Bilik Pengetua
"Apa yg kamu berdua dah buat ni?" Pengetua memegang kepalanya. Runsing barangkali.
"Kami tak lakukan apa-apa. Bahkan tak ada langsung bukti menyatakan bahawa Akim yg mengambil kertas2 peperiksaan tu.." Jelas Ayish.
"Tapi kamu ada di tempat kejadian. Dan ditangkap. Pinyu bilik tu dipecahkan. Kalau bukan kamu berdua. siapa?"
"Bukan kami.. " Akim menafikan.
"Pencuri mana yg nak mengaku mencuri?" Perli Puan Kasidah, selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK.HEM)"Saya berani bersumpah.." Akim cuba meyakinkan Pengetua
"Saya yakin bukan kerja Akim dan Ayish, Tuan Pengetua.." Seorang pelajar lelaki datang.
"Kamu siapa? Salam tak.."
"Diam Puan Kasidah. Mari kita dengar apa yg dia nak cakap.."
Puan kasidah mencebik mendengar kata-kata pengetua. Sedikit malu pada pelajar disitu.
"Iqram yg menjadi dalang kepada semua ini..
Dia cuba memerangkap mereka berdua. Maaf, saya sama sekali tidak tahu atas alasan apa mereka buat mereka berdua begini. Tapi saya mendengar segala perbualan antara Iqram dan rakannya. . "
Pelajar tersebut menyambung lagi.
"Iqram dengan dua orang rakannya. Dia suruh rakannya menutup lampu masa dia buat kerja mencuri tu. Dan oleh kerana itu, cctv tak dapat merakam aktiviti tersebut. Tetiba Akim dan Ayish datang, dia terus buka lampu tersebut. Akim dan Ayish pun tertangkaplah.. padahal mereka baru je sampai kat sana.."
"Tapi, apa kamu berdua buat disana? yang mecurigakan sebab hari malam. " Soal pengetua kepada Ayish dan Akim.
"Kami menerima panggilan telefon. "
"Jadi kamu ikutkan?!"
"Dia ugut nak kenakan kawan kami.." Ayish berkata benar.
"Panggilan telefon! " Kata pelajar lelaki itu ceria sambil memetik jarinya. Seperti orang baru mendapat idea.
Semua memandang pelajar lelaki itu.
"Kita boleh jadikannya sebagai bukti. "
"Kalau ada mesej lagi baik.." Suara cerinya tadi mula mengendur.
"Ada satu mesej.." Kata Akim
Pelajar lelaki itu tiba2 je jadi gembira.
"Ha! Bukti pengetua. Kita akan dapat buktikan yg memang Iqram pelakunya. "
"Kau beria sangat kenapa? " Tanya puan Kasidah yg dari tadi hanya memerhati.
"Saya er.. erkk.. "
"Good job!Saya perlukan bukti tersebut, Akim" Potong pengetua
"Namun peperiksaan akan ditangguhkan. Sebab sekolah perlu membuat soalan yg baru. " Sambung pengetua.
"Menyusahkan" Keluh Puan Kasidah.
" Kamu boleh bersurai. Saya akan selesaikan kes ini". Pengetua membuat keputusan.
...
Dalam tak sedar. Ada yang menjadi pendengar di sebalik pintu bilik pengetua. Dan melaporkan hal tersebut pada Iqram.
Iqram yg mendengar hal itu mula panas.
"Kau memang tak serik Haziq. Memang nak mampos!" Kemarahan Iqram mula meledak.
"Aku akan pastikan kau mampos sama macam apa yg Akim pernah buat dekat adik aku!" Getus Iqram.
Iqram keluar dari kelas.
Mencari Haziq. Ya. Pelajar lelaki yang menerangkan segalanya pasal rancangannya kepada pengetua.
Dia juga merupakan mangsa buli Iqram.
Haziq melakukan perkara itu kerana kasihankan pelajar baru tersebut. Dia cuba membantu. Namun masalah menantinya
Dia sudah menduga Iqram akan melakukan sesuatu terhadapnya. Dia redha.
Hahaha. Apelah author mengarut ni 😂😂😂 Tapi papepun bace jelah yeee wahai reader2 .
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Novela JuvenilTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...