Nara POV
"Hai Pretty .. " seseorang menegurku dari belakang.
Aku berpaling. Terkejut melihat gerangan manusia yang amat aku benci dan takut.
"Kk kau.. buat apa kat sini?" Tanyaku gagap.
"Saje nak tengok kau. Dah lama tak nampak. Rindu.." Kata katanya menaikkan bulu romaku.
Aku tidak menghiraukannya. Dia mengatur langkah ke arahku.
"Sayang ingat tak kelas tu..?" Aku melihat kearah kelas yang ditunjukkan itu dan aku teringat kisah silam pahit aku.
Flashback
Aku berlari sekuat mungkin. Namun aku tak mampu lagi setelah dibelasah betubi-tubi oleh lelaki itu. Iqram. Ya Iqram namanya. Aku rebah betul betul di hadapan bangunan sekolah. Blok D.
Hari dah senja. Iqram menyeret aku kasar ke dalam sebuah kelas. Kain sekolahku sedikit terkoyak akibat geseran itu. Aku takut. Terlalu takut.
Iqram menolakku ke dinding. Terasa perit di belakang badanku akibat tolakan itu. Aku mengerang kesakitan . Dia mula mengunci pergerakanku
"Kau nak apa?! " Soalku kasar
Iqram mendekatkan mukanya padaku. Terasa nafasnya menghembus dipipiku. Dia mengelus pipiku. Aku cuba menepis.
"Aku nak kau.. Hahaha" Dia berbisik di telingaku lalu ketawa jahat. Tangannya mula menjalar ke seluruh badanku.
Aku menolak dadanya sekuat hati. Tapi apalah daya seorang perempuan. Saat dia mendekatkan bibirnya ke arahku. Aku meludahkan air liurku ke mukanya. Dia mengundur.
"Shit!" Iqram mengesat mukanya.
"Tolong Iqram. Aku minta maaf atas perbuatan itu dulu. Sumpah tu bukan niat aku.." Aku menangis.
"Shut your fucking mouth up!" Iqram menjerit bagai orang gila. Dia menjauhkan diri nya dari aku. Aku yang masih takut terus terduduk di satu sudut.
Menangis. Aku nampak Iqram memerhatikan aku. Lama dia tenung diri aku. Aku semakin gementar.
"Aku merayu. Lepaskan aku Iqram.." Aku beranikan diri bangun.
"Kau pergi sekarang! Kau pergi! Sebelum aku ubah fikiran. " Suaranya mula mengendur pada kata kata terakhir.
Aku terus berlari melepaskan diri.
End Flashback
Dulu, dua tahun lepas bangunan blok D ini belum siap dibina. Sebabtu masa tu tiada orang mengetahui kisah itu.
Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri. Malah keluarga aku sendiri tidak tahu mengenainya. Apatah lagi kawan kawanku.
Semasa pulang dari kejadian itu, ibu bapaku tiada dirumah. Mereka ke luar negara. Dan aku pula ditinggalkan bersama abangku. Malangnya abang aku kaki keluar dan dia mengambil peluang keluar semasa ketiadaan kedua orang tuaku.
Orang gaji pula, akan balik ke rumah masing masing setelah hari hampir senja. Dan kerana itulah tiada siapa pun tahu akan kejadian itu.
"KAU PERGI LAH JANTAN TAK GUNA! AKU BENCI KAU IQRAM " aku menolaknya kasar.
"Kau lah pergi perempuan tak tahu malu.. " Dia menyindir sambil ketawa.
Iqram menolak aku kasar. Dia menarik rambutku. Aku meronta. Aku mengerang kesakitan.
Kenapalah tiada orang lalu masa ni. Kelas pula tak sepatutmya kosong masa ni. Malangnya nasib aku.
"Give me some money my sweet pie" Pinta Iqram.
"Hoi! Lepaskan Nara lah.." Ayish datang sambil tangannya berada dalam poket. Its cool bruh!
Dan disebelahnya. Hazrick Hakimi. They seem perfect to befriend.
Ayish POV
"Hoi! Lepaskan Nara lah. ." Aku menjerit kepada seorang pelajar lelaki. Yakk, selekeh. Seluar sekolahnya sedikit koyak di bahagian bawah. Dan butang baju sekolahnya tak dibutang dengan betul.
Aku syak dia ni geng geng gangster sekolah. Acah kingka. Wtf. Aku lagi gangster lah weh.
"Wah wahh ada hero datang nak selamatkan heroin lah." Dia melepaskan tangannya dari mencengkam rambut Nara.
"Kau nak apa?! Blah lah."
"Kalau tak nak kau nak buat apa? Nak belasah aku? " Dia menjawab angkuh.
"Boleh gak " balasku.
"Then , what you waiting for? " Aku mengepal penumbuk dan terus meluru kearahnya.
Namun belum sempat aku tumbuk, Akim dah pun gulingkan dia. Yah! Malunya depan Nara! Baru acah acah nak jadi Hero. Akim potong stim ah .
Pergaduhan bermula. Tumbukan demi tumbukan berbalas. Si lelaki tu menekan kakinya ke kaki Akim.
"Iqram! Cukup! " Jerit Nara.
Aku memandang Akim yang memegang kakinya. Aku teringat. Aku terus menariknya dari pergelutan itu. Aku tak nak kejadian yang sama berulang.
Iqram bangun dan terus meniggalkan tempat tersebut. Aku mengangkat Akim. Dan dia menolak.
"You just should let me die ! " Akim berjalan ke kelas. Aku kaku mendengar kata katanya. Apa maksudnya.
"Thank you Ayish. " Nara juga berlalu pergi bersama airmata.
Aku perhatikannya. Aku ternampak penyiram pokok bunga yang tercampak di tepi longkang.
Ni pokok ni semua takkan aku kena siram. Whatever. I am not going to do it. Aku pun mengatur langkah ke kelas.
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Teen FictionTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...