Ayish POV
Aku masuk ke kelas. Aku mencari kelibat Akim dan Nara. Dan diorang sudah pun berada di tempat masing-masing. Nara yang biasanya riuh berbual dengan kawannya menjadi pelik. Dia menghadap buku.
Akim pula. Dia hanya kaku. Memandang papan putih kelas kami. Entah apa yang difikirkannya.
Aku mengerakkan kaki melangkah ke sebelah Akim, tempat aku. Aku juga diam. Tiada apa yang hendak dibahaskan.
Tiba-tiba Akim mencampakkan buju ke mejaku. Ya. Buku nota kelmarin yg aku selitkan di bwh mejanya.
Aku memandangnya. Dia buat seperti tiada apa yang berlaku. Dia terus dengan pandangannya ke papan putih itu. Apa yang menarik pun aku tak tahu.
Tak lama kemudian cikgu masuk.
"Hazrick Hakimi, Farish Asyraf, dan Nara Alisha. Anda di panggil oleh pengetua dibiliknya. Sekarang. " Kata Puan Zamia.Aku terkejut. Aku lihat Akim bangun membaiki bajunya dan keluar. Begitu juga aku dan diikuti Nara di belakang kami.
Sampai didepan bilik pengetua. Aku memulas tombol pintu dan membukanya. Tersembullah seorang muka penjenayah yang tak diiktiraf itu didalam bilik itu.
'Panasnya.' Ujarku perlahanAircond mungkin sudah pada suhu 16° but masih belum boleh menyejukkan hati aku yg panas bila tengok lelaki tak guna ni. Ya, budak yg mencetuskan kemarahan aku di pagi hari, Iqram.
"Kamu bertiga. Berdiri disini! " Kata pengetua keras.
"Kamu tahu apa salah kamu? " Sambungnya lagi.
Kami semua diam.
"Kalau kamu tak tahu, mari saya bagitahu. " Pengetua menarik nafas.
"Iqram dan Hazrick. Kamu tahu apa hukuman yang akan kamu berdua dapat kalau bergaduh di kawasan sekolah? Saya pastilah kamu tak tahu, sebab tu berani bergaduh dalam kawasan sekolah. Betul? Saya rasa kalau nak jadi gangster, baik berhenti sekolah. Sekarang pun saya boleh buang kamu sebab telah mencetuskan pergaduhan yang telah mengakibatkan kecederaan fizikal masing-masing. " Pengetua menunjukkan lebam pd muka Akim dan Iqram.
"Saya yang salah " kata Nara
"Tak, saya yang salah . " Potongku.
" Saya taknak tahu siapa yang salah. " Kata pengetua.
"Awak berdua telah menunjukkan tingkah laku yg buruk. . Dan hukuman yang setimpal adalah buang sekolah. Ianya telah pun termaktub dalam buku peraturan sekolah. " Pengetua mengeluh.
"Pengetua saya merayu. Jangan buang diorang. " bantahku
"Kenapa tidak?"
"Kerana semua pergaduhan ni berlaku secara tidak sengaja" Kataku lagi.
"Kerana marah tu satu fitrah perasaan ? Itu yg cuba awak maksudkan Farish?"
"Bukan. Ini adalah kali pertama kami melakukan kesalahan. Kami patut diberi kemaafan dan peluang.. " Aku cuba sedaya upaya untuk memujuk pengetua.
"Akan saya pertimbangkan permintaan kamu. Tapi, untuk pengetahuàn korang, salah seorang antara Iqram dan Hazrick tetap akan dibuang sekolah. "
"Itu saja saya rasa benda yg patut kamu tahu. Okay. Kamu boleh beredar ke kelas."
Aku terkejut dengan kenyataan itu. Kami mengangguk dan keluar dari bilik tersebut.
Semasa di dalam kelas, aku melihat beberapa pelajar perempuan mengerumuni Nara. Bertanyakan hal tadi.
Aku nampak dia rimas. Dia cuba elak daripada menjawab dengan mendiamkan diri. Tak lama kemudian aku lihat dia berlari sambil mengesat pipinya. Menangiskan dia? kerana tertekan dengan pelbagai persoalan. Aku mengeluh lagi.
'Lama betul harini' Keluhku. Seharian disekolah dengan pelbagai masalah begitu memenatkan.
Mata hanya memerhatikan Nara. Tak ceria seperti biasa. Kelas begitu suram tanpa keriuhannya.
Lagi satu jam, kelas akan tamat. Tak sabarnya nak balik.
Dan akhirnya kelas pun tamat.
. . .
Sedang aku berjalan ke rumah . seseorang menyentuh bahuku kasar.
"Hey bro. Jaga kawan BAikk kau ya. Aku akan pastikan dia akan dibuang sekolah. " Dia wink berserta smirk dekat aku dan berlalu pergi.
. . .
Kenapa budak tu kata macam tu. Tapi, apa yang dia boleh buat. Ah! Saja nak gertak aku tu.
Aku tengok kalendar. 2minggu lagi ada exam. Stressnyaaa! Aku pun membaringkan diri di katil bujangku. Tetiba handphone ku berbunyi.
From:0123000092
Hi Ayish.
Thankyou.Siapa ni?
Tq for what?Sbb tlg sy td.
Kat sklh.Ha?
Nara here.
*Blackmoon*Oh. Haha.
No hal.
Small matter.Good night awk.
Sweetdream.K. gn.
Aku terus save nama nara dalam contact list aku. Jap! Nak save name ape eh. Hehehe. Aku pun menaip nama yang aku rasakan sesuai untuknya.
Esok cuti. Nak buatpe eh?. Hmm. Takde plan nak gi mana mana. Tidur, main game, makan, dan study lah sikit. Erp. Study ?
Auch! Farish dah rajin nak study sekarang. Tak sangkanya. Tepuk tangan sikit dekat diri sendiri walaupun tu cuma baru niat. Apa salahnya. Niat pun dah cukup bagus daripada takda langsung.
Akhirnya aku tertidur dalam ketidaksangkaan diri aku nak rajinkan diri untuk hadap buku *
Nara POV.
Kenapa Ayish tak balas ni. Takkan dah tidur kut. Awal lagi ni. Hari minggu pun takkan tidur awal. Aku mengeluh.
12.54Am
Baru je nak ajak keluar besok. Tapi em tak balas pun. Huwaaaaa jangan cakap kau tak sudi. . . .
Aku pun ambik keputusan untuk tidur. Tunggu lah macam mana balasan Ayish pagi besok. Janganlah kau tolak. Malu sial. Aku yg perempuan kut ajak keluar.
Dahtu aku nak hilangkah stress lah! Kay kay calm down Nara. Aku megurut dada. Berdebar, takut semua perasaan ada. Huh.
stay tuned guys.
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Novela JuvenilTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...