Notes 😩
Chap ni akan jadi sangat cliche guys. I'd try my best. But sorry. Its cliche. I hope you like this chap. Sorry again.Nara POV
"Ayish! " Jeritanku kuat memanggil Ayish yang berjalan di hadapanku. Aku berlari kearahnya.
"Ya?" Ayish memberhentikan langkahnya dan menoleh kearahku.
Aku masih lagi tercungap-cungap mencari nafas. Orang tak biasa bersenam macam ni lah. Berlari sikit dah letih.
Ayish senyum. Dia gosok kepalaku.
"Ada apa Nara?" Ayish masih lagi tersenyum. Alahai. Pagi-pagi dah cair.
Aku tarik nafas dalam.
"Ada benda penting nak bagitahu ni. Bahaya kat sini.." Bicaraku perlahan dan kepala ligat memerhati sekeliling.
"Kalau tak boleh bagitahu kenapa panggil?" Tanya Ayish pelik.
"Jom." Aku menarik tangan Ayish ke tempat yang tiada orang. Bukan tiada. Maksudnya orangnya sedikit sahaja.
"Ha bagitau cepat. " Ayish bercekak pinggang.
"Ye sabar. Hiys!"
Aku menarik nafas lagi.
"Awak tahu tak. Bukan Iqram yang suruh Iqbal buat cerita pasal saya tu." Jelas aku pada Ayish.
Muka Ayish kelihatan terkejut. Tapi masih mengawalnya agar tak nampak ketara. Dia acah swag.
"Dah tu siapa ? " Soal Ayish pada aku.
"Kawan awak yang kita jumpa mase first date kita. "
"Eh tak! bukan date. hehe. Masa dekat mall tu. Apa nama dia. Yang sombong tu. Yang hitam manis tu. Alaaahhhh apa eh nama dia, kedekut betul dia ni. sebab tu susah nak ingat nama dia. Haih." Aku gigit bibir.
Ayish ketawa.
"Kenapa ketawa?" Soalku sinis. Keningku hampir bertaut sebab pikir apa yang lawak.
"Kelakar. "
"Apa yang kelakar ?" Soalku geram. Aku serius, dia main-main pula.
"Tak ada apa-apa. By the way, nama dia Kayra. "
"Ha! Kayra.! "
"Awak tahu dari mana cerita ni?"
Flashback
"Bagi saya Fresh Orange and kau nak air apa Qil? "
"Bagi saya laici ais, laici lebih okay?" Balas Qil pada pelayan restoran tersebut. Tersenyum dia saat dengar permintaan Qil.
"So, amacam sekolah baru Qil? Okay?" Soalku pada Qil.
"Bolehla. Tapi tak best ah. Aku dah tak jumpa kawan yang gila macam kau." Keluh Qil.
Setelah beberapa minit berbual. Air yang dipinta pun datang. Aku meneguk air gelojoh. Sampai nak terbelahak.
"Kau ni. Tak sopan ah." Kata Qil pada aku.
"Aku sopan depan bf aku je. Depan kau buat apa nak sopan. " Ujarku pada Qil. Dan terletus ketawa yang dibuat-buat dari mulut Qil.
"Eh! Aku nak pergi tandas jap. Jagakan beg aku ni." Pintaku pada Qil.
Qil adalah kawan baik aku. Dari kecik kami berkawan. Tapi hubungan kami sedikit renggang apabila Qil terpaksa pindah ke Pinang mengikut keluarga.
Qil ni lawa. Anak mami. Huhuhu.
Lepas aku buang air kecil dan membaiki rambut yang kusut dihadapan cermin, aku mengatur langkah ke meja kami tadi. Lama dah tak jumpa Qil.
Alang-alang dia datang sini, kami jumpa lah.
Banyak benda aku nak cerita dekat dia. Tapi masa dalam perjalanan ke meja aku.
Aku nampak satu figura yang aku rasa macam pernah nampak. Ya! Perempuan yang tegur Ayish dulu.
Yang peliknya tetiba Iqbal muncul dan duduk di depan dia. Diorang couple ke?. Tapi tak kut.
Aku yang tak ingin ambil peduli jadi nak peduli apabila nama aku jadi bualan mereka. Aku dengar sebab jarak aku dengan meja mereka tak adalah jauh sangat. Jadi aku pun menyorok dekat satu tiang ni.
Mereka tak nampak aku. Tapi aku nampak dan dengar perbualan mereka. Jelas!
"Asal Ayish dengan Nara masih bersama?" Soal Kayra sedikit gelisah.
"Aku dah buat apa yang kau suruh." Ujar Iqbal pula.
"Nah bayaran kau. Kau fikir plan lain. Yang aku tahu, aku nak Nara dengan Ayish berpisah. Aku tak suka diorang bersama." Kayra menghulurkan bungkusan coklat pada Iqbal.
Iqbal mencapai bungkusan tersebut tapi dipegang semula oleh Kayra.
" Pastikan kali ni berjaya. "
"All right bos. " Balas Iqbal yakin.
End Flashback
"Ha! camtu ah ceritanya." Aku memberitahu kepada Ayish.
Kami berjalan ke kelas.
"Tak sangka minah tu hati busuk. " Kata Ayish.
"Saya pun tak sangka. Ingatkan kerja Iqram. "
"Iqram dalam penjara" Ujar Ayish mengejutkan aku.
"What?! "
"Ya. Dia pukul saya dan Akim hari tu. Hari yang kami tak datang sekolah. "
"Oh. patutlah. Luka awak teruk? Kenapa tak bagitau. " Aku memberhentikan langkahku dan memuncungkan mulutku.
"Tak ada apa yang nak dirisaukan. Saya dah ada depan mata kan?" Ayish kenyit matanya pada aku dan melangkah laju meninggalkan aku.
Aku senyum.
"Tunggulah." Panggilku.
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Teen FictionTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...