|Bab 5|

92 8 0
                                    

*Rumah Akim

Aku membuka pintu rumah. Dua langkah aku memijak lantai rumah. Seperti terngiang ngiang suara kedua ibubapaku. Allahu. Terlalu rindu. Aku masuk ke dapur. Semalam ibu cakap dia nak masakkan lauk kegemaran aku kalau aku dah dapat balik rumah.

Aku membuka tudung saji. Ya Allah. Ibu telah pun masakkan ayam masak merah. Makanan kegemaranku. Sebak datang lagi. Sepatutnya dah dua jam tadi aku boleh makan bersama ibu dan ayah. Mereka tak takda. Seperti terbayang lagi ayah yg duduk di hujung meja. Ibu pula dihadapanku.

Gelak ketawa mereka masih dapat aku dengar. Namun yang menyedihkan ianya hanyalah ilusi. Pemandu keluarga kami, Pak Hassan memberitahu bahawa esok peguam ayah akan datang.

Ayah seorang ahli korporat. Ibu bekerja dengan ayah. Ayah seorang yang berjaya dan berpengaruh.

Kemewahan yang aku terima hasil titik peluhnya sendiri dari muda. Atuk aku hanyalah pekerja biasa. Namun berkat kesungguhan ayah. Aku dapat hidup senang sekarang. Tapi tak ada guna lagi. Mereka tiada disisi aku.

Magrib mula munculkan diri. Aku siapkan diri untuk bersujud padanya. Selepas itu, aku baca yaasin. Khas buat arwah kedua ibubapaku. Juga tak lupa buat arwah nenek dan atuk. Airmata tak berhenti tumpah saat aku membaca yasin.

Kosongnya terasa saat ini tiada siapa memahami. Aku mengaji sehinggalah azan isya bergema. Lalu aku teruskan solat.

Setelah selesai. Orang gaji keluarga aku. Mak Mah sediakan makanan. Mak Mah dan Pak Hasan pasangan suami isteri. Mereka beritahu aku bahawa mereka akan adakan tahlil buat ibu dan bapa aku di masjid. Jadi aku tak payah bimbang. Aku mengucapkan terima kasih atas kesudian mereka membantu aku.

Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Inilah malam yang paling sunyi aku pernah rasa. Tiada siapa di rumah. Pak hassan dan Mak Mah sudah pulang ke rumah mereka. Mereka akan datang lagi besok.

Aku mengambil keputusan untuk tidur. Sebelum tidur, aku sempat melihat mesej2 daripadan kawan kawanku yang lain mengucapkan takziah. Tercari cari juga, Ayish. Tak ada. Aku menarik nafas panjang. Mungkin dia tak menganggap aku sahabat lagi.

Aku memejam mata. Mencari lena.

...

Aku terkejut dari lena setelah terdengar ngauman azan. Terasa pelik, biasanya aku liat bangun pagi. Tapi tidak lagi untuk hari ini dan mendatang. Aku kene berdikari. Tiada lagi Ayah yang bising2 mengejutkanku. Tiada lagi ibu yang mengejutkan dengan lemah lembut. Bersama dengan suara merdunya. Aku merindui saat2 bersama mereka.

Setelah selesai solat subuh. Aku akan mengaji. Sekolah? Aku masih belum dibenarkan ke sekolah. Aku diberi cuti seminggu. Tapi aku tak akan ketinggalan.

Aku akan sedaya upaya belajar di rumah. Tahun ni aku mengambil peperiksaan. Aku tidak mahu gagal. Kerana aku telah gagal menyempurnakan impian ayah untuk berjaya dalam bidang sukan. Tapi tidak lagi untuk kali ini. Aku taknak gagal lagi dalam akademik.

Aku mahukan yang terbaik untuk diri aku. Juga buat insan2 yang aku sayangi. Sekejap masa berlalu. Setelah aku menyelesaikan beberapa tugas, jam menunjukkan pukul 8.30 pagi.

Tingg.. Tongg..

Bunyi loceng rumah ditekan. Aku keluar. Melihatkan kelibat kawan2 ayah dan ibu, aku membenarkan mereka masuk. Pakcik Azhar, peguam keluarga aku merangkap kawan baik ayahku juga datang.

Aku menjemput mereka masuk dan duduk. Mak Mah yang sudah terbiasa datang pada pukul tujuh untuk bertugas, membuat air untuk kami.

Pak cik Azhar mengucapkan takziah. Dia mengusap tubuhku. Membuat aku terasa semakin sebak. Sangat terasa kehilangan ini. Pak cik Azhar memulakan tugasnya.

"Saya akan membacakan wasiat yang ditinggalkan Tengku Azim. Saya harap, tiada bantahan ke atas wasiat yang telah diamanahkan kepada saya ini." Pakcik Azhar memulakan bicara. Rakan kongsi kepada ayah hanya mengangguk.

"Semua aset yang ditinggalkan kepada satu satunya anak lelakinya adalah rumah, syarikat, tanah-tanah miliknya, wang berjumlah 3.7Juta di dalam akaun dan beberapa buah kenderaan yang didaftarkan atas namanya dan isteri beralih kepada Tengku Hazrick Hakimi". Aku terkejut. Semua hartanya. Cepat benar papa mengalihkan semuanya ke atas nama aku. Dia seperti sudah tahu bahawa dia akan meninggalkan aku secepat ini.

Pakcik Azhar menyambung lagi.

"Urusan syarikat telah diserahkan kepada saya untuk meneruskan perniagaanya sehingga umur Tengku Hazrick Hakimi berumur 22Tahun. " Aku hanya mengangguk. Pakcik Azhar menyatakan bahawa wasiat ini telah ditulis sebualan sebelum kematiannya.

Pakcik Azhar meneruskan bacaan nya untuk hal hal yang lainnya pula. Nampaknya tiada bantahan daripada mana-mana pihak.

Selepas pembacaan wasiat selesai, mereka pulang. Hanya pakcik Azhar yang tinggal. Dia bercakap secara personal dengan aku. Dia memberitahu bahawa , hasil daripada keuntungan kepada syarikat akan dibahagikan.

Selebihnya akan dimasukkan ke akaun peribadi aku. Aku hanya mengangguk. Dia menerangkan serba sedikit tentang Aset yang aku terima.

Aku hanya mengiakan semua katanya kerana aku tak berapa paham tentang hal ini. Aku memberikan kepercayaan 100% terhadap Pak cik Azhar.

Pakcik Azhar meninggalkan rumah setelah selesai tugasnya.












Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke chapter ni. Kadang2 rasa agak mengarut. Haha. maklumlah kerja pertama. Btw, semoga kesedihan yang dilontarkan dapat dirasai oleh korang. 🎈

Kau Sahabat [ Complete ]Where stories live. Discover now