Setelah sekian lama Haziq menyepi kini dia kembali 😂
Haziq POV
"Yish." Panggilku di hari pertama aku memulakan sekolah setelah berbulan terlantar bersama kaki yang patah. Hahaha.
"Yaw! Whats up bro? Kaki dah okay? " Teruja betul Ayish tengok aku. Aku hanya gelak.
"Dah okay lah ni , tu yang aku datang sekolah. " Jawabku memaut bahunya.
"Banyak kau tertinggal ziq."
"Aku duduk rumah, aku tetap belajar." Balasku selamba.
Wah. Hebat betul aku. Kalau orang lain dah terbuai dengan cuti. Tapi sayangnya dengan kaki yang patah apalah yang boleh buat selain mengulangkaji pelajaran?
Tipulah. Makan pun boleh.
"Baguslah. Susah nak cari orang rajin macam kau ni. " Balas Ayish mengusutkan rambut aku dan laju meninggalkan aku.
"Ayish! " Jeritku. Dia berhenti dan menoleh aku di belakang.
"Balik nanti aku nak jumpa kejap." Pesanku sebelum dia masuk ke kelasnya.
Sempat dia buat sign okay dengan jarinya. Aku pun berjalan ke kelas.
.
.
.Lepas waktu sekolah aku ajak Ayish pergi makan dekat kedai. Tak pulang ke rumah terus lepas balik sekolah.
Sedang kami menunggu makanan dan air yang di order sampai. Kami mula berbual. Bermula dengan topik yang ringan sehinggalah aku bertanyakan sesuatu hal yang membuatkan air muka Ayish berubah.
"Kau dengan Akim gaduh besar?" Tanyaku pada Ayish.
Ayish yang sedang mengunyah, berhenti.
Dia pandang aku. Dan sambung kunyah balik. The hell! Soalan aku tak jawab pun. 😂
"Dengar tak yish?" tanyaku lagi.
"Ya. Aku gaduh dengan dia. " Jawab Ayish
"Dah lama? " Soalku lagi.
Aku tengok Ayish habiskan makanannya dan minum air.
"Dari awal tahun." Ayish jawab acuh tak acuh sambil panggil pelayan untuk mengira harga makananya.
"Patutlah kau dan dia dah lain."
"Maksud kau?" Tanya Ayish padaku.
"Dia dingin." Aku mengeluarkan wang dan ingin membayar. Tapi cepat Ayish memotong aku.
"Salah aku. " Kata Ayish pada aku.
"Kau buat apa sampai dia marah macamtu sekali. Sekenal aku, dia pemaaf orangnya. " Kataku sebaik sahaja kami menghayunkan langkah meninggalkan gerai makan tersebut
"Aku... " Dan Ayish menceritakan segalanya padaku.
Maka tahulah aku kenapa mereka jadi renggang.
"Kau tak cuba minta maaf?" Soalku.
"Dah jenuh. Tapi tulah. Hanya pandangan kebencian dia beri pada aku. " Ayish mengeluh.
"Aku memang tak layak dimaafkan.." Sambungnya lagi. Ayish memalsukan senyumannya.
Nampak keperitan dalam matanya. Sayangnya persahabatan mereka tak kekal seperti yang aku doakan.
Payah nak baiki hati yang telah terluka. Lukanya sembuh. Tapi parutnya akan tetap berada disitu. Sebanyak mana pun kita cuba untuk hilangkannya. Ianya takkan hilang dengan mudah. Melainkan dengan kasih sayang yang abadi.
"Penatnya melawan rasa bersalah." Keluh Ayish lagi. Dia ambil tempat di sebuah bangku.
Aku pandang dia dari tepi. Dia dongak pandang langit. Lepastu baring. Cuaca agak mendung harini. Jadi tak adalah sakit mata.
"Kalaulah aku tak ikut perasaan." Bicaranya sendiri. Aku turut memandang langit.
"Apa dalam hati kau masa tu sampai kau buat dia macamtu?" Soalku lembut pada Ayish.
Ayish diam beberapa saat sebelum menjawab soalanku.
"That is... "Ayish mengeluh
"hmm.. I just got angry. That he would leave me by myself and go far.."
"Far away.." Sambungnya lagi.
Ayish diam. Di tutup matanya dengan lengan. Dia tahan tangis. Ngilunya dalam hati dapat aku rasakan.
Seseorang yang begitu rapat nak tinggalkan kita. Padahal dia satu-satunya kawan yang buat kita bahagia. Yang selalu ada dikala susah mahupun senang. Yang akan backup kita walau dah buat salah. Yang akan lakukan kerja gila bersama. Yang tak mengaku rindu walaupun rindu membebani jiwa. Tu lah namanya sahabat.
Aku tahu Ayish menyesal dengan tindakannya. Jelas terpancar dari matanya tiap kali dia pandang Akim.
Ayish meraup mukanya.
"Jomlah balik. Hari dah nak senja." Aku melihat jam tanganku dan mengangguk.
Agak lama masa dihabiskan merenung langit biru.
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Novela JuvenilTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...