Someone POV
"Kau rosakkan rancangan aku! Ni lah padahnya!" Iqram memukul badan aku bertalu-talu tanpa belas kasihan.
"Cukup.. " Merayu aku yg sudahpun terbaring di atas jalan.
Semasa pulang dari sekolah tadi, aku terasa seperti ada yang mengikutiku. Aku biarkan saja.Tiba2 Aku berasa kepalaku sakit. Dan aku terus tidak sedarkan diri.
Mukaku dijirus dengan air. Aku tersedar. Badanku berasa begitu sakit. Aku berada di satu lorong.
"Kau memang nak mampos. ." Aku dengar kata-kata tersebut saat membuka mata.
"Iqram.. " Kata aku sambil memegang kepalaku yg sakit.
"Ye Haziq. Ni aku. . Aku yang kau laporkan pada pihak sekolah. Aku yang kau buat sampai kene buang.." Iqram gelak.
Dia gila. Fikirku.
"Aku cuma kesian pada Akim.."
Kataku lirih."Aku kau tak kesian?.." Kata Iqram menangis. Dia mengesat hingusnya kasar.
"Aku benci hidup aku! " Tangan Iqram mengangkat kayu besbol. Dia pukul badan aku.
"Arghhh" Jeritku sakit.
Aku cuba bangun tapi gagal. Sakit kene pukul Tuhan je tahu. Dia pukul lagi. Kali ni kena pada kaki aku.
Aku mengerang menahan kesakitan.
Dia sengaja pukul kaki. tak nak bagi aku bergerak.
Dia tarik rambut aku. Seret aku di jalan tar tu sampai koyak belakang baju aku.
Aku langsung tak ada daya nak melawan. kepalaku berpusing-pusing. Tambah dengan sakit kene pukul lagi.
Iqram lepaskan aku. Dia tolak aku pd dinding di lorong tersebut kasar.
"Tolong!" Aku menjerit lemah.
Dia berjalan ke arahku. Di tangannya ade sebilah pisau.
Dia mainkan pisau tersebut di mukaku.
"Iqram. Aku mintak maaf." Kataku perlahan. Bergetar suaraku. Menahan air mata.
"Maaf? Apa tu?" Iqram sudah mencangkung di depanku.
"Maaf tak wujud dalam kamus hidup aku" Iqram bisik.
Aku dapat rasa perit dibahagian perutku.
Sah! Aku ditikam. Iqra menusuk dalam pisau tu pada perut aku. Darah tersembur terkena baju iqram.
Mataku mula kabur.
"Hahahaha. ." Iqram bangun dan dia jilat darah yg ada pada pisau tersebut.
Aku dah tak dapat tahan kesakitan tu. Mata mula memberat. Telinga aku dengar tapak kaki seseorang datang.
"Woi!"
Iqram larikan diri. Aku pejamkam mata. Tapi masih boleh dengar suara seorang lelaki.
"Tahan woi. Aku bawak kau ke hospital. "
Aku pejamkan mata kerana kasakitan yang aku rasakan amat memeritkan. Setelah tu aku tak lagi sedarkan diri.
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Teen FictionTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...