Akim menarik nafas lega setelah diberitahu bahawa kes tentang kecurian kertas peperiksaan itu telah selesai. Dia bersyukur kerana tidak dibuang sekolah. Jika dia dibuang sekolah, pastinya sukar untuk dia memasuki sekolah lain memandangkan nama dia akan tercemar akibat daripada perbuatan Iqram yang buruk itu.
Iqram pula telah pun dibuang. Namun renungan matanya yang tajam saat perkara itu dibereskan, masih kekal dalam ingatan Akim. Kasihan pun ada. Tapi tulah, what you do you get back.Ayish pula amat gembira kerana masih ada sisa peluang untuk dia meneruskan perjalanan harian sekolahnya bersama Akim, sahabatnya. Walau benci manapun Akim pada dia. Dia tetap setia. Kerana memang dia berhak mendapat hukuman itu.
Seminggu berlalu setelah kejadian itu. Pelajar sekolah telah menduduki peperiksaan. Tiga minggu peperiksaan berjalan dengan lancar.
Hari pertama Akim begitu menggembirakan hatinya.
Everything in you seem to be perfect. You can pass the test. Fighting!
-Y.DAkim menerima sticky note. Ianya dilekatkan pada buku teks nya. Y.D ? Siapa agaknya. Akim hanya menyimpan note tersebut didalam poket seluarnya. Tidak menghiraukannya dan tidak berminat untuk mengetahui siapa gerangan penghantar sticky note tersebut. Tapi cukup buat dia tersenyum sepanjang hari.
Pada hari kedua pula, dia masih menerima sticky note tersebut. Tapi kali ini ianya dilekatkan pada buku teks addmathnya.
You pass by my side. A sweet wind called you is blowing in my heart. - Y.D
Akim tersenyum saat melihat nota itu.
"Sweet talker." getus hati Akim seraya memasukkan sticky notes itu dalam poketnya.
Akim pun berjalan ke dewan peperiksaan. Kadang2 terfikir siapa yang rajin sangat menampal sticky note tu.
Dan dia berjanji dia akan cari tahu siapa gerangan tuan punya kata2 manis tersebut.
"Lepas hari last exam ni, aku cari kau .." Akim tersenyum sendiri. Membuak2 perasaan ingin tahunya siapa orang itu.
Lelaki ke perempuan?
Eh mestilah perempuan!
Cantik ke tidak.?
Kalau tak cantik macam mana?
Ehhh!
Rasanya cantik dan manis sebab ayatnya sangat bergula.
Akim menggaru kepalanya yang tidak gatal. Secara tidak sengaja, senyumannya terbit dari bibir kecil itu.
Ayish perasan senyuman Akim itu. Dia yang asyik memerhati Akim turut senyum sekali. Alhamdulilah. Akim menuju kearah kebahagiaan. Walaupun Ayish tidak tahu kenapa terbitnya senyuman itu. Namun dia bersyukur yang Akim akan menerima kebahagiaan. Sekarang atau akan datang.
Stay tuned guys. .
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Novela JuvenilTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...