Bahagian 59: Memori

296 25 2
                                    

Suara deejay radio, Jamal Jamaludin memenuhi ruang bilik Rokiah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suara deejay radio, Jamal Jamaludin memenuhi ruang bilik Rokiah. Bacaan ucapan cinta, dilatari dengan runut bunyi lagu The Lonely Shepherd, dendangan Gheorghe Zamfir, mengisi malam yang sunyi itu. Di atas katil kelihatan Rokiah sedang duduk memeluk kakinya. Diamati ucapan cinta yang berkumandang. Terkadang, hatinya tersentuh dengan ucapan tersebut. Rokiah merasakan dia yang berada di situasi tersebut. Lagi tersentuh apabila deejay memutarkan lagu jiwang nyanyian kumpulan EYE.

"TOK! TOK!"

Tiba-tiba lamunan Rokiah terganggu oleh bunyi ketukan. Bunyi ketukan yang datangnya dari arah tingkap kayu bilik Rokiah. Rokiah berasa hairan. Setahu dia, waktu malam begitu, burung belatuk sudahpun tidur. Rokiah beranikan diri untuk mendekati tingkap tersebut. Terima kasih juga kepada Program Latihan Khidmat Negara, kini Rokiah sudah lebih berani berbanding dahulu. Kalau tidak, jangan kata bunyi ketukan, terdengar bunyi cicak pun kadang-kadang Rokiah hampir terkencing kerana ketakutan.

Apabila Rokiah menghampiri tingkap itu, tiba-tiba bunyi itu hilang. Rokiah mula cuak. Namun Rokiah tidak mudah melenting. Dia mendekatkan telinganya ke tingkap itu. Senyap. Rokiah mengetuk tingkap itu, dengan harapan bunyi tadi kembali berbunyi. Dan ternyata taktik Rokiah menjadi. Sekali lagi Rokiah mendengar bunyi ketukan itu. Tetapi kali ini disertakan sekali dengan suara seorang lelaki, memanggil namanya.

"Rokiah.."

Rokiah kenal suara itu. Itu suara Rahmat!

Tiba-tiba Rokiah terkenangkan kisah lalu. Kisah di mana Rahmat mula-mula mengurat Rokiah. Di tingkap inilah Rahmat memanggil nama Rokiah. Sama seperti sekarang. Rokiah tersenyum. Kenangan manis itu tidak dapat Rokiah lupakan.

"Kenapa?"

Rokiah membalas. Hajat hati malas Rokiah hendak melayan Rahmat, dek kerana tindakan Rahmat meninggalkan Rokiah dulu. Tetapi oleh kerana terkenangkan kemanisan sewaktu mula-mula bercinta dengan Rahmat dahulu, Rokiah membalas panggilan Rahmat.

"Buka lah tingkap ni dulu.. Saya nak cakap dengan awak, bukan dengan tingkap ni.."

"Yang nak dengar, telinga.. Bukan mata.. Buat apa saya nak buka tingkap? Macam ni pun boleh dengar kan?"

Terdengar Rahmat mengeluh di luar tingkap. Rokiah menahan ketawanya apabila mendengar Rahmat mengeluh. Sengaja dia menyakat Rahmat.

"Awak.. Maafkan saya.. Saya tak patut tinggalkan awak dulu.."

Kata-kata Rahmat membuatkan Rokiah berhenti tersenyum.

Rokiah mahu tahu, kenapa Rahmat meninggalkannya, meninggalkan keluarganya, dan ke mana dia menghilangkan diri selama ini. Semua persoalan itu harus terjawab. Persoalan yang begitu lama menghantui Rokiah. Begitu lama, sehingga memaksa Rokiah melupakan Rahmat.

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now