Akim POV
Minggu aku kene pukul haritu langsung aku tak ke sekolah.
Mesti si pemilik sticky note tu rindu aku kan? Ahahaha. Padan muka aku dera kau. Esok sekolah mula lagi. Lebam-lebam pada muka semua dah hilang. Cuma pinggang aku ni boleh tahan ah sakit lagi.
Aku scroll kenalan dekat whatapp.
Nombor Ayish terpampar. Aku baca status whatsapnya.
Missing my partner in crime. Wish you were here.
Is that me yang dia maksudkan tu?. Aik kenapa aku rasa aku pulak. Okay abaikan.
Malam pun menjelma. Lepas isyak aku text Ayish. Tanya nak ke sekolah ke tidak esok. Dan dia cakap pergi. Aku pun kemas buku dalam beg. Sedia untuk sekolah besok.
.
.
.Sekolah memang memenatkan. Harini aku terima 3 sticky note. Mungkin sticky note yang untuk hari yang lepas2 dilekatkan. Rabu, Khamis, Jumaat. Ya!.
Rabu- I want to approach you but you're too perfect.
Khamis - 24/7 all day. I only thought of you. Cheesy but true.
Jumaat- Its been 3 day you didn't came to sch. What happen? How's your day? I hope everything's okay.
Budak ni betul-betul gila. Eh tak. Aku yang gila sebab selalu senyum sorang-sorang bila dapat sticky note ni. Aku simpan sticky note tu.
Masa rehat dah tiba dan aku nampak Nara berjalan ke kantin dengan Ayish. Haritu aku nampak bermasam muka. Eh harini nampak elok pulak. K. Abaikan.
Aku jalan kat koridor. Nampak Yana jalan ke arah aku. Aku pun jalan dekat dengan dia.
Yana POV
Akim mendekati aku.
Dup dap dup dap jantung berdegup.
Jalan pun dah rasa macam senget je depan jejaka hensem ni.
"Haii " Aku baru je angkat tangan nak say hai tapi hai aku terjadi macam menjerit sebab aku rasa badan aku tengah melayang sebab terpijak benda licin. Sticky note kat tangan aku dah terlepas!
Satu.
Dua.
Tiga.
Aku pejam mata rapat. Konfem gedebuk jatuh depan Akim Goshhhh malunyaaaa. Tapi kenapa tak jatuh jatuh lagi ni.
Aku bukak mata. Dan Akim tengah pandang aku. Dia pegang badan aku. Aku pandang kiri kanan . Semua orang tengok aku dan Akim.
"Ehem.." Satu suara berdehem. Aku cuba bangun dari pegangan Akim tapi akhirnya hampir jatuh lagi. Cehhh ni dah macam dalam cerita tv3 je adegan aku ni.
Mata bertentang mata.
"Ehem ehem.." Deheman tu makin kuat. Kali ni Akim bantu aku bangun. Dan setelah aku berdiri dengan stabil. Aku berterima kasih pada Akim.
Lepastu aku cari suafa yang berdeham tadi. Omg! Bapak akuuuu!
Pengetua.
"Kamu ni bercinta ke apa?!" Jerkah pengetua.
"Tak." Balas Akim tak acuh.
"Yana jatuh terpijak ni ha! " Akim ambik kulit pisang tadi dan layangkan depan muka pengetua.
Lepastu dia campak kulit pisang tu dalam tong sampah.
"Ha! Tu kulit pisang tu salah. Budak mane tak guna betul lah buang sampah merata-rata." Aku mengeluh. Muka aku memang panas dari tadi lagi.
"Ha! Dah dah pergi rehat. " Kata pengetua.
Aku pandang Akim. Dia pandang aku balik. Lama. Tajam.
Aku dah tak keruan ni. Macam-macam rasa ada.
"Maaf menyusahkan. " Kataku menunduk. Aku berjalan ke arahnya.
Baru je nak lepasi bahu dia. Dia tarik tangan aku. Aku terkaku. Dia pusing pandang aku.
"Tertinggal ni." Dia tunjuk sticky note aku.
Aku terkejut.
"Terima kasih sebab tunjukkan diri." Akim berlalu ke kantin meninggalkan aku.
Aku masih dalam keadaan terkejut. Aku lihat sticky note aku.
Jelas terpampar ayat seterusnya yang akan aku lekatkan pada bukunya.
Dia dah tahu. Tapi kenapa reaksinya macam tak suka. Aku mengeluh. Dah kene reject. Aku campak sticky nite tu kat lantai.
Rasa macam nak nangis. Akim tak sukakan cara aku. Hm. Dia tak senyum pun masa dia tahu tu aku punya. Kenapa jadi macam ni?!
Aku expect lain lah!
Aku berjalan ke perpustakaan. Nak cari ketenangan. Malas nak makan. Tak ada mood. Tapi sumpah aku lapar nak mampos ni. Abaikan.
AKU MALU!
Taknak dah terserempak dengan Akim lagi.
Nak nangis.
Nak nangis.
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Fiksi RemajaTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...