" Kringgggg Kringgg Kringgg !! "
Aku mencapai hand phone samsungku dan menutup alarm yang sangat merimaskan aku.
Aku melihat jam. Jam 6.00pagi. Aku bangun menyiapkan diri. Selepas siap mandi, aku mencapai baju sekolah yang telah disiap rapi oleh mamaku.
As usual, aku menyisir rambutku kemas. Maklumlah aku seorang jejaka pujaan gadis - gadis disekolahku. Maka kena jagalah penampilan.
Lek lek bukan mahu riak, ianya kenyataan. Dan aku bersyukur kerana telah dikurniakan wajah yang handsome bersama dengan pakej otak yang bijak.
That's why lah aku ni digilakan oleh pelajar- pelajar perempuan disekolahku. Aku melihat penampilanku di depan cermin.
"You look handsome today Farish Asyraf!". Aku ketawa dengan kata kataku. Perasan nak mati. Hek eleh ape salahnya puji diri sendiri.
So lets go to school !
Sebenarnya aku sangat excited untuk kesekolah harini. Hari ini merupakan hari pertama aku ke sekolah selepas seminggu bercuti akibat demam. Sangat bosan bersendirian di rumah. Adik beradik? Aku merupakan anak tunggal. Mama dengan Papa? Mereka hanya tahu kerja, kerja dan kerja.
Namun mereka masih lagi prihatin terhadap prestasi aku di dalam kelas dan mereka pernah menyatakan bahawa jika aku tidak mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan, segala yg aku ada sekarang akan ditarik. contoh terdekat sekarang adalah handphone dan kad kredit.
Omg! how can i live without them? .
Teringat pula dekat Akim. Sahabat dunia akhirat aku. Tengku Hazrick Hakimi, what a great name. Huh! Ketua pengawas yang sangat tegas. Pesaing sengit aku untuk mendapatkan ranking tertinggi dalam kelas. Bukan setakat pesaing dalam akademik but juga dalam kokurikulum. Dia juga macam aku. Handsome, but he's more charming than me. Quite jealous! He can caught all the girl attention just by breathing. what a really hot man!
Sampainya di sekolah. Aku terus mengatur langkah ke kelas. Nampaknya Akim dan yang lain belum datang, aku meletakkan beg aku di kerusi, melihatkan kelas yang kotor, aku merajinkan diri menyapu lantai.
Aku menyapu lantai taklah sehebat makcik makcik dalam kelas aku menyapu (Pelajar perempuan) tapi bolehla daripada takda bukan? Selepas selesai aku mengemas serba sedikit, Akim datang memaut bahuku.
"Oh men! welcome back to school!" Akim menyapa mesra. Aku hanya tersengih menampakkan barisan gigi yg putih dan teratur kepadanya.
"Sorry bro tak sempat nak melawat kau masa sakit, kau tahu kan aku sangat..."
"Busy.." Aku menyambung tanpa sempat dia menghabiskan ayatnya. Dia pula yg menayangkan barisan giginya kepadaku.
"Aku janji, nanti kalau kau sakit
lagi aku datang lawat. Nope! bukan lawat, aku akan jaga kau. betul! aku janji tak tipu!" Akim bersungguh-sungguh berjanji kepadaku."Alaaa sweetnya. Yakk gay! " aku membuat muka comel dan menyambung dengan serious "Okay. Aku pegang janji kau Akim. Tapi ayat kau...
...macam mintak aku sakit je. Aku taknak sakit laa!" Aku menjerit di telinganya sambil tanganku menolak dia ke tempat duduknya. Dia meletakkan beg galasnya di atas kerusi.
"Ni malas ni. Selalu cakap aku gay. Aku waras lah takde perasaan pelik pun kat kau. haih" Akim gelak.
"Ayish!" Akim memanggilku. Aku menyahut.
"Harini Cikgu Hasbullah nak buat ujian, aku dah whats app kau semalam tapi kau tak online pulak, aku call tapi phone kau mati. So, ujian harini, kau bagi aku ajelah jadi the higher okay? Hahaha!"
"Hoi! Jangan nak berangan la. Walaupun aku tak study, aku akan jd yg terbaik ah. hahaha. kau tengok je nanti". Inilah dipanggil persaingan sihat.
*Selepas penat memerah otak di sekolah.
"Time to go home!" Aku memanjat ke atas badan Akim. Akim menjatuhkan aku. Dia memaut bahuku. Kami berjalan seiiring ke garaj basikal untuk mendapatkan basikal si Akim. Biasanya waktu datang dan pulang sekolah, aku akan mengayuh basikal dengan Akim,
Namun pagi tadi, Pat Mat, driver papa aku hantar aku kesekolah. Maka harini aku akan menyeksa Akim untuk berjalan pulang dengan aku kerana basikalnya tak boleh dibonceng. Ha! padanlah muka kau. Hahaha.
it quite boring right? action akan start di bab4 hahaha. guys jgn skip nanti tak tau camne jln cerita hahaha.
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Teen FictionTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...