Akim POV
"Angkat semua ni dan bawa ke makmal bahasa di tingkat tiga." Suruh Cikgu Aslam
"Apa?! " Aku dan Ayish terkejut.
"Banyak ni. Minta tolong lah pelajar lain juga." Pintaku.
"Taknak. Saya nak awak berdua yang bawa meja dan kerusi ni ke atas." Ujar cikgu lagi.
Aku mengeluh. Nak tak nak tetap kene buat. Aku perlahan lahan mengankat meja.
Bergilir dengan Ayish. Naik tangga sampai tingkat tiga. Nak tercabut lutut. Huh. Memang nak dera ni.
Angkat punya angkat sampai sakit pinggang aku. Ayish pun begitu. Lepas letak kerusi yang last. Aku dan dia bersandar pada dinding makmal tersebut.
Menarik nafas lega.
Ayish meyandar disebelahku. Melepaskan penat.
Aku pandang dia yang mula menutup kelopak matanya.
Aku ingat lagi dimana semasa parents aku tak ada dirumah, dia yang menemankan aku.
Tidur sekatil denganku. Tak, kami tak tidur tapi menghabiskan semalaman bercakap. Aku tak tahu topik apa yang hangat sangat sampai kami tak tidur.
Akhirnya lepas subuh, kami sambung tidur. Dia selimutkan aku. Bangun je dari tidur semua dah siap. Makanan aku, Ayish bawak dari rumah dia.
Dia seorang yang pemurah. Di sekolah atau mana-mana sekalipun, Kalau aku lupa nak bawa duit belanja, dialah yang membelanjaku dan tidak sesekali dia minta balasan untuk itu.
Rindu kenangan. Tapi sayang, kenangan hanya hidup dalam ingatan dan walau sesekali kita cuba ulangi, perasaan itu takkan sama.
Kringg.. Kringggg..
Akhirnya loceng balik berbunyi. Aku kejutkan Ayish yang dah hampir terlena.
Aku turun ke kelas dan mengambil beg aku. Berlalu ke rumah.
.
.
."Kayra! dengarlah cakap aku!" Masih cuba menegurnya.
"Tak guna kau kejarkan orang yang tak sukakan kau. Kalau betul kau sayangkan Ayish, kau akan biarkan dia bahagia. " Ujarku.
"Kalau dia bahagia, bagaimana dengan perasaan aku? Aku ni apa? Hati aku sakit tak apa? Macam tu?" Aku nampak Kayra menahan tangis.
"Its not worth it. Trust me . You deserve someone better than Ayish. " Aku menghabiskan biacaraku dengan mengusap kepalanya.
"Aku sayang dia. Dari dulu." Kayra menunduk menekur rumput.
"Cinta tak semestinya memiliki Kayra." Aku senyum. Semoga dengan senyuman ni dapat kuatkan diri dia.
"Aku cuba lupakan dia."
"Jangan cuba. Tapi terus lupakan dia." Balasku lagi.
Kayra mengangguk.
"Terima kasih Akim." Senyumnya dan berlalu pergi.
Akhirnya aku dapat bantu Ayish. Semoga Kayra betul-betul membatalkan rancangannya.
Sebelum aku pulang ke rumah, sempat aku berjogging di taman tersebut. Agak lama tak bersenam. Dulu aku tak jogging sebab aku main bola.
Tapi sekarang aku terpaksa lupakan mimpi aku nak jadi pemain bola terkemuka dunia. Takpe. Bukan rezeki aku. Aku tabah. Sebab semua yang berlaku adalah takdir dan disebalik takdir, ada hikmahnya.
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Teen FictionTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...