Bahagian 79: Rancangan Baru

282 19 0
                                    

Setelah lebih kurang 10 minit perjalanan, barulah Rahmat dan Sarip sampai ke gerai burger Sarip

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah lebih kurang 10 minit perjalanan, barulah Rahmat dan Sarip sampai ke gerai burger Sarip. Sepanjang perjalanan, Rahmat asyik mengusap-usap bekas bedilan pistol BB yang jelas kelihatan kemerah-merahan di kulitnya. Pedihnya masih terasa. Dalam hatinya masih menyumpah-nyumpah Sarip. Namun tidaklah dia berani untuk meluahkannya. Nanti ada yang dia tergolek di atas jalan raya, akibat ditendang oleh Sarip dari atas motornya. Ya, motor EX5 yang menjadi bahan lawak hambar Rahmat sebentar tadi.

"Ooo.. Takdelah jauh sangat gerai kau ni ye, Sarip? Dekat je.."

Ujar Rahmat, dengan niat untuk memulakan perbualan kosong, agar keadaan tidak menjadi terlalu 'awkward' dengan senyap sunyi.

"Hmm.." Sarip hanya membalas dengan ala kadar, seperti malas mahu membalas sebenarnya.

Dengan balasan sebegitu, membuatkan Rahmat berasa malas untuk meneruskan perbualan. Sudahlah kalau bercakap dengan Sarip, hampir 90% dari perbualan mereka diisi dengan tengkingan dan makian sahaja. Seperti bercakap dengan seseorang yang sedang menahan sakit perut. Pasti anda akan dimaki. Pasti!

"Yang kau ni berdiri tercegat je dah kenapa? Tak reti nak tolong aku set-up barang-barang?!" tengking Sarip.

Terkejut Rahmat dari lamunannya dengan suara lantang Sarip. Baru sahaja dia mahu membaca habis segala tulisan yang terdapat di botol sos di depannya itu, dek kerana tidak tahu mahu buat apa.

"Oh, ok! Ni aku kena buat apa ni?" tanya Rahmat, berhati-hati. Takut ditengking Sarip lagi.

"Nah! Ambik timun ngan kobis ni.. Timun ni kau potong nipis, kobis ni kau hiris.."

Rahmat mengangguk tanda faham.

Bermula dari saat itu, Rahmat sudah mula bekerja secara sambilan dengan Sarip. Pada awalnya memang agak kekok bagi Rahmat untuk melakukan kerja di gerai burger itu. Memang benar kata Sarip, kerja membuat burger ini bukan mudah. Paling tidak, perlu ada skill asas untuk memasak daging burger. Tetapi setelah sebulan lebih melakukan kerja itu, Rahmat mula mendapat rentak. Segala skill membuat burger habis dicedoknya dari Sarip. Kini, skill Rahmat membuat burger hampir setanding Sarip. Sarip pun sudah mula berpuas hati dengan hasil kerja Rahmat.

...........

Masa berlalu dengan pantas. Setelah hampir 2 tahun bekerja dengan Sarip, Rahmat mula berasa mahu berdikari sendiri. Cadangannya, dia mahu membuka gerai burgernya sendiri, hasil dari skill dan resepi yang dipelajarinya dari Sarip. Dia tidak mahu lagi kerja makan gaji dengan Sarip. Dia juga mahu berharta seperti Sarip. Memang itu tujuannya ketika mula-mula lari ke KL dulu. Rahmat mahu kaya! Ada duit, hidup senang. Memang bunyinya seperti Rahmat mahu berpaling tadah pada Sarip, tetapi sampai bila dia mahu kerja makan gaji? Hidup di KL, jika hanya makan gaji, memang tidak cukup. Rahmat perlu berubah. Dia perlu beritahu Sarip niatnya. Rahmat sudah nekad! Tidak kira apa jua jawapan yang keluar dari mulut Sarip, atau apa sahaja tanggapan Sarip terhadapnya, dia tetap mahu teruskan rancangannya itu. "Agi hidup agi ngelaban!" bentak hatinya.

"Rip, aku ada hal nak bagitau kau ni.."

"Hal apa? Kau nak kahwin ke?"

"Err.. Aku ingat.. Nak.."

Rahmat tergagap-gagap. Cuak juga nak beritahu Sarip, walaupun dia sudah nekad.

"Nak ape? Nak berak?" tanya Sarip lagi setelah melihat Rahmat terkemut-kemut seperti mahu buang air besar gayanya.

"Bukan.. Aku ingat.. Aku ingat nak bukak gerai burger sendiri la.. Nak berdikari sendiri.."

Akhirnya, lepas juga niat Rahmat. Sekarang, dia hanya menanti jawapan dari Sarip. Lebih tepat lagi, menanti tengkingan dari Sarip.

Sarip terdiam. Dia pandang Rahmat dengan pandangan yang tajam. Pandangan yang seakan-akan mahu menelan Rahmat, sekali ngap! Lama juga dia merenung Rahmat. Rahmat yang tadi menafikan soalan Sarip tentang buang air besar, kali ini memang betul dia terasa mahu buang air besar! Gemuruhnya bukan kepalang. Gemuruh menantikan jawapan dari Sarip.  

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now