Bahagian 35: Sinar Harapan

374 27 8
                                    

"Macam mana keadaannya doktor?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Macam mana keadaannya doktor?"

Mak Som bertanya sekali lagi demi mendapatkan kepastian.

"Oh, Puan Siti Hasnah ya? Dia takde apa-apa.. Cuma dia terlalu stress.. Dia perlukan banyak rehat. Jangan bagi dia tertekan.." kata-kata doktor itu membuatkan Mak Som menarik nafas lega. Rokiah yang hampir pengsan sebentar tadi pun kembali segar.

"Habis tu, kenapa tadi masa saya tanya doktor, doktor geleng kepala?" tanya Rokiah.

Rokiah pelik, selalunya di dalam drama ataupun filem melayu, apabila watak seorang doktor menggelengkan kepala, bererti pesakit itu sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Dalam erti kata lain, meninggal dunia. Itu yang terlintas di fikiran Rokiah apabila doktor itu tadi membalas soalan Rokiah dengan menggelengkan kepala.

"Oh! Tadi tu? Tadi tu saya geleng kepala sebab saya pelik.." jawab doktor perempuan berusia dalam lingkungan awal 30an itu.

"Pelik? Pelik kenapa doktor? tanya Rokiah lagi.

"Saya pelik, kenapa pak cik tu gigit tin tu?" jawab doktor itu sambil menundingkan jarinya ke arah Pak Jalil Udang, yang sedang dalam keadaan rakus menggigit tin air minuman yang dibeli sebentar tadi.

Pak Jalil masih tidak dapat menerima hakikat bahawa duit 20 sen nya ditelan oleh mesin vending itu. Kini, semua mata tertumpu ke arah Pak Jalil.

"Apa?! Tak pernah tengok orang tengah marah ke?" sergah Pak Jalil.

Segera Mak Som mengeluarkan duit seringgit dari beg tangannya, dan menyerahkan kepada Pak Jalil. Barulah Pak Jalil kembali tenang seperti sedia kala. Tiada lagi marah-marah.

Rokiah menjenguk ke dalam bilik pemeriksaan. Kelihatan Mak Siti sedang terbaring di atas katil. Wajah Mak Siti kelihatan pucat. Dia hanya memandang Rokiah yang datang kepadanya, tanpa berkata apa-apa.

"Mak.. Kenapa ni mak? Mak fikir apa sampai boleh stress ni?" tanya Rokiah kepada Mak Siti, yang masih dalam keadaan lemah terbaring.

Mak Siti hanya berdiam diri. Matanya sesekali memandang Rokiah, dan sesekali memandang Rahmat, yang hanya berdiri di pintu. Melihat keadaan itu, Rokiah menyuruh Mak Som dan Rahmat keluar sebentar. Rokiah tahu, Mak Siti tidak akan berkata selagi Rahmat dan Mak Som ada di dalam bilik itu. Akur dengan permintaan Rokiah, Rahmat mengajak ibunya keluar. Sambil-sambil itu boleh la Mak Som mengawasi pergerakan suaminya, yang baru dihadiahkan dengan duit seringgit.

"Kenapa mak? Apa yang mak risaukan?" tanya Rokiah lagi, setelah Rahmat dan Mak Som keluar.

"Mak tak suka kau kawan dengan budak tu.. Siang malam mak asyik terfikir.. Macam mana kau boleh suka dengan budak jahat macam tu.." luah Mak Siti, membuatkan Rokiah terkejut.

Rupanya selama ini hubungan Rokiah dan Rahmat cukup tidak disenangi oleh Mak Siti. Sehingga membuatkan Mak Siti jatuh sakit memikirkannya. Barulah Rokiah sedar, bahawa orang yang membuat ibunya jatuh sakit adalah dirinya sendiri. Rokiah menjadi serba salah. Rokiah tidak mahu melawan kata ibunya, di samping itu dia juga tidak mahu berpisah dengan Rahmat. Tanggapan ibunya yang mengatakan Rahmat ialah seorang budak jahat adalah tidak benar sama sekali. Mungkin itu dulu, sebelum Rahmat bercinta dengan Rokiah. Kini Rahmat adalah orang yang berbeza. Rahmat kini lebih baik dari Rahmat yang dulu. Berganda baiknya.

Tetapi tidaklah sanggup Rokiah untuk membetulkan kenyataan Mak Siti itu. Rokiah takut Mak Siti tidak dapat menerimanya. Dan seterusnya akan membuatkan Mak Siti bertambah tertekan. Sudahnya, Rokiah hanya mendiamkan diri, mengikut sahaja kata ibunya, walaupun dalam hatinya hanya tuhan yang tahu dilema yang dihadapinya sekarang ini. Ibunya harus diutamakan, walau apa jua yang berlaku.

5 minit berlalu, akhirnya barulah Mak Siti keluar dari bilik itu, dengan dipapah oleh Rokiah. Mak Som cuba membantu dengan turut memapah bersama.

"Terima kasih Som.. Aku dah susahkan kau.." ujar Mak Siti dengan suara yang perlahan.

"Ish! Tak susah pun.. Kita kan berjiran.. Kenalah tolong-menolong.. Itupun nasib baik ade Rahmat.. Dia yang banyak tolong kau mase kau pengsan tadi.." balas Mak Som.

Mak Siti sedikit terkejut dengan kenyataan itu. Dia tidak menyangka Rahmat yang menolongnya. Dia memandang Rahmat dengan pandangan yang sayu.

"Terima kasih Rahmat.."

Ucapan ringkas dari Mak Siti itu betul-betul membuatkan Rahmat gembira. Rahmat tersenyum. Dia memandang Rokiah. Kelihatan Rokiah juga tersenyum. Mereka merasakan masih ada lagi sinar harapan di dalam perhubungan mereka.

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now