|Bab 33|

51 6 0
                                    

Ayish POV

"Sejak kau dah tak hidup dalam hati aku..."

Dia dah buang aku. Apa lagi aku patut buat? Dah macam-macam cara aku cuba untuk dekatkan dia dengan diri aku semula.

Tapi

Dia dah matikan aku dalam hati dia. Sedangkan dia masih mekar dalam jiwa aku. Setiap saat yang aku lalui bersama dia. Aku ingat.
"Maaf Akim.." Getus hatiku.

Kadang-kadang rasa bersalah begitu menghantui aku.

Hari aku begitu sukar tanpa dia. Akim. Kau adalah sahabat aku. Aku takkan pernah jumpa orang yang sanggup berkawan dengan aku sebagaimana kau.

Kau terima perangai tak guna aku. Semuanya salah aku. Aku hancurkan segalanya. Akim, tak ada sikitkah perasaan ingin memaafkan aku dalam diri kau? Begitu kejam perlakuan aku sampai aku langsung tak layak menerima maaf dari kau, Hazrick Hakimi.

.
.
.

Aku pulang ke rumah. Malam ni Nara ajak aku keluar. Temankan dia ke mall. Malas sebenarnya. Tapi nak tolak.. kesian pulak.

Pulang dari sekolah. Aku lelapkan mata. Rehatkan otak, badan dan seangkatan dengannya.

Aku bangun dari tidur dan terus solat Asar.

Lepas maghrib aku siapkan diri. Nak keluar dengan Nara. Dia akan jemput aku di rumah. Memandangkan aku tak ada kenderaan.

Dia datang dengan driver dia.

Masa dalam kereta. Kami diam. Sampai je dekat Mall. Dia pegang tangan aku.

"Takut awak hilang. " Sengihnya.

Aku menggelengkan kepala melihat telatah nakalnya.

"Ayish. "

"Ya." Balasku.

"Girl in pieces. Nampak menarik." Katanya menunjukkan sebuah novel english kepadaku.

Kulit buku tu warna pink. Sebab tu menarik. Aku rasalah. Hahaha

"Cuba baca sinopsis dia tu." Kataku pada Nara sambil aku melihat dan meneliti novel-novel yang berdekatan.

"Ayah dia mati. Kawan-kawan tinggalkan dia." Nara mengeluh.

"Sedih cerita ni. Semua orang tinggalkan dia. " Tambahnya lagi.
Semua orang tinggalkan dia.

Akim.

Nama dia terus terbit dalam benak fikiran aku.

Semua orang tinggalkan dia. Mak Ayah dia. Aku juga tinggalkan dia.

Ada satu hujung minggu. Aku ikut dia. Dia ke kubur. Pada mulanya aku juga pelik. Kubur siapa yang dia lawat. Tapi terkejutnya aku bila baca nama dekat batu nisan tu. Mak ayah dia dah tak ada.

Sungguh. Rasa bersalah aku bertimpa-timpa hempap kepala aku. Aku tinggalkan dia masa dia perlukan seseorang untuk buat dia kuat. Untuk dorong dia terus jalani kehidupan dia.

Tapi. Tidak. Bukan aku jadi orang yang ada disisi dia. Aku tak guna. Memang patut Akim bersikap kejam pada aku.

Berbaloi dengan kesedihan yang dia alami semasa permergian orang-orang kesayangannya. Sebab itu dia jadi begitu dingin pada aku.

"Ayishh! Heyyy!" Nara melambai-lambaikan tangannya di depan muka aku.

Aku terkejut.

"Mengelamun. " Keluh Nara. Bercekik pinggang

Aku lemparkan senyuman pada dia.

"Cerita tu terlalu sedih. Tak payah beli dan tak payah baca.. " Kataku.

"Kenapa pulak.? " Tanya Nara. Tangannya masih kemas memegang buku tersebut.

"Air mata awak terlalu berharga untuk ditangiskan pada buku tu." Aku memuncungkan mulutku pada buku tersebut.

"Awak tak nak bagi pun. Saya tetap nak beli. Wekk." Nara terus ke kaunter pembayaran. Sempat lagi dia menjelirkan lidahnya kepada aku.

Macam budak-budak. Comel. Dan sebab itulah yang buat aku jatuh hati pada dia.

Lepas beli buku, kami ke food court. Makan. Nara mengadu lapar. Tak makan dari balik sekolah.

Lepas je ambik makanan. Kami cari meja. Aku duduk di hadapan dia. Fuhh Nara makan bersungguh-sungguh.

"Nara.."Panggilku.

"Ye." Balasnya masih mengunyah.

"Nak tanya sikit." Ujarku

"Banyak pun apa salahnya." Dia sengih.

"Awak dengan Iqram pernah ada apa- apa hubungan ke?" Tanyaku sambil sesuap mee sup disua ke mulut.

Aku tengok Nara berhenti makan. Dia letakkan sudu di dalam mangkuk tu. Dia bangun.

"Jom balik. Dah habis.."








Selamat membaca ! Stay tuned! Kayra akan munculkan diri tak lama lagi. Hehe. Nak tahu? Mohon tunggu ya. Hehehe.

Kau Sahabat [ Complete ]Where stories live. Discover now