|Bab 26|

46 6 0
                                    

Author POV

Akim dan Ayish menghabiskan waktu di sekolah seperti biasa.

Selepas tamat waktu persekolahan. Mereka terus ke hospital. Melawat Haziq.

Setelah mereka sampai di sana. Kakak Haziq , kak Mia bagitahu bahawa Haziq telah pun sedar. Syukur.

Ayish dan Akim masuk ke dalam bilik tersebut. Sesungguhnya keadaan Haziq amat memilukan.
Kaki kananya berbalut dan tergantung. Patah. Ambik masa yg lama nak pulih kata Doktor. Kepala dia pula retak. Tangannya juga berbalut. Tak lupa kepalanya yang berbalut. Ada sikit rupa mumia dah Si Haziq ni. -.-

Doktor cakap dia mungkin Amnesia. Tapi setelah dia sedar, tiada simptom yang menunjukkan dia akan amnesia mahupun buta akibat pukulan yang kuat pada belakang kepala dia.

Itu sangat menakjubkan. Keajaiban berlaku. Kuasa Tuhan.

"Kau kenal aku? " Kata Akim

"Ye.." Balas Haziq lemah.

"Kau tak hilang ingatan eh?" Tanya Ayish pula.

"Taklah.." Ujar Haziq beserta senyuman hambar.

Dia sakit bibir nak senyum lebar2. Nak cakap banyak- banyak pun tak mampu sebab tenaganya lemah.

"Oh. Aku harap .."

"Kami harap .." Tegas Ayish menekankan perkataan 'KAMI' . Akim mengerling sekilas.

"Kami harap kau dapat sembuh dengan cepat. " Kata Akim pada Haziq yang terlantar atas katil hospital. Kasihan betul.

"Ya. Terima kasih sudi datang lawat aku. " Balas Haziq.

"Kita kan kawan. Apa salahnya. Lagipun haritu kau yang tolong aku." Kata Akim lagi.

Ayish melabuhkan punggungnya di sofa bilik itu. Meliar matanya memandang sekeliling. Menilik agaknya. Minuman Si Haziq juga dia tibai.

'Dasar tak tahu malu punya orang. 'Keluh Akim geram dengan kelakuan kebudak budakan Ayish.

Namun Haziq hanya senyum dengan tindakan tanpa sengajanya itu.

"Aku tahu lelaki yg pukul kau tu Iqram. Kan? "

Air muka Haziq berubah.
Haziq melarikan anak matanya setelah soalan itu terpacul dari mulut Akim.

"Dia marah kau sebab kau bocorkan rahsia dia kan?" Desak Akim lagi.

Haziq hanya diamkan diri. Mengeluh.

"Take your time. Nanti bila-bila rasa nak cerita. Cari je aku." Sambung Akim seraya memukul lembut bahu Haziq.

"Auchhh. " Teriak Haziq. Dia senyum dan mengangguk

"Sorry bro. " Kata Akim dengan riak bersalah.

"Kenapa Ziq?" Celah Ayish tiba-tiba. Cuak.

"Takda apelah. Kawan kau ni ha, terpukul aku kuat sangat." Kata Haziq.

"Oh. Dia ni memang kasar orangnya.." Ujar Ayish dengan sengihan dan memukul bahu Akim pula.

Akim hanya membiarkan. Memandang Haziq dalam. Penuh dengan perasaan bersalah . Sebab dia Haziq kena pukul. sebab nak tolong dia dari kena buang sekolah.

Kenapa dia buat macamtu. Sedangkan mereka saling tak kenal. Akim mengeluh kecil.

Doktor masuk ke dalam bilik Haziq bersama dengan dua orang nurse.

Mereka berjalan ke arah Ayish dan Akim. Doktor melemparkan senyuman.

"Saya nak melakukan pemeriksaan pada kawan awak. Awak diminta keluar. " Kata Doktor sopan.

Ayish dan Akim mengangguk.

"Nanti kami datang lagi. " Kata Ayish seraya bergerak ke pintu dan melambaikan tangannya ke arah Haziq. Haziq hanya tersenyum.


Kebaikan yang Haziq buat tu ada sebab. Hehe. Kalau nak tahu tunggulah okay?

Lot of love from me. 💕

Thankyou kepada reader yg setia. 💕💕💕

Kau Sahabat [ Complete ]Where stories live. Discover now