Akim POV
Apa masalah orang yang cuba memerangkap aku tu? aku bermonolog sendiri. Aku masih terfikir, siapa pelakunya. Apa yang dia mahukan dari aku.
Hidup memang kejam. Aku manusia dan aku tak mampu nak memuaskan hati semua orang. Tapi perlu ke aku dilakukan sebegini?
Aku cuma ke sekolah. Nak capai impian kedua ibubapa aku. Kadang2 aku rasa nak give up. Satu satunya kekuatan yang aku ada adalah kenangan Ibubapa.
Setiap kata kata semangat yang pernah dilontarkan dulu memberi perangsang kepada aku.
Aku membuka phone. Nak tengok jam. dan..
Jelas terpapar gambar aku dan Ayish. Berpaut bahu. Orang yang aku rindu. Ya. Ayish. Sahabat semati aku.Tapi sebab aku ego. Aku tak mampu maafkan dia. Patutke aku buat dia macam tu? Terlalu kejamkah perlakuan aku? Aku termenung seketika. Terimbas kembali kenangan lama.
...
"woi! Cepatlah. Dahla layan awek tu. Mai mai layan aku pulak. HAHAHAHAHA!" Jerit Ayish bersama gelak langsuirnya kepadaku.
Aku nampak dia sudah pun dapatkan seseorang untuk dijadikan mangsa. Mangsa apa?
Mangsa amb mengambil gambar kami lah -.-
Aku masih sibuk bergambar dengan peminat2 aku. Haha. Well, aku kacak orangnya. Hari ni hari terakhir sebelum bermula cuti sekolah yang panjang.
Dan budak2 ni ambil peluang ni untuk bergambar dengan orang2 seperti aku untuk dijadikan kenangan. Alahai! Kenapa teruk sangat perasan ? Ingat dah hebat sangat ke Akim? Aku megeluh. Jaga2 nanti jadi riak.
"Cepatlahhh! " Kata Ayish seraya menarik telingaku.
"Sakitlah" Aku mengaduh sakit sambil memegang telingaku. Jatuh habis saham kemachoan yg aku cover dari tadi.
"Nanti jelah ye adik2 bergambar dngan abang hensem ni. Abang Ayish nak pinjam abang hensem korang jap" Kata Ayish kepada budak2 yang ingin bergambar denganku.
Ayish menarik aku. Dan aku pun memaut bahunya. Dia juga melakukan yg sama. Dan..
Klik!
Gambar kami diambil. Ya. Hebat gaya kami. Menampakkan keakraban antara kami. Senyuman mekar yang terukir ikhlas dari hati.
...
Aku tersedar dari lamunanku apabila bunyi gelas di dapur pecah. Aku ke dapur. Berdebar pulak rasanya. Ape benda kat dapur tu.
Lahai! Ingat hantu ke ape. Kucing rupanya. Aku mengangkat kucing itu dan letakkanya di luar rumah. Jangan salah faham. Bukan aku tak sukakan binatang.
Tapi aku tak sukakan najisnya yang 'dibuang' merata rata sesuka hati mak bapaknya. Busuk habis. Aku bukannya rajin sangat nak kemas rumah. Nak basuhkan najisnya.
Aku melihat jam. Dah lewat. Aku teringat kan Yana. Dah lama gak aku tak nampak dia kat sekolah. Dia kemana? Aik. Pelik pulak teringat kat dia tiba2.
Aku yang baru selesai mandi dan baru nak melelapkan mata, teringatkan dia. Orang kata, kalau kita teringatkan seseorang sebelum kita tidur, orang tu sedang rindu kita. Eh, yeke?
Tak payah nak perasan. Kau je teringat. Dia tak ingat kau pun. Mata aku mulai memberat. Dan aku pun tertidur sejurus sahaja selesai membaca doa tidur. Huish, bagus betul baca doa dulu.
Letih akibat hal yg tak dijangka yang berlaku di sekolah tadi.
Semoga esok hari aku tidak sesukar hari ini. Aku tahu aku cukup kuat untuk hadapi hari seterusnya.
Aku sedar betapa tabahnya diri aku yang sebenar, apabila menjadi tabah adalah satu satunya pilihan yang aku ada.
Superrr boooringgggg lahhhh chapter niii 😢
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Teen FictionTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...