|Bab 36|

49 6 2
                                    

"Bagaimana benci pun awak pada saya, saya tetap peduli.."

Hampir luruh jantung Akim saat mendengar kata-kata tersebut keluar dari bibir munggil gadis itu.

"Gadis Nota. " gumam Akim sendiri.

Akim tidak menghiraukan Yana. Malah dia terus menghayunkan langkahnya ke kelas. Kejam.

Yana tertunduk malu.

"Terima kasih Yana. Kau buat dia rasa lebih dihargai.." Bicara Ayish.

"Tak. Dia tak suka. Dia makin meluat." Balas Yana. Menyeka air di tubir matanya yang bila-bila sahaja boleh menitis jatuh ke pipi.

"Tak. Dia dingin tak bermaksud dia meluat. " Pujuk Ayish.

Yana hanya mengangguk.

Ayish berlalu ke kelas. Suasana yang hening tadi bertukar senyap apabila semua pelajar telah pun masuk ke kelas masing-masing.

Akim POV

"Kenapa Yana?! " Bentakku kasar. Aku menumbuk permukaan meja tanpa aku sedar.

Rakan kelas memandang aku pelik. Tak lupa juga cikgu yang sedang mengajar.

"Awak dah kenapa Hazrick?" Tanya Puan Eta lembut.

"Tak ada apa-apa.." Balasku lemah.

Cikgu Eta meneruskan penulisannya di papan putih.

"err cikgu. Saya nak ke tandas, boleh? " Tanyaku.

"Ya. " Balas Cikgu.

Aku terus bangun dari kerusi dan berjalan keluar. Sebenarnya aku bukan nak ke tandas. Tapi nak cari sedikit ketenangan.

Langsung aku tak dapat fokus dengan apa yang cikgu mengajar. Dalam otak aku hanya pasal kejadian tadi dan kata-kata Yana yang begitu menusuk. Menusuk dalam jiwa.

Aku berjalan ke tandas. Mambasuh muka. Namun lepas ke tandas, aku tak terus ke kelas. Tiada mood nak masuk kelas. Maka aku habiskan masa dekat library.

Aku nampak yana di rak belakang. Aku buat-buat tak nampak. Aku mengambil tempat di bahagian tengah-tengah library. Tempat tu sedikit tertutup daripada pandangan para pengawas di meja kaunter sebab dihalang oleh rak-rak buku.

Aku memerhatikan Yana.

Dia ralit mencari buku. Tanpa dia sedar aku berjalan ke rak dimana dia mencari buku. Bertentangan dengan Yana.

Dia tak nampak aku. Sebab buku yang tersusun menghalang pandangan kami.

Sedang dia asyik dengan buku-bukunya. Terniat rasa dihati mahu mengusik.

Jadi,

Aku menolak sebuah buku ke arah Yana.

Buku tu gedebuk jatuh atas kepala Yana. Aku intai muka dia ikut celah-celah yang terbuka.

Dia menggosok kepalanya. Mukanya masam. Mungkin geram.

"Tetiba je jatuh. huh" Yana mengeluh sambil tangannya lekas mengambil buku tu dan letakkannya di tempatnya semula.

Aku dah nak tergelak. Langsung dia tak fikir ada orang mengusiknya.

Aku tolak lagi buku tu. Kali ni jatuh atas kaki dia. Buku tu agak tebal dan berkulit keras.

Aku dengar Yana mengaduh kesakitan. Terus aku ke arahnya. Risau dihati.

"Sorry.. " Kata ku melihat kakinya yang telah merah akibat dihempap buku tersebut.

"Tak ada otak punya permainan. Luka anak dara orang." Bicaraku sendiri dalam hati.

Senyuman bersalah aku berikan padanya.

"Agak-agaklah kalau nak mengusik pun. Sakit ni." Aku tersentap.

Dia tahu?

"Tahu. Nampak awak tadi.." Katanya menggosok kakinya.

Dia baca hati aku ke? Erk. -,-

"Sorry. " Aku menunduk.

"Takpe." Balasannya yang hambar membuat rasa bersalahku semakin menebal.

Aku tarik tangannya ke meja.

"Lepaslah." Marah Yana. Suara masih dikawal sebab takut didengari oengawas. Tak pasl-pasal kena halau nanti.

"Pasal tadi tu, sorry. Jugak dan pasal kaki tu pun, sorry." Kataku ikhlas.

"Ada lagi benda yang terluka. " Kata Yana perlahan. Tapi masih boleh aku dengar.

"Apa?" soalku mahukan kepastian.

"Takda apa-apa." Balas Yana, tanganya pantas membuka bukunya.

"Maaf."

"Untuk apa?. " Tanya Yana.

Aku memandang mata hazelnya. Dalam.

"Untuk hati awak yang dah terluka"

Yana terpempang.

Aku bangun dan terus keluar dari library. Akhirnya! Dapat minta maaf.

Aku tersenyum puas.



Sebab author sedih harini maka author update double chap. 35 and 36. hehehe.

Biasa kalau orang gembira dia update byk2 tapi tak bagi author.

Kalu update byk tu ha tengah sedih lah tu.

nak tau kenapa? Sebab author rasa. Bila update, readers2 akan gembira. Dan author pun tumpang bergembira sekali. hehehe.

Lambatnyaaa Kayra keluar kan? Hahaha.

Sabarlah.. Tak lama lagi...

Kau Sahabat [ Complete ]Where stories live. Discover now