Nara POV
Akhirnya semua dah selesai. Iqram nampaknya lega setelah aku memberitahunya yang aku dah lama maafkannya. Begitu juga dengan Ayish.
Alhamdulillah Tuhan beri dia kesempatan untuk bertaubat.Aku dan Ayish pulang ke rumah. Macam biasa. Dia akan menghantarku pulang.
Esok sekolah dan aku ada banyak benda yang masih belum selesai.
.
.
.Ayish POV
"Iqbal. " Aku berbisik perlahan sebelum menolakknya ke dinding.
"Kau nak apa? " Marah Iqbal.
"Aku cuma nak tanya, berapa Kayra bayar kau untuk rosakkan hubungan aku dengan Nara? " Aku senyum sinis. Saja nak menimbulkam rasa jengkel dalam hati Iqbal.
"Apa kau merepek ni? " Iqbal serius.
Aku halang dia dari berjalan ke kelas.
"Aku boleh bayar kau lebih dari dia." Ujarku sambil menaikkan keningku. Aku pandang dia. Namun, cepat-cepat dia melarikan anak matanya.
"Merepek." Sekali lagi Iqbal cuba melarikan diri.
"Pengecutnya. Hari tu berani sangat." Iqbal berhenti dari menghayunkan langkahnya.
Aku berjalan di sisinya dan membisikkan ugutanku.
"Kau nak tamatkan game ni atau kau nak aku lapor kerja jual dadah kau pada polis? "
Iqbal terpempang. Dia terkejut. Aku menepuk bahunya.
"Pilihan kat tangan kau. " Aku jerit dan berlalu.
Akim POV
Aku dengar bualan Ayish dan Iqbal. Aku senyum sendiri. Lepas je Ayish tepuk bahu Iqbal. Aku dari belakang tambah lagi tepukan sambil layangkan satu senyuman pada Iqbal.
Nampaknya dia terkesan dengan ugutan si Ayish tu. Pucat macam mayat hidup ruoa si Iqbal. Apa agaknya yang Ayish bisikkan pada dia eh?
Aku baru nak masuk kelas, terserempak dengan Yana.
Dia pandang aku. Aku larikan mata dari pandang dia dan terus masuk kelas.
Kenapa dengan aku ni? Aku suka tapi aku mengelak. Aku layan dia macam aku tak ada perasaan dekat dia. Ego? Mungkin.
Tapi sebab ego kau akan merana Akim. Behave dengan ego kau tu. Satgi memakan diri sendiri. Padan dengan muka.
Aku mengeluh berat. Dah lama dia tak hantar sticky note. Ehek! Sebenarnya rindu dengan ayat cheessynyaaa itu.
Jam menunjukkan pukul lapan dan kelas akan bermula. Aku tumpukan perhatian penuh masa guru mengajar.
.
.
.Masa rehat tiba. Tapi aku masih kekal atas kerusi.
Tiba-tiba seseorang menarik kerusi dan duduk menghadapku.
"Nah! Makanlah. " Ujarnya sambil menolak bekas makanannya kearahku.
Aku pandang dia.
"Saya nak keluar ni. Makanlah. Saya tahu, nanti di syak buat benda tak elok berduaan macam ni. " Dia tersengih dan meninggalkan kelasku.
Baru aku nak pegang dan buka bekas tu. Tiba-tiba muncul semula di muka pintu kelas.
"Oh ya lupa! Bekas nanti tinggalkan bawah meja awak. Nanti saya ambil. Takpun hantar je dekat atas meja saya. " Dia wink dan berlalu.
Aku mengangkat bahu dan membuka bekas itu. Dua keping sandwich dan satu nota.
Have a great meal. Yana handmade! Hope you like it. 💓
Sticky note.
'Yana-yana. Tak putus asa. ' Aku geleng kepala dan makan.
Rezeki, takkan nak tolak kan?
Lepas makan aku letak bekas dia dalam kelasnya di tempatnya.
Sempat aku balas note nya itu. Terima kasih aku ucapkan.
Semua pelajar akhirnya telah masuk ke kelas. Tiba-tiba aku dan Ayish dipanggil ke stor. Terkejut jugak sebab tetiba sahaja.
Tapi aku tak menolak dan terus menghayunkan langkah ke sana. Sampai disana aku nampak Cikgu Aslam tersenyum lebar ke arah aku dan Ayish.
Aku mengeluh. Apa lagi kali ni? .
"Kelmarin awak dah gagal siapkan denda awak. Maka harini saya sedia kan lagi denda. " Dia sengih lagi. Betul - betul menyakitkan hati.
"Nampak ni semua?" Soalnya.
Aku dan Ayish mengangguk.
"Angkat semua ni dan bawa ke makmal bahasa di tingkat tiga." Suruhnya .
"Apa?! " Aku dan Ayish terkejut.
Baru sempat nak update. Saia demam 😢
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Novela JuvenilTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...