"Rahmat?"
Rokiah seakan tidak mempercayai apa yg dilihatnya. Rahmat kini berada di depan matanya! Dengan wajah yang berjambang, membuatkan Rokiah hampir tidak mengenali Rahmat. Jika tidak berjambang pun, pasti sukar Rokiah untuk mengingati wajah Rahmat, kerana sudah 6 tahun mereka tidak berjumpa. Sudah 6 tahun Rahmat hilang. Kini, Rahmat muncul di depannya, dengan sebuah kereta mewah jenama BMW!
"Rokiah.. Lama tak jumpa kan?"
Rahmat membalas dengan senyuman. Sempat juga Rahmat menjeling ke cermin sisi keretanya untuk melihat wajahnya yang tersenyum, semata-mata untuk memastikan dia kelihatan kacak ketika senyum.
Rokiah tidak berkata apa-apa. Dia memandang Rahmat dengan pandangan yang tajam. Wajah Rokiah yang terkejut tadi bertukar menjadi wajah geram. Geram kerana teringatkan Rahmat yang meninggalkannya. Bertambah geram bila ditinggalkan tanpa berita. Dan hari ini baru Rahmat muncul. Muncul selepas dia dikecewakan untuk kali kedua.
"Mak! Jom balik! Kiah tak ada mood nak pergi kenduri Abang Rizal!"
Bentak Rokiah sambil melangkah pulang. Dengan terpinga-pinga Mak Siti mengikut sahaja Rokiah. Namun sempat juga Mak Siti menoleh ke arah kereta BMW Rahmat yang bersinar disirami cahaya matahari.
"Baru lepas basuh agaknya.. Berkilat!" kata Mak Siti di dalam hati.
Melalui cermin pandang belakang, Rahmat hanya memandang Rokiah yang berlalu pergi. Berdebu bahu jalan itu apabila Rokiah menghentak-hentakkan kakinya ketika berjalan. Geram benar dia kepada Rahmat. Rahmat hanya membiarkan Rokiah pergi kerana dia mengerti apa yang dirasakan oleh Rokiah. Jika dia ditempat Rokiah, pasti dia akan melakukan perkara yang sama. Rahmat tahu salahnya meninggalkan Rokiah tanpa sebarang berita. Namun, semua itu bersebab. Rahmat buat itu semua demi kepentingan bersama.
......................
"BAM!!"
Berdentum bunyi pintu dihempas oleh Rokiah. Terkejut Mak Siti dibuatnya. Rokiah juga sedikit terkejut kerana dia sendiri tidak menyangka bunyi hempasan pintu itu sekuat itu. Kerana geram kepada Rahmat, pintu yang menjadi mangsa. Nasib baik juga benda yang pertama yang dipegang oleh Rokiah ketika pulang ialah pintu rumahnya. Jika benda pertama yang dipegang ialah TV atau sofa, sudah tentu benda itu melayang keluar dari tingkap. Geramnya kepada Rahmat tidak terhingga.
"Bodoh! Dah 6 tahun baru awak nak balik! Dah 6 tahun baru awak nak muncul tiba-tiba! Ingat Kiah ni apa? Kayu snooker ke tak ada perasaan?"
Rokiah mengomel seorang diri di atas sofa. Tangannya tidak henti memulas bucu bantal sofa. Sudah puas memulas, dia meneggelamkan mukanya ke dalam bantal itu. Mak Siti hanya memerhatikan karenah Rokiah dengan rasa kasihan. Tidak lama kemudian terdengar suara tangisan dari Rokiah. Rokiah menangis, dengan muka yang masih terbenam di dalam bantal sofa itu.
YOU ARE READING
Cinta Rokiah
HumorRokiah adalah seorang gadis biasa yang tinggal di sebuah kampung biasa, dan mempunyai kehidupan yang biasa. Ini adalah cerita biasa yang ditulis secara biasa oleh seorang yang tak biasa menulis. Biasalah tu..