Bahagian 43 - Kerja Sambilan

371 27 3
                                    

Sudah hampir dua bulan Rahmat selesai menduduki peperiksaan SPM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah hampir dua bulan Rahmat selesai menduduki peperiksaan SPM. Kini dia hanya menunggu tarikh pengumuman keputusan SPM sahaja. Sementara menunggu, Rahmat dan Azuan Tempeyek sempat bekerja secara sambilan di kantin sekolah mereka. Nasib baik Rahmat mengenali anak kepada pengusaha kantin tersebut, iaitu Yem Semput. Yem Semput pun turut sama bekerja di kantin tersebut. Tetapi disebabkan Yem Semput merupakan anak tauke, maka beban kerja Yem Semput tidaklah seberat Rahmat dan Azuan. Hampir setiap hari Rahmat dan Azuan terpaksa menjadi 'balaci' Yem Semput. Kali ini barulah Yem Semput dapat membalas dendam kepada Rahmat yang sering membulinya ketika di sekolah. Tetapi bagi Rahmat dan Azuan, itu adalah sebahagian daripada cabaran demi mencari rezeki yang halal.

"Mat, kau kata nak daftar lesen? Bila?" tanya Azuan Tempeyek kepada Rahmat, yang sedang asyik membasuh pinggan.

"Memang pun. Tapi aku nak tunggu birthday aku Sabtu ni.. Baru boleh daftar.. Baru cukup umur aku nak daftar lesen kereta sekali.." jawab Rahmat, sambil menjeling kepada Yem Semput yang sedang curi-curi makan ayam goreng di dapur.

"Ha'ah kan? Kau punya birthday Sabtu ni.. Lupa pulak.. Untunglah kau birthday awal tahun.. Boleh ambik lesen awal.." ujar Azuan yang sedikit cemburu kepada Rahmat yang dilahirkan pada bulan Januari, kerana Rahmat terlebih dahulu mencecah umur 18 tahun, sekaligus membolehkan dia memohon lesen kereta dengan lebih awal.

"Kau jangan risau Wan.. Aku dapat je lesen kereta, aku bawak kau jalan-jalan naik Saga bapak aku tu. Aku angkut sekali Rokiah dengan Ila.. Nak?" ujar Rahmat mempelawa Azuan.

Pelawaan Rahmat terlalu menarik untuk ditolak. Di dalam kepala Azuan sudah terbayang-bayang dia duduk berdua di tempat duduk belakang bersama Ila Rambo. Seraya Azuan tersenyum, bermain dengan imaginasinya sendiri.

"Woi! Cepat sikit basuh pinggan tu! Budak-budak dah nak rehat dah ni.. Karang mengamuk Abang Wa nanti.."

Perbualan Rahmat dan Azuan disampuk oleh Yem Semput. Yem Semput tidak mahu Abang Wa bising kerana lambat membuat kerja. Abang Wa, atau nama sebenarnya Wardoyo Kamsan Bin Poni merupakan tukang masak merangkap supervisor di kantin itu. Walaupun Yem Semput merupakan anak kepada pemilik kantin itu, namun Abang Wa tidak gentar untuk memarahi Yem Semput jika dia melakukan kesalahan. Bagi Abang Wa, sesiapa sahaja patut dimarahi jika melakukan kesalahan. Sikap Abang Wa yang garang membuatkan ramai pekerja tidak berani untuk melakukan kesalahan. Ditambah pula muka Abang Wa yang seakan-akan Chris Benoit, seorang ahli gusti profesional WWE, menambahkan lagi gerun pekerja kantin itu terhadap Abang Wa.

Segera Rahmat dan Azuan mempercepatkan kerja mereka. Takut juga kalau Abang Wa mengamuk nanti. Entah siapa pula yang akan kena 'Crippler' dari Abang Wa nanti. Bagi sesiapa yang tidak tahu, 'Crippler' ialah gerakan yang dilakukan oleh Chris Benoit untuk menewaskan musuhnya, sepertimana yang dapat dilihat di dalam rancangan WWE. Rahmat teringatkan tentang kejadian hari pertama dia dan Azuan bekerja di kantin itu, di mana Abang Wa telah melakukan 'Crippler' ke atas seorang pekerja, di atas kesalahan mencuri tulang di dalam stor ketika kerja sedang banyak menimbun. Gerun Rahmat memikirkan tentang kejadian itu. Takut juga kalau dia pula yang terkena gerakan maut dari Abang Wa itu.

.............

Waktu rehat pun tiba. Hari ini genap seminggu Rokiah dan Ila Rambo menjadi pelajar tingkatan 5 di sekolah itu. Rokiah dan Ila tidak lagi mengisi waktu rehat mereka di bawah pokok, sebaliknya mereka berehat di kantin. Ini kerana mereka berdua ingin berjumpa dengan buah hati masing-masing di kantin tersebut, iaitu Rahmat dan Azuan. Rahmat dan Azuan ditugaskan untuk menjaga kaunter makanan di depan ketika waktu rehat, membolehkan mereka berjumpa dengan Rokiah dan Ila Rambo. Hal ini juga merupakan salah satu faktor Rahmat dan Azuan Tempeyek mampu bertahan bekerja di bawah Yem Semput dan Abang Wa. Jika ikutkan hati, sudah lama mereka cabut. Tetapi oleh kerana cinta mereka yang menebal, digagahi juga untuk meneruskan perjuangan.

"Hai sayang.. Nak makan apa hari ni?" tanya Rahmat lembut kepada Rokiah. Tersipu-sipu Rokiah bila ditanya sebegitu oleh Rahmat, membuatkan Jamilah Burung yang berada di belakang Rokiah hampir termuntah.

"Hari ini Kiah ingat Kiah nak makan nasi goreng je la.. Kiah kenyang la Rahmat.. Hikhik" jawab Rokiah gedik.

Jamilah Burung terpaksa membenarkan orang di belakangnya memotong barisannya, kerana tidak tahan dengan kegedikan adegan tersebut.

"Ok.. Nah, Rahmat bagi satu nugget free.. Jangan risau, Rahmat belanja.. Hehe.." ujar Rahmat.

Ketika ingin memberikan nugget ayam percuma kepada Rokiah, tiba-tiba Rahmat terasa satu aura membunuh dari belakang. Setelah Rahmat menoleh, alangkah terkejutnya Rahmat apabila mendapati Abang Wa sedang menjeling tajam ke arah Rahmat.

Segera Rahmat memberi respon: "Yang ini pakai duit saya! Nanti saya bayar.."

Lega Rahmat apabila Abang Wa mengangguk tanda setuju. Rahmat menjeling ke kaunter sebelah. Dia melihat Azuan Tempeyek, yang menjaga barisan lelaki, sedang berbual dengan Ila Rambo. Selamba sahaja Ila Rambo beratur di barisan lelaki, semata-mata ingin berjumpa dengan Azuan Tempeyek. Tanpa mereka sedari, barisan di belakang sudah panjang kerana menunggu mereka berbual. Sedang asyik Azuan dan Ila berbual, tiba-tiba Azuan merasakan ada sesuatu, seperti tangan yang kasar mencengkam tengkuknya. Segera Azuan menoleh kebelakang. Di belakang Azuan sudah terpacak Abang Wa dengan dahi berkerut, tanda marah.

"Kau nak kerja ke nak berbual?" tanya Abang Wa sambil menguatkan cengkamannya di tengkuk Azuan. Membuatkan Azuan hampir-hampir terkencing ketakutan.  

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now