Ayish POV
Tak sangka. Akhirnya debaran yang dirasai berlalu pergi. Aku tatap sekali lagi keputusanku. Syukur. 7A+ 2A 1B+.
Nampaknya aku kalah pada Akim yang mendapat 9A+ dan 1B. Aku dan dia mendapat B pada subjek Kimia.
Tapi Alhamdulillah, tak ada yang failed. Aku juga sempat menanyakan keputusan Nara. Dan dia hanya mendapat 6A tapi berkat aku yang ajar dia, math dan Addmath dia dapat A. Sukanya aku.
Iqbal. Walaupun dia tak kecap A yang banyak. Tapi dia telah berjaya dapatkan banyak B berbanding keputusan dia yang dulu. Sangat teruk.
Aku, Nara, Akim, Yana, Iqbal dan Haziq berkumpul di sebuah kedai makan. Akim belanja makan sempena salah dua orang daripada kami mendapat straight A. Cuba teka?
"Tahniah Yana dan Haziq. " Aku mengucapkan tahniah atas keputusan cemerlang mereka.
Haziq, walaupun dia tinggal sekolah agak lama, tapi keputusan dia tetap gempak. Jealous.
"Berbaloi usaha awak siang malam Yana. Akhirnya awak dapat kalahkan Nara." Akim gelak.
Nara pula dah muncungkan bibirnya. Melihatkan reaksinya, semua yang berada disitu tergelak. Termasuk Nara.
Nara dan Yana juga dah tak gaduh lagi. Semuanya dah baik.
Aku pandang Akim yang sedang menyedut aisnya. Teringat semula bagaimana aku dan dia berbaik.
Flashback
"Aku rindu.." Aku juga menangis.
Aku lelaki. Aku juga menangis. Aku ada hati. Aku sayangkan persahabatan ini.
"Pergilah balik Ayish. ." Ujar Akim. Dia pandang aku dan berlalu.
Tinggalkan aku masih kaku di tempat yang sama.
Aku masih tak boleh terima hakikat ni.
Aku angkat muka. Kuatkan semangat. Aku nak pulihkan keadaan supaya jadi baik. Lebih baik daripada dulu.
"Akim! " Jeritku lantang.
Akim menoleh. Dia pandang aku tajam. Tangannya dikepal.
"Cukuplah kau buat aku macam ni! " Akim berlari dan terus berikan satu tumbukan padu pada aku.
"Cukuplah buat aku sengsara sebab rindu kau! " Marah Akim pada aku.
Aku rebah ditumbuk.
Walupun sakit, aku senyum. Aku tahu, Akim sudah pun maafkan aku.
Akim angkat aku bangun. Berdiri. Aku dan dia saling memandang. Lama.
"Akim.." Ujarku perlahan. Aku tarik bahunya kuat kearahku. Aku peluk dia.
Teresak aku menangis di bahunya.
"Maaf sebab tak mampu jadi sahabat yang baik buat kau. " Aku memperkemaskan pelukan.
Terasa hangat badan aku. Aku tahu dia mula membalas pelukan aku.
"Maafkan aku sebab terlalu berdendam." Akim tarik aku rapat. Akim juga menangis di bahu aku.
Aku longgarkan pelukan dan kami tersenyum memandang masing-masing.
End Flashback
"Hoi Ayish! " Aku terkejut sebab disergah Haziq.
"Mengelamun apa woi, kekasih ada dekat sini. " Ujar Iqbal.
Aku tersenyum. Menarik straw dan menyedut air aku.
Nara juga tergelak mendengar kata-kata Iqbal.
"Makan lah. Makanan dah sampai. Bukan selalu makan free." Kataku seraya tangan pantas mengambil sudu dan menggaulkan nasiku dengan lauk.
Aku pandang semua orang. Meja kami dia. Semua sibuk dengan makan. Langsung tak endahkan benda lain.
Akhirnya tak sangka. Dari berdua, end up berempat. Aku, Akim, Haziq dan Iqbal.
Tahun lepas adalah tahun yang paling sukar. Tapi tahun baru ni akhirnya aku berjaya mendapatkan kebahagiaan.
Kebahagian yang mana aku dambakan. Sebuah persahabatan yang kukuh. Yang dijalin atas dasar kasih sayang dan diredhai tuhan.
Selagi persahabatan ini disiram dengan kepercayaan, aku yakin sebesar mana pun dugaan datang menimpa, sedikit pun persahabatan kami tidak akan runtuh.
Aku doa semoga persahabatan aku ini tidak akan berakhir selamanya. Walau nanti kami mungkin berpisah beribu batu, ketahuilah sedikit sesal pun tak ada mengenali diri Kau Sahabat.
Andai kita berpisah mati, bertemulah kita di syurga nanti. Jika kau tak jumpa aku disyurga, tahulah kau bahawa aku di tempat sengsara, maka tariklah aku bersamamu di syurga untuk kecapi bahagia yang abadi.
-TAMAT-
Guys, check it out my new story. Its a fanfiction. huhu. BTS fanfiction.
Terima kasih yang mana banyak menyokong saya dalam menyiapkan cerita ni ahahaha. Tak sangka dapat habiskannya.Maafkan segala typo. Nampak tak betapa excitednya menaip sampai typo? ahahahaha
Btw, terima kasih sekali lagi
💕💕 ily my readersss.
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Ficção AdolescenteTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...