|Bab 29|

52 5 2
                                    

Akim POV

"Woi. Aku mintak maaf. " Akim memandang muka Yuna. Dia tahu salah dia. Tak siasat betul- betul apa yang jadi.

Yuna diam.

Tuduh orang sesuka hati, tulah ha padahnya. Masam muka dengan classmate sendiri.

"Sorry lah. Tak niat nak tengking kau macam tu. Salah aku." Kata aku lagi.

Si Yuna ni pun boleh tahan ego jugak. Keras kepala.

"k." Balas Yuna sepatah.

"k je? kau maaf ke tidak ni?" Tanya aku mendesak.

"Dah. "

"Macam tak ikhlas" Aku kata perlahan.

"Baik kau pergi sekarang. Sebelum aku tukar fikiran tak nak maafkan kau. " Kata yuna keras.

"k k . Aku pergi. " Aku melangkah pergi ke tempat dudukku.

Jam 10.20 pagi. Loceng rehat berbunyi. Dan para pelajar berpusu-pusu keluar ke kelas nak ke kantin. Aku juga turut serta.

Di kantin aku memesan makanan seperti biasa. Aku makan di meja belakang. Sorang-sorang.

Tiba-tiba si Yana datang. Lama tak nampak budak ni. Harini baru nampak.

"Hai akim" Tegur Yana.

"Hai." Aku senyum .

"May i seat here?" Aku mengangguk. Yana duduk tepi aku dan makan mee sup nya dengan senang hati.

"Macam tak makan setahun." Tegur aku.

"Kenapa?! Comot ke? " Mata Yana membulat. Cepat-cepat dia keluarkan tisu dari poket baju sekolahnya dan mengesat sisi bibirnya.

"ha ha ha. Tak lah. Selera sangat makan. Sampai saya ni macam tak wujud. " Kataku.

"oh sorry. " Yana tersengih dan meneruskan suapannya.

Memang jenis budak kalau makan tak ingat dunia. Aku melihat makananku dan meneruskan suapan.

Yana siap terlebih dahulu dan memberitahu aku yang dia dah nak masuk kelas. Aku hanya mengangguk.

'kalaulah yana budak yang bagi sticky note tu kan bahagia hidup' Getus hatiku.

Aku menghabiskan sisa-sisa makanan dan masuk ke kelas.

Pelajaran pertama selepas waktu rehat adalah kimia. Mengantuk.

Aku keluarkan buku dan ada lagi sticky note dilekatkan.

You sat down next to me and i forgot how to breath.
-Y.D

Haih budak ni. Siapa punya kerja lah. Aku ambil sticky note tu dan masukkan dalam poket seluar.

Aku fokus pada pelajaran. Malas lagi nak fikir pasal budak sticky note ni.



Kau Sahabat [ Complete ]Where stories live. Discover now