Akim POV
Aku baru pulang dari sekolah. Lalu dekat jalan biasa yang aku gunakan. Ayish macam biasa, sejak aku bersekolah di sekolah yg sama dengan dia,
Dia akan ikut aku sampai rumah.
Eh tak! Sampai taman je. Lepastu dia belok jalan lain.
Tetiba aku macam dengar orang megaduh kesakitan. Aku biarkan je dulu. Tapi makin lama makin dekat bunyinya. Dan bunyi tu pula makin kurang.
Aku pun jenguk ah dekat lorong tu. Lorong tu aku tak pernah masuk. Gelap dan busuk. Macam tempat orang hisap dadah pun ada.
Yang terkejutnya masa aku jenguk tu. Aku nampak ada budak sekolah kene seret. Lorong tu gelap dekat tengah2 je. Cahaya matahari sikit membantu mata aku untuk nampak apa yg diorang buat.
Tapi tak nampak muka orang tu.
Aku dengar jeritan minta tolong. Lirih je bunyinya. Aku gerak ah dalam sana.
Ya Allah. Aku nampak Haziq. Dah berlumuran dengan darah. mukanya biru kene pukul. Aku tak sempat nak tengok muka orang yg buat Haziq tu. Dia lari mase aku jerkah. Dan aku cepat2 tolong Haziq.
Memandangkan Ayish ikut aku, Aku minta dia tolong aku carikan teksi.
Kitorang hantar Haziq ke Hospital.
Di Hospital
"Doc! Cam mana keadaan kawan saya? " Tanya Ayish risau.
"Maaf. Saya tak boleh bagitahu awak. Keluarga dia mana?" Balas Doktor tersebut.
"Kami tak kenal keluarga dia.." Balas Ayish bangun dari seat menunggu.
"Kalau macamtu, saya akan dapatkan maklumat. ."
"Oh thanks doc." Balas Aku.
Setelah 3 Jam berada di hospital. Akhirnya, Kakak Haziq datang.
"Perghh cantik gila kakak budak nerd ni. " Getus ku dalam hati.
"Macam mana dgn Haziq? " Tanya kakaknya pada aku dan Ayish.
"Entah ah. Doc cuma nak jumpa keluarga dia. " Balas Ayish
"Mana doktor?" Tanya kakaknya. Reaksi risau terserlah diwajahnya yang ayu.
"Saya Doktor yg bertugas. Ikut saya ke bilik saya." Kata doktor lelaki tersebut yang datang dari belakang kami berdua.
Aku masih menunggu kakak si Haziq keluar. Nak tahu keadaan dia macam mana.
"Kau balik ah" Kataku hambar setelah melihat Ayish yg seperti kelaparan.
Jam menunjukkan pukul 5.40 Ptg. Asar aku!
"Kita balik sama2 ah." Balas Ayish.
Aku tak hiraukan dia. Lantak dia lah.
Kakak Haziq keluar dari bilik Doktor. Muka dia pucat semacam. Mata dia merah. Konfem nangis ni.
"akak! Canne Haziq?" Tanyaku tak sabar.
Lepas je pertanyaan aku. Kakaknya terjelepuk jatuh atas lantai. Aku dan Haziq mengangkatnya ke kerusi menunggu. Air matanya deras mengalir menuruni pipi.
"Haziq.. Haziq... Kepala dia retak. " Kata kakaknya perlahan bersama tangisan.
"Dia mungkin amnesia. Dia mungkin terencat. Dia juga mungkin bisu sebab hentakan kuat pada belakang leher dia. "
"Allahu.." Kata aku perlahan. Aku terkejut.
"Siapa buat dia macam ni. Akak nak laporkan pada pihak polis. "
"Saya setuju kak." Kata Ayish.
"Eh! Kamu berdua pergilah balik. Dah pukul 6 ni. Dah solat Asar belum? " Dia lihat kami masih beruniform sekolah.
"Nak solat camne darah dekat baju" Kataku garu kepala.
"Dah pergi balik. Hal Haziq akak uruskan. "
"Okay. Esok lepas habis sekolah kitorang datang lagi. "
Kakak Haziq menangguk.
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Teen FictionTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...