Bahagian 27: Tipah Radio

417 25 6
                                    

"Cepat lah Rokiah! Nak berkepit lepas tengok wayang pun boleh!" jerit Ila Rambo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cepat lah Rokiah! Nak berkepit lepas tengok wayang pun boleh!" jerit Ila Rambo.

Tergedik-gedik Rokiah cuba mengejar Ila sambil cuba menarik lengan baju Rahmat, yang mana dari tadi tidak renggang dengan Rokiah.

"Huh! Ingatkan kalau Rahmat dah berkepit dengan Rokiah, dia nak lah jalan sama dengan aku. Rupanya dia menonong je ke depan!" rungut Ila Rambo melihat Azuan Tempeyek yang berjalan beberapa depa di hadapannya.

Azuan Tempeyek kelihatan bosan apabila dipaksa oleh Rahmat untuk menemaninya keluar bersama dengan Rokiah dan Ila Rambo. Alasan Rahmat, dia tidak mahu Ila Rambo keseorangan. Azuan terpaksa akur kerana dia tidak mahu Rahmat bertambah marah kepadanya, setelah dia dengan tidak sengaja telah terbuang 'save game' Pokemon Silver Rahmat ketika dia meminjam Gameboy Advance Rahmat beberapa hari yang lepas. Setelah dipukul bertubi-tubi oleh Rahmat, akhirnya Azuan Tempeyek bersetuju untuk mengikut Rahmat.

Sudah sebulan lebih kejadian Ila Rambo dengan Samsul Komodo itu berlaku. Ila Rambo pun sudah seakan melupakan perkara tersebut. Demi untuk Ila Rambo melupakan terus kejadian itu, Rokiah bersama dengan Rahmat membuat cadangan untuk mengajak Ila Rambo untuk keluar berhibur dengan mereka pada hujung minggu. Pada mulanya Ila Rambo agak keberatan untuk mengikuti mereka, kerana pada hari itu adalah hari di mana rancangan Nona ditayangkan di kaca televisyen. Ila Rambo tidak akan terlepas menonton Nona. Puas sudah dipujuk oleh Rokiah dan Rahmat, tapi Ila tetap tidak mahu untuk mengikut mereka.

"Aku nak tengok Nona lah. Lagipun kalau aku ikut, aku seorang je nanti. Kau dengan Rahmat dah berkepit." Ila cuba memberi alasan.

"Rahmat boleh ajak Azuan. Kan Rahmat kan?" Rokiah cuba untuk mengumpan Ila Rambo dengan menyebut nama Azuan Tempeyek. Terbeliak mata Ila Rambo apabila mendengar nama Azuan.

"Kalau Wan ikut, aku pergi!" Ila Rambo beria.

Rokiah tersenyum. Akhirnya berjaya juga dia memujuk Ila Rambo untuk menyertai mereka.

"Awak, nak tanya la.." Rahmat berbisik ke telinga Rokiah.

"Tanya apa?" Rokiah membalas.

"Kenapa hari tu bila awak sebut aje nama Wan, tiba-tiba Ila nak ikut? Padahal sebelum tu bukan main payah lagi nak ajak dia." tanya Rahmat.

Rahmat masih lagi memikirkan kaitan Azuan Tempeyek dengan Ila Rambo. Hendak kata saudara, tidak mungkin kerana keluarga Azuan adalah berasal dari Perak, manakala Ila sememangnya berasal dari Selangor. Lagipun muka mereka jauh sekali berbeza. Rahmat membuat andaian, persis seperti seorang detektif pencen dari Yugoslavia.

"La.. Dulu Rahmat kata Kiah naif. Sekarang ni Rahmat pula yang naif. Tak nampak lagi ke? Hehe.." jawab Rokiah dengan sedikit sindiran.

"Nampak apa?" tanya Rahmat kembali dengan masih lagi mengekalkan ciri kenaifannya.

"Ila suka kat Azuan la. Tu pun tak nampak lagi ke? Hikhik" terang Rokiah sambil ketawa manja.

"Hahh?!!" Rahmat menjerit. membuatkan semua orang yang berada berhampiran memandangnya, termasuklah Azuan Tempeyek dan Ila Rambo.

"Kenapa kau ni monyet?! Tiba-tiba menjerit pulak! Kena gigit tungau ke?" marah Ila Rambo.

Dia cukup tidak gemar bila ada orang yang cuba memeranjatkannya. Nasib baik Ila tidak mempunyai penyakit kencing tak lawas. Kalau tidak sudah pasti dia sudah terkucil di situ.

"Hahaha.. Kena gigit tungau? Rare betul la kau punya lawak ni! Hahaha." Azuan Tempeyek terkekek ketawa.

Baginya, kata-kata marah Ila Rambo amat lucu. Merah padam muka Ila rambo apabila melihat Azuan Tempeyek mentertawakan lawak yang cuba disampaikan olehnya. Marah kepada Rahmat tidak lagi dirasai. Kini hanyalah perasaan malu-malu kucing kepada Azuan. Walaupun Ila Rambo tidak suka kepada kucing, tetapi tidaklah dia dapat menahan perasaan malu kucingnya itu.

"Yang kau tiba-tiba tersengih ni dah kenapa? Blushing-blushing pulak." tanya Azuan setelah melihat perubahan Ila Rambo.

"Eh! Suka hati aku lah!" kata Ila, sambil berjalan laju meninggalkan Azuan.

"Apa kena minah tu, Rokiah? Period ke?" tanya Azuan Tempeyek yang masih pelik dengan perangai Ila Rambo. Rokiah hanya tersenyum sambil mengangkat bahu, dan Rahmat cuba untuk menahan ketawanya.

Petang itu mereka berempat berseronok menikmati hari mereka. Walaupun tujuan Rokiah mengadakan perjumpaan itu adalah untuk mengembirakan Ila Rambo, tetapi tujuan asalnya ialah dia mahu bersama dengan Rahmat. Akibat SPM yang semakin hampir, Rahmat kelihatan semakin menjauhkan diri dari Rokiah. Rokiah berasa bangga apabila Rahmat sudah mula menunjukkan perubahan dengan belajar bersungguh-sungguh, tetapi dia juga berasa sedih apabila Rahmat seakan-akan tidak memperdulikannya. Rahmat juga sudah jarang datang ke luar bilik Rokiah untuk berborak pada malam hari. Apabila Rahmat menyatakan hasrat untuk menolong menceriakan kembali Ila Rambo, segera Rokiah mengambil peluang itu untuk bersama dengan Rahmat. Dan ternyata rancangan Rokiah menjadi. Hari itu dia berasa amat gembira apabila seharian dia bersama dengan Rahmat. Rokiah betul-betul gembira.

Namun gembira Rokiah tidak terlalu lama. Sedang mereka berseronok berjalan di pusat membeli-belah itu, mereka tidak perasan ada mata yang memerhatikan. Jauh dari mereka kelihatan seseorang sedang terhendap-hendap memerhaikan mereka. Orang itu tak lain ialah Tipah Radio!

Tipah Radio cukup terkenal dengan hebahan gosip-gosip di dalam mahupun di luar kampung. Dia adalah salah seorang lagenda penggosip kampung yang masih lagi dengan hobi mengumpat. Rakan mengumpatnya yang lain masing-masing sudah insaf. Dan ada juga sudah mengerjakan haji. Tetapi tidak bagi Tipah Radio. Di mana ada cerita sensasi, di situ ada dia. Mulutnya yang lazer membolehkan dia digelar Tipah Radio, sebagaimana tugas radio yang menyampaikan berita di zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Dan kali ini berita yang dia dapat adalah berkaitan dengan anak gadis tunggal Mak Siti. Mak Siti adalah AJK surau di kampungnya. Dan kini di hadapan Tipah Radio ialah adegan anak dara Mak Siti, iaitu Rokiah bermesra dengan budak jahat sekolah, merangkap budak jahat kampung, iaitu Rahmat.

"Ini sudah baik! Berita panas. Berita panas!" Tipah Radio bermonolog sendirian, sambil menghendap di balik tiang.

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now