|Bab 18|

69 5 0
                                    

Ayish POV

Jam 10pm. Tepat aku memasuki kawasan sekolah. Aku masuk secara sembunyi melalui pagar belakang sekolah. Mengelak dari terserempak dengan Pengawal Keselamatan sekolah a.k.a Pak Guard.

Aku berjalan ke kawasan bilik guru. Itu yg disuruh oleh pemanggil misteri tersebut. Lalu aku ternampak seseorang. Juga lelaki. Memakai hoodie yg sama macam aku.

Tak salah lagi. Itu Akim. Hoodie yg dipakai ni kitorang beli sama-sama masa lawatan ke Johor.

Kawasan di bilik guru agak gelap. Bukan agak gelap. Tapi macam blackout. Semua tempat tak bercahaya. Pelik!

Aku berjalan mendekati Akim dan memegang bahunya dari belakang.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Akim sedikit terkejut dengan kehadiranku.

"Someone call me.."

"Is that a boy?" Potongnya.

"Yes." Jawabku sepatah.

zzzz zzz zzzz

Telefon Akim bergetar. Menandakan ada mesej masuk.

From:Unknown

Bilik peperiksaan.

Akim menunjukkan isi mesej tersebut kepadaku. Setelah baca kami berjalan seiringan ke sana. Berjalan dengan berhati-hati. Lagak seperti pencuri je.

"Pak guard tahu kau masuk?" Tanyaku pada Akim

"Kalau tahu, aku tak jalan macam pencuri macam ni.. Bodoh betul" Balasnya seperti rimas.

Aku cuma menjeling dengan balasannya. Angkuh. Tanya je pun. Huh!

Sampainya betul-betul di hadapan bilik peperiksaan..

Tiba-tiba loceng keselamatan berbunyi dengan kuat. Lampu yang tadinya tidak bernyala semua nyala. Aku terkejut.

Cuak! Ya kami cuak! Muka Aku dan Akim terus pucat.

Kami masih menutup telinga akibat bunyi loceng yang sangat kuat itu.

Dan datangnya beberapa orang Pak Guard ke arah kami. Sumpah perasaan takut menguasai diri walau aku tak buat salah.

"Kamu berdua buat apa kat sini?! " Jerit salah seorang Pak guard tersebut.

"Kami.." Belum sempat kami menjawab, kami dah pun di pegang kemas oleh pak pak guard tersebut.

Ditangkap!

Aku dan Akim cuba meronta dan minta dilepaskan. Tapi mereka mengheret kami ke pagar sekolah. Di pondok Pak guard.

Ketua Pak Guard aku rasakan. Dia menelefon seseorang. Aku cuma mampu berdoa dalam hati, janganlah dia telefon polis.

Mampus aku kalau Baapakk aku tahu.

Setelah selesai dia bercakap dengan seseorang menerusi telefon, dia melepaskan gari di tangan kami.

Kami di beri pelepasan. Ah! Selamat.

"Kamu diminta wajib datang kesekolah besok. " Kata Pak guard tersebut.

"Kau bernasib baik sebab pengetua tak benarkan aku lapor kau pada polis atas tuduhan menceroboh sekolah. !" katanya sedikit marah.

"Kami tak buat salah.."

"Hotak kau tak buat salah! Masuk sekolah di malam hari tanpa guru dan kebenaran aku adalah satu kesalahan!! " Pak guard tersebut menjerit kuat pada kami.

Aku lihat Akim diam. Muka dia merah. Marah mungkin.

Aku lihat dia ingin berlalu. Aku membuntutinya.

"Kurang ajar! Sekurang kurangnya ucap terima kasih sebab lepaskan kau orang " Jerit pak guard itu setelah aku berlalu tanpa meminta maaf bahkan kata terima kasih.

Iqram POV

"Padan muka korang" Aku ketawa puas setelah melihat senario dimana Akim dan Ayish ditangkap.

"Kau tak takut ke kalau rancangan kita ni orang dapat tahu?!" Kata Iqbal, rakan baik Iqram.

"Haah." Tambah Adnil yang juga terlibat dalam perancangan Iqram.

"Orang takkan tahu kalau korang tak buka mulut!" Marah Iqram.

Geram dengan ketakutan yg menguasai diri kawan-kawannya.

"Korang jangan cuba nak pecahkan rahsia ni. Kalau aku tahu korang bocorkan rahsia ni, aku tak akan teragak-agak pecahkan muka korang! " Keras Iqram memberi amaran kepada dua rakannya.

"Okay. " Balas Iqbal dan Adnil. Bendul.

"Puas hati aku. Esok aku pasti Akim akan dibuang sekolah. " Aku senyum dengan puas hati.

"Kau dah letak kertas tu bawah meja Akim? " Tanya Iqram pada Adnil.

"Dah. " Jawab Adnil.

"Dah jom ah blah. Nanti kene tangkap pulak." Kata Iqbal cuba keluar dari tempat bersembunyian mereka.

...

Iqram, Adnil dan Iqbal, bersembunyi di dalam bilik elektrik. Iqbal lah yang bertanggungjawab mengblackoutkan sekolah.

Iqram pula berjaya melakukan misi mereka hasil bantuan kedua rakannya.

Iqram tersenyum puas. Dia akan pastikan Akim di buang sekolah. Namun buang sekolah takkan mampu mengembalikan kegembiraan hatinya. Tapi sekurang-kurangnya Iqram telah membuat sesuatu untuk menyusahkan hidup Akim.

Tapi betulkah akan berjaya misi mereka untuk memusnahkan Akim?

Kebenaran biasanya akan terbongkar. Tapi siapa yang akan bongkarkan kejahatan Iqram ini. Ada saksikah?

Dan kenapakah Iqram amat benci pada Akim? Mustahil hanya kerana pergaduhan kecil tempoh hari.

"Ada sesuatu yang kau lupa tentang aku Akim.." Getus Iqram. Berdendam.





chapter ni sedikit membosankan. tahu, author tahu 😭 Sorryy. Dan selepas ni author janji akan fikirkan cara terbaik untuk buat penulisan tak membosankan. huhuhu.

Lot of love from me 💕

nantikan part seterusnya!

Kau Sahabat [ Complete ]Where stories live. Discover now