Ayish POV
Seminggu berlalu. Haziq pun dah boleh keluar dari hospital. Tapi masih tak dibenarkan ke sekolah. Banyak la pelajaran yang dia tertinggal. Dahla SPM dan dekat. beberape bulan je lagi tinggal.
Takpe ziq. Belajarlah kamu di rumah huhuhu.
Aku ke kantin sekolah. Ya. jalan sorang-sorang je. Setakat ni aku tak ada kawan baik lagi. Sebab aku tahu aku tak layak nak berkawan dengan siapa-siapa. Tengok ajelah ape yang aku dah buat dekat Akim.
Nak jugak aku berkawan semula. Aku cuba. Bukan tak cuba mendekati dia. Tapi dia tolak. Padan lah muka aku. Bodoh buat keputusan pakai lutut. Huh!
Aku beli roti dengan sekotak air. Tak ada selera nak makan nasi harini. Aku terus berjalan ke kelas. Makanan ringan-ringan ni makan dekat dalam kelas je. Sambil bace buku. '-' Acah best student jap.
Masa dalam kelas, tetiba je Akim tegur aku.
"Yish teman aku stayback petang ni." Ajak Akim.
"Study ape?" Soalku balik.
"Bukan study. Aku nak cari orang yang hantar sticky note ni. " Dia melayangkan beberapa keping sticky note berwarna - warni di depan mukaku.
"wah. Baru berape bulan kat sini dah ada peminat. " Ujarku ceria.
"Diam ah. Kau nak ikut aku ke taknak ni ? " tanya Akim geram.
"okay. " Aku menghadap roti aku semula.
.
.
.Lepas waktu sekolah. Aku ikut Akim. Dia menyorok dekat satu lorong ke kelas kami. Nak tengok siapa yang masuk tampal sticky note tu.
Dan tiba-tiba sorang budak perempuan kelas kami muncul. Nama dia Yuna Dahlia kalau tak silap aku.
"Alahai. Budak ni ke?" Keluh Akim.
"Kenapa? Tak baik kau. Kau mesti nak cakap dia tak cantik an? Tak baiklah . Dosa cakap orang hodoh" Aku menjongketkan kening aku beberapa kali.
Memanglah kurang cantik orangnya. Berkulit gelap. Hidung mancung. Kening tebal dan berjerawat sikit di dahi. Tapi Akim tak patut betul. Hahahaha.
Akim mengeluh. Dia pandang aku lama.
Tiba- tiba Akim keluar dari tempat persembunyian kami.
Dia menuju ke kelas. Haih. Apa budak Akim ni nak buat.
"Hoi! Kau rupanya yang letak sticky note dekat buku aku eh?" Marah Akim.
Budak tu betul betul nampak terkejut.
"a. . apa awak cakap ni? "
"Tak payah apa2 sangat lah. Kau yang buat ni semua kan? Buat pengetahuan kau, aku dah sukakan orang lain. " Akim melemparkan sticky note tu di muka perempuan tu.
"Agak biadap tu Akim" Aku memengang bahu akim. Menenangkannya.
"Ape ni? "Perempuan tersebut ambik sticky note tersebut dan letak atas meja.
"Maaf. Awak dah salah orang rasanya. Saya tak pernah buat kerja bodoh nak cari ayat sweet ni nak bagi dekat awak. " Budak tu mengeluh kuat. Menjeling.
"Dahtu ni apa? Nak nafi apa lagi? Kau datang lewat kelas ni mesti nak tampal lagi kan? " Marah Akim sebab budak tu tak nak mengaku.
"Panas pulak aku. Aku cakap tak. Bukan aku lah! Aku datang sini nak ambik buku aku yang tertinggal ni. Takda masa aku nak buat kerja macam tu. Kau ingat muka kau lawa sangat ke?! " Tengking perempuan tadi. Hilang kesabaran mungkin. Aku pula terkejut. Dari perkataan 'awak- saya' dah bertukar 'aku-kau'
Boleh tahan garang gak budak ni. Muka dahlah memang seram.
"Y. D means Yuna Dahlia kan? Kau tak payah nak berdalih lah. Kau malu sebab aku reject kau kan? Sebab tu tak nak mengaku. huh" Akim memalingkan mukanya. Dan mula mula melangkah keluar dari kelas.
Dummm ! Akim menghempas pintu kelas kuat.
Aku membuntutinya.
"Woi! Kau ingat aku sorang jeke Y.D dekat sekolah ni. Aku tak hamak lah dengan orang perasan hensem macam kau. Boleh pergi mati lah ! Takde adap punya orang! " Aku dengar perempuan tu jerit kuat ke arah aku dan Akim.
Akim yang masih berang berjalan laju pulang kerumahnya. Dia sempat mengambil semula sticky note yang dikutip perempuan tadi.
Akim POV
Sampai je rumah aku terkejut sebab Ayish ikut sekali.
"Pergi balik ah kau. Datang sini dah kenapa?" Marah aku.
"Kau tak rindu aku ke?" Tanya Ayish.
"Kau dah kenapa?! Gay ke apa?!" Tengkingku.
"Bodohlah! Aku rindu kau. Aku mintak maaf." Ayish mendekatiku. menunduk.
"Kau balik sekarang! " Aku menolak Ayish dan terus hempas pintu kuat. Aku intai dekat tingkap. Dia berjalan keluar dari halaman rumah aku.
Aku hempas punggung aku dekat sofa. Masih terfikir siapa orang yang tulis kata-kata manis pada sticky note ni dan lekatkan pada buku-buku aku.
Kenapa dia tak munculkan diri. Datang jugak rasa bersalah dekat yuna tadi. Tengking dia tak pasal-pasal. Padahal dia tak salah pun.
Aku ambil keputusan untuk mandi. Biar serabut dekat kepala ni kurang sikit. Aku akan pastikan aku akan tahu siapa yang hantar sticky note ni.
'Bodoh betul kau Akim. Sebab budak tu tak cantik terus kau marah dia. ' Aku menggeleng kepala mengingatkan kelakuan burukku tadi.
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Novela JuvenilTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...