Bahagian 77: Tengking

274 22 1
                                    

"Kau mampu ke?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau mampu ke?"

Tanya Sarip, serius.

"Err.. Boleh kot.. Buat burger bukannya susah pun.. Kan?"

Jawab Rahmat, teragak-agak.

"Puihh!!"

Sarip meludah, tanpa keluar air liur. Ianya hanya sekadar aksi meludah yang biasa kita lihat apabila seseorang itu meluahkan rasa tidak puas hati atau menyampah.

"Cakap senang lah! Kau buat tengok! Kalau tak terbarai daging burger tu, tak tau lah.."

Sarip menyambung ayatnya, sedikit meninggi suara.

Rahmat tahu, bukan susah untuk memasak burger. Tapi Rahmat juga tahu, bukan itu yang dimaksudkan oleh Sarip tentang kepayahan memasak burger. Maksud Sarip, ianya susah untuk menjadikan burger itu sedap, dan lain dari burger jalanan yang lain. Keunikan sesuatu burger itulah yang membuatkan ianya menjadi menarik kepada pelanggan. Itulah yang dimaksudkan oleh Sarip sebenarnya.

"Sebab tu lah aku nak belajar dari kau, Sarip. Lagipun, aku tak ada kerja malam. Bosan duduk rumah."

Sarip diam. Dipandangnya Rahmat atas bawah, seperti mahu menelannya. Rahmat mula tak senang duduk apabila dipandang begitu.

"Aku ada salah cakap ke?" bisik hati Rahmat.

"OK.."

"OK? Maksud kau, aku boleh tolong kau lah ni?"

Sarip hanya mengangguk, tanpa sepatah kata. Rahmat membalas anggukan Sarip itu dengan senyuman. Walaupun berasa pelik dengan jawapan ringkas Sarip itu, namun dalam hati, Rahmat berasa gembira kerana dapat menggunakan peluang untuk membina hidup baru. Dia tahu, jika dia gunakan peluang itu sebaiknya, mungkin suatu hari nanti dia boleh jadi kaya. Lagi kaya dari Jalil Hamid!

"Bila aku boleh start?"

"Esok.. Lepas je kau balik kerja, aku bawak kau pergi gerai aku.."

"Lepas kerja? Nak terus gerak ke?"

"Kau mandi lah dulu, ngok! Kau nak customer aku lari ke dengan bau badan kau tu?! Bau dah lah macam hamster!"

Rahmat hanya mengangguk mendengar tengkingan Sarip. Sehari tak menengking memang tak sah bagi Sarip. Andai satu hari tidak kedengaran suara lantang Sarip, barangkali Sarip sedang sakit gigi, ataupun yang itu bukan Sarip. Mungkin yang ada depan mata itu saka atau hantu raya.

"OK, esok aku start! Err.. Habis tu sekarang ni aku nak buat apa?"

"Kau tengok jam tu.. Dah pukul berapa?"

"Pukul 1.. Kenapa?" 

Main Super Spontan ke? Tanya menanya pula.

"Dah tu?! Tido lah!! Tu pun nak kena ajar ke??!! Dah la! Aku nak tido! malas layan kau!!"

Tengking Sarip, sekali lagi.

Pintu bilik Sarip dihempas sekuat hati. Bergegar dinding rumah, dan hampir-hampir membuatkan beberapa ekor cicak di dinding hilang keseimbangan dan terjatuh. Berdesing telinga Rahmat menerima combo tengkingan dan hempasan pintu bilik dari Sarip. Jika berlarutan selama 40 hari, Rahmat mungkin boleh dikejarkan ke hospital akibat dari pendarahan di salur separuh bulat di dalam telinga.

Rahmat tersenyum. Dia tahu bahawa impiannya untuk hidup senang akan tercapai. Sudah ada jalan yang memudahkannya mencapai impian itu. Apa yang tinggal sekarang, dia hanya perlu berusaha untuk capai kejayaan itu.

Tiba-tiba pintu bilik Sarip dibuka kembali. Kelihatan Sarip dengan wajah bengisnya berdiri tegak di pintu. Rahmat yang sedang enak berangan, hampir-hampir melatah. Amat sukar untuk membuang tabiat melatah itu.

"Ni aku punya!"

Tengking Sarip, sambil mengambil bungkusan hitam berisi wang itu.

Dan sekali lagi, pintu bilik dihempas sekuat hati. Cicak yang tadi terselamat, kini semuanya gugur ke lantai.  

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now