Haziq POV
"Akim.." Getus Haziq perlahan selepas Akim dan Ayish keluar dari biliknya.
Semasa Doktor melakukan kerjanya menukar balutan dan menampal ubat pada luka aku. Aku mula teringat sesuatu. Alasan Kenapa aku menolong Akim dan Ayish tempoh hari.
Kejadian tu dah berlaku hampir 7 tahun yang lalu. Kira-kira aku berumur 10 tahun.Mereka mungkin lupa jasa yang diberi. Namun tidak sesekali pada aku. Kerana jasa tu amat bermakna.
Flashback
"Nah, pakai duit aku dulu. " Akim memaut leher aku.
"Tak.. Takk perlu.." Kataku teragak-agak.
"Alah. Ambik ajelah." Kata seorang budak lelaki. Ya. Budak lelaki tu Ayish. Sahabat sehidup semati Akim.
keakraban mereka kadang kadang buat aku cemburu.
"Korang ambik mane duit banyak-banyak ni..?" Soalku ragu-ragu. Melihat akn jumlah wang yang berada dalam tanganku.
Aku tak mahu menempah maut lagi dengan ambil duit ni. Cukuplah setiap hari aku dipukul dan dijadikan hamba untuk bekerja tanpa gaji di kilang batu bata.
Aku masih kecil. Dan mereka langsung tiada belas kasihan. Pukulan jadi makanan biasa pada aku. Kesakitan yang aku rasa juga dah kalis.
"Curi duit ayah aku " Kata Akim selamba.
"Eh taknak lah kalau macam tu. " Aku menolak duit tu ke dada Akim.
"Woi! Bukanlah. Duit tabung aku dengan Akim ni. " Kata ayish. Menunjal dahi Akim.
Akim ketawa.
"Guraulah." Bls akim pada Ayish. Ayish menjelingnya.
"Aku nampak kau kerja dekat kilang tu. Hm, kau miskin sangat ke sampai kena kerja. Ayah kau mana? " Tanya Ayish.
Aku terkaku dengan pertanyaannya. Ayah aku yang jadikan aku hamba disitu. Dia berhutang dengan tuan punya kilang tu. Kalaulah kau tahu Ayish.
"Err. . aku"
"Tak payah kerja. Pakai duit tu jimat-jimat sikit. " Potong Ayish .
kau beruntung, Ayah kau baik.
"Tak. sebenarnya. . " Aku cuba membuka kata.
"Apa? Macam ade benda tak kena je. " Soal Akim.
End Flashback.
Aku menceritakan hal kehidupan aku yang sangat memeritkan kepada Ayish dan Akim.
Mempunyai seorang ayah yang sangat kejam. Kakak aku Mia hampir dilacurkan. Tapi Ibu aku selamatkan dia. Bela dia. Aku? Dia tinggalkan. Katanya tak mampu. Tapi,
Syukur. sekarang hidup aku beransur pulih. walaupun belum pulih sepenuhnya. Aku ada Kak Mia yang telahpun berjaya. Dia membawa aku tinggal bersamanya 2 tahun yang lalu. Dialah yang menanggung segala keperluanku.
Banyak benda yang dua buat untuk aku. Aku taknak menyusahkan dia lagi. Tapi berakhir dengan masih menyusahkan dia.
Ibu pula disahkan meninggal setelah insiden dilanggar lari. Polis tak dapat mengesan siapa pelakunya . Tak sempat aku nak merasa kasih sayang seorang ibu. Tidak mengapa. Tuhan lebih menyanyanginya. Sesungguhnya bertemulah kita di Syurga yang abadi nanti.
Iqram. . Aku mengeluh kecil. Dia anak pemilik kilang batu-bata tersebut. Tapi yang manjadikan dia begitu liar kerana semua perniagaan ayahnya disita.
Rosak. Hutang yang banyak membebankan dia. Apatah lagi setelah kematian satu-satunya adik perempuannya. Adiknya dibunuh kejam dan dia jadi seperti orang hilang akal. Iri hati pada ramai orang.
Iqram. Dia dulu kawan aku. Saat aku diseksa pekerja bapanya masa bekerja. Dia datang bawakan aku ubat. Dia bantu aku. Tapi sejak perniagaan ayahnya muflis. Semuanya berubah. Dia jadi bengis. Pemarah. Pendendam dengan orang yang buat pada adiknya.
"Okay dah siap.." Kata doktor yang mengejutkan aku dari lamunan panjangku.
Aku mengganguk kepada doktor.
"Terima kasih."
"Most welcome. saya keluar dulu. Ada apa-apa tekan je butang merah tu." Kata doktor.
"Alright " Ujarku sepatah.
Doktor melangkah keluar. Aku mengiringi langkahnya dengan pandangan aku.
"Kau bantu aku selesaikan hutang bapa aku Akim, Ayish. " Getusku perlahan.
"Dengan duit tabung kau berdua.."
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Teen FictionTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...