Someone POV
"Woi budak! Kau bila nak bayar hutang aku? "
"Bila masa aku berhutang dengan kau? Aku tak kebulur lagi lah nak berhutang dengan kau!" Aku menengking kuat. Bergema satu bangunan blok D.
"Berani kau menjerit dekat aku?! "
Pelajar lelaki senior itu terus menolakku rapat ke dinding. Dia menekan dadaku dengan tangan kirinya. Dia mengeluarkan pisau dari poket seluarnya. Aku menelan air liur.
Dia memainkan pisau tersebut dari dahi. Turun ke hidung. Pipi , bibir dan akhirnya berhenti di leherku.
Dua kawannya menjaga kawasan agar selamat dari gangguan pelajar lain malah mengelakkan drpd terserempak dengan guru.
"Keluarkan semua duit yang kau ada sekarang.." Dia bersuara perlahan.
"Aku takkan bagi kau sesen pun ! Makbapak aku kerja siang malam bagi duit dekat aku bukan untuk tanggung kau la bodoh! " Aku membidas dan cuba meronta.
Dia merapatkan lagi pisau tersebut di leherku. Kalau aku berpaling memang konfem terkelarlah leher aku.
"Hoi ! Ade orang datang... " Seorang rakannya memberikan amaran. Aku bernasib baik.
"Fine ! "
Dia melepaskan aku.
"Kau jangan ingat kau akan terlepas. Aku akan cari kau lagi" Pelajar itu membisikkan kata kata di telingaku lalu menunjal kepala ku dan berlalu bersama 4 orang rakannya.
Ayish POV
Kelas dah tamat. Akim masuk ke kelas lepas masa rehat berakhir. Banyak nota yang dia tertinggal. Maka aku selitkan nota aku di bawah mejanya.
Aku berjalan pulang.
Di Rumah Sewa Ayish
Sampai sahaja di rumah. Aku mandi dan bersantai di ruang tamu. Membuka tv dan hmm takda cerita menarik.
Aku mengambil beg sekolahku. Dan tetiba teringat seauatu.
Flasback
Aku berjalan seorang diri. Ingat nak beli nasi dekat gerai Makcik Roziah kat tepi jalan tu. Baru je nak lintas jalan. Tapi tak jadi sebab ternampak kelibat Akim. Aku pun menyorok ah belakang pokok.
Aku nampak dia bersama seorang perempuan. Juga berbaju sekolah.
Mulanya aku tak nampak muka budak perempuan tersebut. Tapi bila dia berpusing , aku nampak lah. Tal kenal pun. Hihihi. Tapi nampak familiar lah.
Lupa pulak tengok kat mana haritu. Eh ape bodoh sangat ni Ayish?! Budak sekolah kau jugak tu memang lah familiar.
Aku hempuk dahi aku sendiri.
Taknak rungsingkan kepala
Aku jalan terus ke rumah. Tak nak ambik tahu. kalau diorang bercinta pun. Apa kene mengena dengan aku. Right?.
End flashback.
Aku tertidur di sofa dengan tv terbuka. Ni tv yang tengok aku. bukan aku yg tengok tv. Aku mengeluh.
Aku baru je nak bangun dari sofa nak ke dapur dan bunyi pintu diketuk kedengaran. Aku buka pintu sambil betulkan rambut yang kusut.
Dan wahhh! Bidadari dunia datang. Bersama dengan tingkat mangkuk.
Nara tersengih sumbing.
"Hai Ayish!"
"Err. Hai!" Aku membalas bersama dengan kenyitan mata.
Nara menhulurkan mangkuk tingkat di tangannya kepadaku. Aku menyambut. Dia blushing duh.
"Makanlah. Aku tahu kau tak makan lagi. " Dia tersenyum.
"Eh Nara jap .. ! Nak tanya ni"
" Esok jelah kau tanya. Aku busy ni. Bye! " Nara melambaikan tangannya.
Nara terus berlari ke keretanya. Setelah dia masuk. Kereta terus meluncur laju.
Aku melihat mangkuk tingkat itu. Mengambil bau. Hmm macam sedap.
Tak kesah lah sedap ke tidak. Asal kenyang.
"Rezeki jangan ditolak. " Aku masuk ke rumah dan terus melahap semua makanan yg diberi Nara.
Tepat pada masa dia datang. Aku tersenyum teringatkan keletahnya tadi.
Dan apa salahnya mencuba kan?. Aku senyum sendiri.
Aip aip theres something wrong. Diorang masih sekolah lah! hahaha. 🙈
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Teen FictionTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...