Ayish POV
Harini hari Jumaat. Esok cuti. Lusa cuti. Aku dah berkira-kira nak bersenam pagi besok. Boleh la sebab lama dah tak bersenam.
Hari aku dekat sekolah agak baik sebab cikgu Aslam tak ada nak menggangu hidup aku. Alhamdulillah. Kalau tak, aku tak tahu la apa lagi muslihat yang dia nak buat.
Aku pelik juga. Beria dia nak aku didenda. Dendam ke apa?
Akhirnya kelas tamat. Aku berjalan pulang kerumah. Berehat.
Petang tu aku pergi ke taman. Bosan duduk di rumah. Nak ajak Nara keluar? Malaslah.
Nanti apa pulak kata parents dia. Hari minggu je asyik keluar dengan aku. Tapi apa salahnya sebab aku dah minta izin parents dia nak ajak dia keluar.
Ah! Taknak taknak.
Aku pun mula ke tempat orang berjogging. Tali kasut aku ikat kemas.
Aku on earphone. Dan buka lagu dalam playlist favorite aku. Aku mulakan senaman dengan warm up. Lepastu aku jogging.
Lepas penat berjogging aku berhenti. Aku duduk atas satu kerusi yang ada dekat situ. Pandang orang ramai yang mula memenuhi taman tu.
Aku menoleh ke arah jalan dan ternampak seseorang yang amat aku kenali.
Dia macam tengah bergaduh. Dia menoleh dan jelas mukanya.
"Iqbal.." Getusku perlahan.
Aku bangun dari tempat dudukku dan berjalan ke arahnya.
Makin aku dekat makin jelas perbualan mereka.
"Nanti aku bayarlah duit kau! Aku tak boleh jual lagi barang kau. Keadaan tak mengizinkan. " Ujar Iqbal. Tegang mukanya.
"Aku tak peduli apa masalah kau. Yang aku tahu kau kena habiskan stok yang ada. Baru hutang kau selesai." Ujar lelaki berbadan besar itu kepada Iqbal.
"Ya! Nanti dah okay aku jual lah! " Iqbal menjerkah lelaki itu.
"Kau jangan nak kurang ajar. " Tangan lelaki itu menunjal dahi Iqbal.
"Aku tunggu duit tu datang pada aku." Dia tolak Iqbal jatuh tepi longkang.
Aku nampak bibir Iqbal dah berdarah. Kena pukul mungkin. Dia tak bermaya.
Aku cepat-cepat datang membantunya. Aku bantu papah dia dan duduk.
"Kau okay?" Tanyaku.
"Aku nampak macam okay ke ni?" Marah Iqbal padaku.
Eleh. Aku nak datang tolong pun dah cukup baik. Biadap.
"Bangun perlahan. Aku bantu kau. " Aku papah dia dan tahan teksi.
Aku bawa dia pulang ke rumahku. Aku nampak dia dah memang tak ada tenaga. Ada sedikit lauk dalam peti dan aku panaskan.
Aku beri dia makan. Dia makan dengan gelojoh sampai terbelahak. Aku hulurkan segelas air kosong pada dia. Dia ambil dan minum.
"Slow-slowlah. Takde orang nak rampas pun makanan kau tu." Ujarku.
Iqbal mula makan dengan perlahan.
Lepas dia makan. Aku minta dia berehat.
Malamtu aku berbual sedikit sebanyak dengan dia.
"Yish. Terima kasih tolong aku." Ujar Iqbal.
"No hal." Balasku pendek.
"Aku minta maaf. aku banyak buat salah dengan kau. Tapi kau tetap bantu aku. Sumpah aku takde niat nak rosakkan hubungan kau dengan Nara. Tapi aku terpaksa. Mak aku sakit dan aku bukan datang dari golongan orang yang berada. Aku perlukan duit.." Kata Iqbal.
"Mak kau sakit apa?" Soalku.
Iqbal macam teragak-agak nak menjawab.
"Dia ada barah. " Perlahan suara Iqbal kedengaran.
"Aku perlukan duit nak bantu dia. Keluarga aku bermasalah. Dengan ayah aku kerja tak menentu. Dia dah tua. Sebab tu aku jual dadah. Aku mohon kau jangan lapor aku pada polis. " Pinta Iqbal. Dia menekur lantai.
"sorry aku tak tahu keadaan kau."
"Takpe." Ujar Iqbal perlahan.
"Dah kau masuk tidur sana." Aku tolak dia dan dia ke bilik.
Sempat aku bertanya pasal tadi pada dia. Iqbal berhutang dengan mereka sebanyak dua ribu. Aku rasa aku boleh bantu dia langsaikan hutangnya.
Tapi pasal sakit emaknya, aku hanya dapat bantu mengurangkan beban tu. Sebab kos yang tinggi untuk membuat pembedahan.
Aku mula berfikir cara untuk menolongnya.
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Novela JuvenilTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...