"Aku nak tanya kemana kau menghilang 6 tahun ni? Takde dengar khabar.. Tiba-tiba hilang je.."
Tanya Ila Rambo, sambil tangannya cuba meraba-raba ke dalam bungkusan kerepek kentangnya itu, dengan harapan dapat menggapai sisa-sisa terakhir kerepek kentang itu. Ternyata, harapannya hanya tinggal harapan. Rokiah sudah pun menghabiskan kerepak kentang itu.
Rahmat menarik nafas panjang. Matanya kini beralih ke arah langit yang membiru. Angin mula meniup sepoi-sepoi bahasa, menghembus ke mukanya. Rahmat menutup matanya. Suasana begitu memang sesuai untuk bercerita. Rahmat cuba untuk mengambil mood, sambil-sambil kepalanya ligat memikirkan di manakah harus dia memulakan cerita.
"Cerita dia macam ni.."
Rahmat bersuara. Kunyahan mulut Rokiah terhenti. Rokiah cuba fokus dengan cerita Rahmat. Ila Rambo pula sibuk membetulkan posisi duduknya. Masing-masing tidak sabar mahu mendengar cerita Rahmat. Cerita kehilangan Rahmat.
"Selepas aku dipulau, dihina, dan dipersalahkan oleh orang-orang di sekeliling aku, aku jadi nekad.. Aku nekad nak keluar dari rumah! Aku nak lari! Dengan berbekalkan RM500 bapak aku yang aku curi.. Eh? Pinjam, aku naik bas pagi tu jugak, pergi ke KL.."
Jelas Rahmat panjang lebar, sebelum dia kembali memandang ke arah langit. Rokiah dan Ila turut sama berbuat demikian. Sangka mereka Rahmat terlihat sesuatu di atas, mungkin kapal terbang ataupun UFO, tetapi tiada apa pun di atas langit, kecuali awan yang memutih.
"Sampai je kat KL, aku cari Johnny, anak Mat Sodom Ayam Sabung.."
Rahmat meneruskan cerita. Rokiah dan Ila Rambo kembali memandang Rahmat semula. Sempat juga Ila memandang semula ke atas, memastikan memang betul tiada apa di langit biru itu.
"Johnny anak Mat Sodom Ayam Sabung? Maksud Rahmat, Jailani?"
Tanya Rokiah. Setahu Rokiah, Mat Sodom Ayam Sabung cuma mempunyai seorang anak, iaitu Jailani, yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang biskut di Kuala Lumpur.
"Ha'ah, Jailani.. Tapi dekat sana orang panggil dia Johnny.. Urban katanya.."
Terang Rahmat. Rokiah mengangguk perlahan, diiringi dengan bunyi 'ooo'.
"Dekat sana, Johhny lah yang banyak tolong aku.. Aku tumpang rumah sewa dia.. Dia tolong aku cari kerja.. Aku dapat kerja dekat kilang biskut yang dia kerja tu.. Aku suruh dia jangan bagitahu sesiapa kat kampung yang aku duduk dengan dia, termasuk mak bapak aku.. Aku nak lupa segala kisah silam aku.. Aku tak nak ada apa-apa dengan kampung ni lagi.."
Sekali lagi, Rahmat memandang ke arah langit. Kali ini, diiringi dengan senyuman. Rokiah dan Ila masing-masing kehairanan melihat senyuman Rahmat.
"Dekat rumah sewa tu, ada budak yang sekali sewa dengan Johnny. Kawan Johnny. Nama dia Sarip. Sarip lah yang mengubah kehidupan aku.."
Rahmat mematikan ayat. Kelihatan mata Rahmat mula berair. Rahmat menangis.
YOU ARE READING
Cinta Rokiah
ЮморRokiah adalah seorang gadis biasa yang tinggal di sebuah kampung biasa, dan mempunyai kehidupan yang biasa. Ini adalah cerita biasa yang ditulis secara biasa oleh seorang yang tak biasa menulis. Biasalah tu..