|Bab2|

140 8 0
                                    

Teringat kembali tentang perbualan aku dengan Akim semalam semasa berjalan pulang dari sekolah.

"Ayish, aku sebenarnya ada berita gembira nak bagitahu kau. Yalah, kau kan sahabat aku, jadi aku nak kau jadi the first person yang tahu tentang perkara ni."Akim memulakan bicara setelah kami melepasi pagar sekolah. Muka excited semacam!

"Ha, apa dia? Amboi berseri seri muka kau. Agak agakla. coverla sikit muka gembira kau tu. Duk tersengih macam kambing pulak aku tengok. hahaha" aku menjelingnya sekilas melihatnya menuntun basikal kesayangannya.

"Aku sebenarnya dapat offer main bola dengan sekolah sukan di bukit jalil. Apa pendapat kau?" Akim bertanya akan pendapatku. Mulanya aku berfikir perkara tu sangat gempak. tapi..

"Wow! Hebat bro! Tahniah. Kau patut terima. Takkan nak sia siakan peluang emas berlian kau tu. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Guck luck bro." Aku pada mulanya sangat gembira dengan berita itu. Tapi setelah diberitahu..

"Ayish, one more thing. Kalau aku terima tawaran tu, aku terpaksa pindah sekolah. Aku fikir keluarga aku tak ada masalah dengan hal pertukaran tu sebab kau tahu ayah aku memang suka kalau aku main bola ni." Akim menunjukkan lagak seperti mahu menyepak bola. Aku hanya ketawa.

Sementara itu, aku tidak tahu. Perasaan yang aku alami sekarang sangat pelik. Aku berasa seperti ingin marah. Juga sedih.

Aku marah dengan kenyataan itu, mungkin sebab dia lebih hebat daripada aku. Aku memujuk hati agar buang rasa marah itu. Namun, perasaan sedih mula terbit dari hati yang paling dalam. Aku mula teringat sesuatu.

Akim, kau akan tinggalkan aku, kau dah tak ingat ke janji kita dulu? Kau janji kita tak akan berpisah. Kalau kau berjaya, tapi aku tidak, kau takkan tinggalkan aku. begitu juga dengan aku"

Namun, aku masih positifkan diri. 'Tu nasib dia. Kau tak patut cemburu Ayish'. Aku mula berasa pilu. Hari hari aku disekolah pastinya sunyi. Aku tak terbiasa dengan orang lain. Akim satu satunya manusia yang sanggup berkawan dengan aku. Walaupun sikapku yg kadang2 sangat nakal dan pentingkan diri sendiri. Akim tetap menerima aku seadanya.

"Hoi! jauh termenung. Kau ingat dekat siapa?. Oh! ada awek tak bagitahu aku. k fine!" Akim mula mengusikku. Namun usikannya hambar. Aku mula berasa jauh dengan Akim.tapi, aku tetap melayan kerenahnya.

"Hotak kau! apa awek2 ni. Tengok kaki la." Aku memang jejaka pujaan perempuan di sekolah. tapi aku tak pernah ada teman wanita. Aku merasakan ianya rimas.

Aku ketawa selepas menolakknya. Dia hampir jatuh ke longkang dan melanggar seorang pelajar.
Erk! Pelajar? Bukan tu macam samseng jalan je.

"Hoi budak! " Lelaki muda yg memakai rantai dan celak tebal di matanya mula menjerkah aku dan Akim. Dia memanggil rakannya yang lain. Ramai juga. Ramai saja takpa ni dah bawa senjata.

erp! Keluarlah mereka dengan parang dan kayu. Mereka mendekat. Aku mula berasa gerun. aku menjerit memanggil Akim.

Akim menunjukkan isyarat mata untuk kami berlari selaju mungkin.

"Ayish ! laju lagi!" Akim menjerit lantang. Aku dibelakangnya. Aku membuka langkah seribu melarikan diri. Akim meninggalkan basikal kesayangannya akibat terlalu takut.

Aku pusing kebelakang. Mereka masih mengejar. Aku berlari sepantas mungkin mengejar Akim. Tetiba tanganku ditarik ke dalam lubang yang bersemak.

"Shuuuu! " Akim meletakkan jari telunjukknya di bibirku , isyarat supaya aku diam. Aku diam. Menggeletar jugak kaki tengok abang2 sado yg gangster pegang parang. Hahaha. Kami memerhatikan kelibat samseng samseng tadi telah melepasi dari tempat kami menyorok. Setelah keadaan sedikit reda aku mulakan bicara.

"Eh aku berlari tadi nasib tak tercabut jantung. Kau punya pasal la ni." Aku berkata dalam keadaan tercungap cungap.

"Amboi suka hati kau je eh. Kalau kau tak tolak aku tadi takdenya kita kene kejar dengan anjing liar tadi". Mendengar katanya, aku terus gelak dengan kuatnya. Dalam berbicara kami berusaha memanjat naik dan keluar dari 'sarang' yang menyelamatkan kami.

"Basikal aku.." Akim merintih. Buat buat muka sedih sambil menepuk nebuk bajunya yang kotor dipenuhi rumput rumput kering.

" duh, beli baru la. Mak pak kau bukan miskin."Aku berkata.

"Beli tu boleh. tapi aku sayang la basikal tu. Basikal pertama aku tu.Basikal pertama buat kita jatuh dekat taman. kau tak ingat?"Akim mula mengenang kisah lama.

"Mana tak ingatnya, aku paling teruk kene marah. Seluar koyak. Masuk tasik busuk. Yakk aku masih ingatla bau hanyir kau! hahahhaha." Teringatkan kejadian itu, aku gelak sakan bersama Akim. Lupa sekejap tentang kesedihan bahawa Akim akan meninggalkan aku.

"Takpelah. Nak buat macam mana. Ajal dia dah sampai" Akim memujuk hati tentang basikalnya.

Kami berpisah di hadapan rumahku. Rumah Akim hanya selang beberapa buah daripada rumahku. Jadi aku menghantarnya hanya dengan renungan mata.


Hehe. Terima kasih atas kesudian kalian membaca. Btw, ni hasil kerja pertama. harap korang suka. pls, i need komen and vote. komen untuk suggestion or anything. Thankyouuu.

Kau Sahabat [ Complete ]Where stories live. Discover now