Bahagian 75: Ketawa

393 29 10
                                    

"Kurang ajor sepak aku!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kurang ajor sepak aku!"

Rahmat menggigil ketakutan. Seluruh tubuhnya dirasakan lemah tak bermaya. Rahmat hanya berserah pada takdir. Apa yang dilakukan oleh Sarip ke atas dirinya, dia berserah sepenuhnya. Rahmat redha.

"Eh, kejap.. Kau melatah ya?" tanya Sarip.

Kini Rahmat terpinga. Dari takut, kini dia menjadi hairan. Hairan kenapa Sarip tiba-tiba menjadi lain. Tiba-tiba hilang kemarahan di mata Sarip.

"Ha'ah, aku memang kuat melatah.. Keturunan.."

"Ahahahahaha"

Sarip ketawa, atau lebih tepat lagi, mengilai!

Seluruh blok pangsapuri itu diselubungi dengan hilaian Sarip. Kelihatan beberapa lampu bilik yang tadinya tertutup, kini terpasang. Mungkin mereka yang sedang nyenyak tidur, terganggu dengan hilaian tawa Sarip. Ada juga kedengaran seseorang sedang membaca ayat kursi serta melaungkan azan. Mungkin orang itu menyangka yang hilaian tawa itu adalah hilaian tawa pontianak. Penakut betul orang tu. Jarang tengok cerita David Teoh la tu!

"Muka smart, rambut belah tengah macam Tomok, suara serak-serak basah, tapi melatah? Hahahaha!"

Sarip sambung gelak, dengan sedikit penerangan tentang apa yang membuatkan dia geli hati.

"Bi.. Biarlah! Bukan aku mintak pun melatah ni! Dia datang sendiri!" jelas Rahmat, dengan suara sedikit ditekan. Marah dan malu apabila ditertawakan.

Ketawa Sarip terhenti. Mungkin Sarip merasakan yang Rahmat tidak suka ditertawakan. Dan mungkin juga Sarip merasakan yang Rahmat sedikit menengking kepadanya. Sarip cukup pantang jika ditengking. Pernah sekali, seorang Bangla yang ingin mengisi minyak motornya, diterajang oleh Sarip kerana Sarip menyangka Bangla itu menengkingnya. Sedangkan pekerja Bangladesh itu hanya terbersin. Punyalah garang si Sarip ni.

"Kau tengking aku ke tadi?" tanya Sarip.

"Eh? Mana ada.. Aku.. Aku cuma tak suka orang ketawakan aku pasal aku melatah ni.." jawab Rahmat, takut.

"Oo.. Aku ingat kau tengking aku.."

Rahmat menarik nafas lega. Sudah dua kali dia terlepas dari menerima tendangan dari Sarip. Hendak melawan, Rahmat sedar yang dia hanya menumpang. Kalau ikutkan dari skill bergaduh, Rahmat lagi berpengalaman. Di sekolah, siapa yang tidak kenal akan Rahmat Gangster. Semua kenal! Dari pengetua, hinggalah ke tukang kebun, semuanya kenal. Namanya sedikit sahaja lagi tersenarai di dalam Malaysia Book of Records sebagai pelajar paling gangster, tetapi rekodnya ditewaskan oleh Faris Yatim dari Sekolah Menengah Mentakab.

"Oh ya! Kau tanya aku kan dari mana aku dapat duit ni?"

Tanya Sarip. Rahmat mengangguk.

"Ni duit yang aku simpan, hasil dari aku meniaga burger lepas aku balik kerja kilang."

"Duit jual burger? Hahahaha!"

Rahmat ketawa mengilai. Mengilai lagi kuat dari Sarip tadi.

Sekali lagi, lampu-lampu bilik di sekitar pangsapuri itu kembali terpasang. Dan, sekali lagi kedengaran suara seseorang melaungkan azan.

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now