Ayish POV
"Wahh! Beberapa bulan je lagi nak spm." Ujarku sambil menggeliat. Niat nak membetulkan tulang-tulang dan sendi badan setelah beberapa jam belajar.
"Yaa. Tahu." Balas Nara. Tangannya masih ligat menulis. Langsung tak pandang muka kacak aku. Hehe
Harini kami belajar bersama. Setelah sekian lama berkawan dengan Nara baru aku tahu yang dia ni anak sedara pengetua.
Sepupu kepada Yana. Kebetulan yang sangat menarik. Sebab Aku dan Akim berkawan rapat. Nara dan Yana sepupu pula walaupun mereka tak rapat dan mesra.
Lagipun aku tak pernah tengok mereka bertegur sapa. So, aku buat andaian sendiri yang mereka tak rapat.
"Yang ni macam mana yish?" Tanya Nara pada aku.
"Yang ni buat macam ni. Mula-mula selesaikan yang atas ni, lepastu pakai kalkulator. Guna kaedah EQN. " Jelasku.
"Macam mana? " tanya Nara lagi."X ni tak boleh bercampur dengan yang lain. Maka kena pindah kan dia dulu. " Jelasku lagi. Nara mengangguk. Dan akhirnya dia berjaya selesaikan satu masalah matematik. Soalan Kuadratik.
"Math ni kena banyak latihan. Kena buat banyak soalan yang berlainan. Baru senang score. Sebab biasa kaedah sama cuma nombor je yang ditukar. Got it princess? " Aku mengusutkan rambutnya.
"Ya ya atuk." Balasnya sambil memegang kepalanya. Matanya masih fokus pada latihan.
'Nara Nara' Aku menggeleng perlahan. Suka hati mak bapak dia nak panggil aku macam tu. Panggil lah aku putera. Sebab dia kan bakal zaujah aku. Hahahaha. Gatal sekolah tak habis lagi woi! .
Semasa dia buat kerja dia. Aku siapkan aku punya. Tak lama lepas tu aku nampak Akim dan Yana masuk dalam library ni.
Mungkin mak study jugak. Malah harini memang ramai pelajar tingkatan 5 menghabuskan masa terluang di pustaka. Memandangkan ramai cikgu yang pergi kursus. Kami ambil peluang belajar sendiri.
Aku nampak Akim dah nak ajak Yana keluar balik sebab meja semua dan penuh. Tapi Yana tarik dia duduk dekat meja aku.
Aku dan Nara hanya berdua dekat meja ni. Aku nampak Akim macam gelisah tengok aku. Tapi aku tak peduli pun. Aku teruskan dengan pembacaan aku.
Tak lama lepastu Nara berdehem.
"Ehem-ehem. Tak ada tempat lain ke kau nak duduk? " Sindir Nara pada Yana.
Aku dah rasa lain macam. Kepanasan dalam library yang berAircond ni.
"Kenapa ? tak boleh ke aku duduk sini? Takde cop nama kau pun kan?" Balas Yana pula. Boleh tahan.
Nara mula berdiri. Aku memandangnya pelik.
"Aku tak suka!" Marah Nara.
"Aku tak peduli." Balas Yana membelek bukunya.
"Cari tempat lain! " Jerit Nara pada Yana.
Yana menutup kuat bukunya serta turut mula berdiri.
"Aku-Tak-Nak! " Jerit Yana pula pada Nara. Sepatah sepatah. Lantang suaranya.
"Sila diam! Ini pustaka dan bukan tempat untuk memekak. Kalau rasa nak memekak sila keluar. Itu pintunya." Marah pustakawan yang bertugas, sambil jari telunjuknya pantas tunjuk ke arah pintu pustaka .
Nara menghempas kuat bukunya dan kembali duduk di kerusinya. Serentak dengan Yana.
Aku nampak Akim dah ternganga tengok perangai dua perempuan ni. Macam singa muka masing-masing. Mulut mereka berdua pula sudah dimuncungkan. Agaknya kalau diikat dah boleh jadi reben.
Akhirnya pembelajaran di pustaka hari ini , keadaannya sangat tegang. Tiada lagi gurauan manja dapat dilihat.
Semasa perjalanan ke kalas semula, aku semoat bertanyakan Nara hal dia dan Yana.
Dia cakap memang dari kecik diorang tak ngam.
Aku dan Akim juga masih beku. Tak ada tanda nak berbaik. Dalam hati aku dalam diri aku dan setiap kali dalam doa. Aku doakan semoga dia dapat maafkan aku.
Masih dapatkah aku kembalikan persahabatan dulu?
Aku mengeluh melihatnya berjalan masuk ke kelas. Bila lah agaknya hati ais Akim dapat aku cairkan.
.
Nak buat akim dan ayish berbaik ke tidak? 😂
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Teen FictionTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...