|Bab4|

91 7 0
                                    

Setelah seharian tidur. Aku bangun awal pada pagi ini. Aku bangun untuk bersujud kepada Tuhan. MemintaNya memberi aku ketenangan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan aku pada hari hari yang akan datang.

Selepas itu. Aku cuba duduk dan betenang sambil berbaring di atas katil. Memikirkan cara untuk meminta maaf pada Akim. Sehingga pukul 8.30 pagi, aku turun untuk makan pagi. Aku mengambil keputusan untuk tidak kesekolah. Malu dengan kawan kawan. Malah bukan sahaja malu, tapi aku malas kerana aku pasti setelah sampai disekolah aku akan dikerumuni bagai semut mengerumi gula. Pelbagai soalan pastinya dilontarkan. Acah acah aku artis terkenal. huh letih.

Semasa sedang makan bersama mama dan papa. Papa memulakan bicara. Tegas bunyinya.

"Ayish, papa dah ambil keputusan. Kau tukar sekolah. Papa dah uruskan semua. Papa tahu kau malu nak ke sekolah tu lagi. Jadi papa tukarkan kau. Jangan nak membantah. suka atau tak, keputusan papa muktamad. titik! " Papa sudahpun memberi amaran jangan membantah sebelum sempat aku membuka mulut. Mama hanya mengiakan kata kata papa.

"Mama taknak sebab hal ni, pelajaran Ayish terjejas. Papa dan Mama buat semua ni untuk kebaikan Ayish. Untuk masa depan Ayish. Paham sayang?" Mama memujuk lembut.

Aku hanya mampu mengangguk.
"Papa, mama, Ayish pindah mana? tinggal asrama? Ayish taknak tinggal asrama papa.." Suara aku mula mengendur di kata kata akhir.

Papa memandangku. Begitu juga mama. Papa meletakkan sudunya ke atas pinggan. Dia menarik nafas.

"Dah tu kau nak tinggal mana kalau bukan asrama? Papa takde masalah kalau kau nak papa sediakan rumah. Tapi, sape nak bagi kau makan? Lemaklah kau kalau hari2 makan kedai." Ujar papa.

"Boleh papa. Pasal makan takda hal. Pandai2 lah Ayish uruskan. Tapi yang penting Ayish taknak duduk asrama." Aku bersetuju dengan papa.

"Okay. Papa carikan rumah. Tapi lepas pindah kalau kau buat hal lagi, papa akan hantar kau masuk asrama." Papa memberi amaran.

Aku hanya mengangguk. bersetuju dengan semua cadangannya.

Aku akan berpindah ke Ipoh. Ke sana hanya akan memakan masa dalam 2 jam dari Kuala Lumpur, tempat aku tinggal jika menaiki kereta. Minggu depan aku akan berpindah. Terasa sayu. Tapi aku terpaksa menerima perkara ini kerana puncanya adalah diri aku sendiri.

Akim POV

Sudah seminggu aku di hospital. Kaki aku patah. Sahabat aku mana? Tak datang melawat. Yang datang cuma keluarganya. Meminta maaf atas kesalahannya.

Tok tok tok...
Pintu bilik hospital yang aku diami diketuk. Nurse datang.

"Adik, maaf kalau berita ni memeranjatkan." Nurse menarik nafas panjang. Aku pula berdebar. Dari semalam perasaan aku berasa janggal. Nurse membuka kata

"Adik... Ayah dan mak adik kemalangan. Dilanggar lori. Mereka meninggal di tempat kejadian". Nurse menunduk. Dia memberitahu satu berita yang bukan sahaja memeranjatkan. Malah seluruh tubuh aku seperti beku. Tak dapat bergerak. Hanya mata menitiskan air mata.

Setitik.

Dua titik..

dan seterusnya terus lebat. Tangan aku menggeletar. Nurse cuba menenangkan aku dengan mengusap belakang badan aku.

Ayah, Ibu kenapa cepat sangat tinggalkan adik?.

Allahu. Dugaan apa lagi? Kaki aku dah ditarik. Cita cita aku musnah saat doktor memberitahu bahawa kaki aku tak dapat berfungsi dengan baik. Kaki aku lemah. Hmm.. Kau tarik lagi kekuatan dalam hidup aku.

Ayah dengan Ibu. Bagaimana aku nak hidup? Aku tak ada sedara mara. Ibu anak yatim piatu. Ayah pula , anak tunggal. Atuk dan nenek dah tak ada. Kat mana lagi aku nak menumpang kasih?.

Ayish? Kau mana? Mana kau saat aku perlukan seorang sahabat? Nak bergantung. Nak meminjam bahu. Mana kau?! Kau sepatutnya bersama aku Ayish! Kau janji kau akan ada saat aku susah dan senang. Tapi kau tipu. Kata kata kau tak boleh aku pakai. Mana bukti kau nak ada dengan aku Ayish? Kau tinggalkan aku saat aku begitu perlukan kau. Sangat2 perlukan seseorang untuk terus beri aku kekuatan. Aku lemah Ayish.. Aku tak kuat.. Allahu. Aku terus menangis dan menangis.

Setelah beberapa jam bersedih. Aku kuatkan semngat. Aku satu satunya anak ibu dan ayah. Aku sepatutnya kuat untuk mereka. Aku bangun. Berjalan menggunakan tongkat kerana kaki aku masih belum cukup kuat untuk menampung beban badan aku.

Aku meminta nurse untuk tunjukkan mayat ibu dan ayah aku. Aku berjalan. Pilu. Hati aku kosong. Tak tergambar sedihnya. Selepas satu, satu lagi dugaan. Aku tahu, Tuhan sayangkan aku. Dan aku tahu, tuhan tak akan bagi aku dugaan yg belum tentu aku boleh pikul. Tuhan tahu kemampuan aku.

Aku melihat dua kujur badan di atas papan di bilik mayat. Aku membuka plastik yg menutupi mayat ibuku. Setitis air mata aku jatuh ke pipi. Aku kesat. Tapi ianya tetap mengalir walaupun aku cuba menahan tangis. Aku lihat wajah Ibu. Tenang. Cuma pipinya luka akibat sepihan kaca daripada cermin kereta. Tak apa ibu, walaupun kulit ibu luka, ibu tetap cantik di mata adik. Bersemadilah dengan tenang ibu.
Aku meneruskan dengan membuka plastik di muka ayahku pula. Ayah, selalunya kau yang memberi nasihat untuk aku terus tabah disaat aku rebah. Disaat aku mula lumpuh kau yang berikan kata untuk aku terus bangkit berdiri. Tapi sekarang, Allahu. Sungguh, disaat ini aku amat perlukan ayah untuk memberi semangat. Tapi ayah pergi. Ayah pergi tinggalkan adik di dunia ni seorang diri. Sebatang kara. Adik hanya lelaki berumur 17 ayah. Bagaimana adik nak teruskan hidup ni ayah? Adik perlukan ayah dan ibu. Ayah dan Ibulah inspirasi adik. Ayah dan ibulah reason kenapa adik masih lagi bangun pagi dengan ceria. Lepasni siapa lagi adik nak jdkan reasons untuk adik terus kuat. Ibu, ayah. Adik doakan syurga buat kalian..

Aku menutup semula plastik itu setelah mencium dahi kedua ibubapaku. Lutut aku lemah. Aku rebah. Nurse yang tolong memapahku ke bilik. Hari ini sepatunya menjadi hari yg gembira kerana aku telah sembuh. dan boleh keluar dari hospital. Tapi sebaliknya berlaku.

Setelah selesai segala urusan pengebumian kedua ibu bapaku. Aku termenung. sepatutnya adik yang angkat jenazah  ayah dan ibu. Adik minta maaf. Adik tak mampu. Kaki adik masih sakit. Aku merintih pilu. Aku bangun, dan pulang kerumah bersama pemandu ayahku.

Kau Sahabat [ Complete ]Where stories live. Discover now