Akim POV
Ayish berjalan ke kelas dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Mana taknya, rehat dengan buah hatinya Nara. Dia juga dah dapat result exam haritu. Gempak!
"Hai Kim! " Sapanya ceria
Aku hanya berlagak cool dan meninggalkannya di belakang.
"wah! wah! wah! Nampaknya budak bijak sekolah kita ni ada rekod tak baik di sekolahnya dulu." Suara seorang lelaki kedengaran dari jauh. Aku berpaling. Semua orang sedang berkumpul dan melakukan bulatan antara Ayish dan Iqbal.
Iqbal. Empunya suara. Dia pun sebenarnya terlibat dalam penjualan dadah kepada pelajar sekolah. Sama je macam Iqram. Sahabat lah katakan.
Dia ingat aku tak tahu. Lama dah perbuatan ni dilakukan. Hampir 3 tahun jugak kalau tak silap aku.
Dan kerana itu, tak mustahil Iqram mampu mengupah orang merencanakan kejadian malang yang menimpa Ibu bapaku.
Maaf ibu, maaf ayah. Semuanya sebab Akim.
Aku nampak budak tu dekatkan diri pada Ayish.
Ya. Aku masih tak dapat tandingi Ayish dalam pelajaran. Cuma dari segi sukan. Ya aku mampu. Tapi tidak lagi sekarang. Tengok sahajalah keadaan kaki aku yang lemah ini.
"Farish Asyraf atau lebih dikenali sebagai Ayish. Melakukan jenayah di sekolah lama." Iqbal membelwk kertas ditangannya.
"Wah! Tak sangka. Budak bijak sebegini buat jenayah belasah orang dekat sekolah lama. Muka dia. Korang! Tengok lah muka dia. Innocent! "
Iqram menjerit kuat. Hampir semua orang disitu dengar apa yang dikatakan. Iqbal menayangkan satu kertas . Bepusing-pusing dia layangkan kertas tu pada pelajar lain.
Pelajar lain mula berbisik-bisik.
Aku masuk dalam bulatan tu. Rampas kertas tu dari Iqbal. Dan aku koyak kertas tu. Pijak dan pijak sampai lunyai.
"Semua tu satu kemalangan yang tak disengajakan" Aku berkata dan terus berjalan ke kelas. Wah cool gila aku. -,-
Ayish kaku melihat kelakuanku.
"Korang nak tahu tak Ayish pukul siapa?!" Iqbal masih lagi meneruskan ucapan tak berbayar dia tu.
Aku berhenti.
"Tu dia orangnya. Yang datang koyak kertas ni tadi. Dengar cerita, dulu diorang bersahabat. Buat jahat bersama buat baik bersama, tapi sayangnya persahabatan tu dah runtuh dum dum dum. Macam rumah kene roboh. Hahahaha" Iqbal memang dah melampau.
"Go get yourself a life! " Jerit Ayish padanya.
"Tak perlu kau nak sibuk bercakap pasal masa silam aku! " Kata Ayish lagi.
Aku bimbang dia meradang lagi. Mampos kau Iqbal kalau dia dah panas. Moga-moga kau jadi macam aku.
"Well. Jangan nak tegakkan benang yang basah. Betul kan cerita tu? Why tak nak mengaku?" Iqbal mula menyindir.
Aku pula yang panas disini. Aku berjalan ke arahnya. Aku nampak Ayish dah cekik leher bajunya.
Tak sempat Ayish nak tumbuk, aku yang tumbuk di dulu. Iqbal jatuh ke lantai.
Aku cekik leher baju Iqbal. Dirikan dia.
"Buat pengetahuan kau, Persahabatan aku tak pernah hancur" Aku bisikkan di telinga dia. Pastikan cuma dia yang dengarnya.
"Oh satu lagi. Kalau kau nak terus sekolah, jangan gatal ugut orang. Aku ada rahsia besar kau." Aku tepuk bahu Iqbal.
Dia melopong.
"Rahsia apa yang kau tahu hah?!" Jerit Iqbal kepadaku
"Dadah! Oh maaf! Semua orang dah dengar. Dah tak jadi rahsia. Maaf. TERbocor." Aku senyum sinis.
Saja aku nak naikkan suhu kemarahan dia. Iqbal nampaknya betul-betul terkejut.
Ayish hanya memandang aku kaku. Bukan sahaja aku. Tapi semua yang ada disitu memandang kami. Tak pasal-pasal dapat publisiti murahan.
Semuanya sebab Iqbal. Huh gila glamor!
Aku berjalan keluar dari bulatan tu. Ayish mengejar aku dibelakang.
"Kau tak patut buat macam tu. Dia cari pasal dengan aku bukan kau." Ayish menarik bahuku kasar.
Aku berpusing dan pandang dia.
"Dia mention diri aku juga" Aku teruskan berjalan.
"Kau timbulkan masalah lagi ! kau pukul dia. Pasti dia akan report pada pengetua. Kau dah diberi amaran haritu Akim! " Kata Ayish sedikit risau
"Sama je kalau kau yang pukul dia" Balasku malas.
"Cuma kau diberi amaran!" Marah Ayish.
"Siapa peduli kalau aku dibuang?!" Aku mencerlungkan mataku ke arahnya.
"Saya peduli.."
Aku dan Ayish berpaling. Aku tengok tuan empunya suara. Dia menunduk.
"Bagaimana benci pun awak pada saya, saya tetap peduli.."
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Teen FictionTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...