkan dirinya ke Rahmat, dan meletakkan tangannya ke bahu Rahmat.

"Bagus, Mat.. Aku cuma nak ingatkan kau satu je. Kau buat ni, buat sunguh-sungguh! Jangan separuh jalan. Jangan bila dah ada duit sikit, mula nak berjoli sana-sini. Main perempuan!"

Sarip memberikan kata-kata semangat yang kedengaran tipikal, tapi masih lagi relevan. Lumrah untuk anak muda seperti Rahmat itu, mudah terpesong dengan duit. Pantang ada duit lebih sikit, mulalah berubah. Nak bergaya. Lebih lagi bila berada di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur ini. Budak kampung pula. Lagi mudah untuk berubah.

"Haish! Takkan! Walau macam mana sekalipun, aku takkan main perempuan. Aku masih ada agama, Rip. Lagipun, aku nak buktikan pada seseorang, yang aku ni manusia yang berguna!"

Kata-kata Rahmat berjaya menangkap minat Sarip. Seperti ini pertama kali Rahmat bercakap fasal 'seseorang' dengan Sarip.

"Seseorang? Siapa? Awek?"

Rahmat senyum. Perlahan dia mengangguk.

"Hah! Baguslah! Sekurang-kurangnya, kau ada motivasi! Ada matlamat! Takde la menonong je tak ada arah tuju. Kau jangan jadi macam budak kampung kau tu, Johnny!"

Sarip mengingatkan Rahmat tentang Johnny. Ya, Johnny yang tolong Rahmat ketika dia baru sampai ke KL. Johnny anak Mat Sodom ayam sabung.

Ada sebab Sarip berkata begitu. Johnny bukan seperti Rahmat. Johnny lebih 'liar'. Kelab malam, arak, rempit, ganja, perempuan; semua itu mainan Johnny. Siapa sahaja yang tak kenal pada Johnny Sudu - gelaran yang diberikan pada Johnny di KL oleh rakan-rakan rempitnya. Namanya cukup terkenal di kawasan Segambut, membawa ke Gombak.

Namun, panas tidak sampai ke petang. Tengahari dah hujan dah. Johnny ditangkap khalwat bersama dengan seorang gadis di sebuah hotel murah di Sentul, di dalam satu serbuan ketika sambutan ambang kemerdekaan. Keluarga gadis itu meminta Johnny untuk bertanggungjawab, dengan mengahwini gadis itu. Mahu tak mahu, Johnny terpaksa akur, walaupun dia belum lagi bersedia - sama ada dari segi mental mahupun kewangan.

Itu kali terkahir Rahmat melihat Johnny. Dengar cerita dari Pak Lang, Johnny kini bekerja dengan Pos Malaysia sebagai penghantar surat di Banting. Dan sudah pun dikurniakan dengan seorang anak lelaki. Mengikut kiraan Rahmat, berdasarkan umur budak itu, mungkin dia adalah dari benih yang ditanam Johnny ketika ambang merdeka itu. Mungkinlah.. Tak Pasti.

"Tak.. Aku takkan jadi macam dia. Aku janji.." ujar Rahmat, meyakinkan Sarip.

"Hmm.. Kahwin dah ye Johnny? Anak pun dah sorang. Lepas ni, Pak Lang pulak.. Yang tu tunggu masa je tu."

Sarip mengeluh, membuatkan fikiran Rahmat kini mula berfikir tentang Pak Lang pula.

Pak Lang sangat kontra dengan Johnny. Pak Lang lebih tenang dan sopan tutur bahasanya. Keluarganya pun baik-baik. Dia tak lari dari rumah macam Johnny dan Rahmat. Solat tak tinggal. Puasa penuh, walaupun dikelilingi dengan orang yang tak berpuasa di rumah itu. Senang cerita, dialah yang paling manusia di kalangan setan di rumah itu.

Pak Lang sudah pun bertunang dengan seorang janda anak satu, yang bekerja sebagai kerani di kilang tempat dia bekerja. Dengan ikatan pertunangan selama setengah tahun, Pak Lang akan berkahwin dalam masa dua bulan lagi. Dan, dalam masa dua bulan itu jugalah, Sarip dan Rahmat sedang sibuk mencari pengganti rakan sewa untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Pak Lang. Kalau tidak, boleh botak kepala mereka berdua untuk mencari duit, demi membayar duit sewa rumah. Itu pun satu lagi masalah yang perlu difikirkan mereka.

"Johhny dah kahwin, Pak Lang nak kahwin.. Kau bila nak kahwin, Rip? Hehe.."

Tanya Rahmat, dengan niat ingin bergurau. Tetapi apakan daya, soalan yang disangka hanya gurauan itu, bakal membuatkan Rahmat menyesalinya. Kerana kini, Sarip sedang memandang Rahmat dengan niat membunuh.

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now