Akim POV
Dah berbulan berlalu. Seminggu lagi aku dan rakan akan mengahadapi peperiksaan yang paling besar. SPM.
Aku masih dengan Yana. Aku nampak dia terlalu kuat belajar. Kadang-kadang aku pun di hiraukan. Jadi malamni aku decided nak ajak dia keluar.
Hilangkan segala stress dia.
.
.
."Yana.." Panggilku perlahan sambil merasai angin yang bertiup lembut.
"Ya.." Jawab Yana sambil tangannya menyelit sedikit rambut ke telinganya akibat ditiup angin. Matanya pula kekal pada ombak yang membadai pantai.
"Kenapa nampak sedih je ni? " Soalku. Sebenarnya sangat ketara perangai Yana semenjak sebulan yang lalu.
Dia suka mendiamkan diri dan hanya asyik belajar. Langsung tiada hiburan. Nasib malam ni dia sudi keluar dengan aku. Kerana sebelumni kalau aku ajak pun memang dia akan bagi alasan sibuk belajar.
Tapi aku tahu dia memang betul-betul belajar.
Yana menghela nafas berat.
"Saya takut nak hadap peperiksaan ni." Yana bangun dari tempatnya dan menepuk-nepuk bajunya yang kotor akibat pasir pantai yang melekat.
Aku juga bangun dan berbuat perkara yang sama. Kami jalan seiringan ke kedai makan di seberang jalan.
"Semua kakak dan abang berjaya. ." Ujarnya lagi.
"Saya tak boleh fikir apa yang parents saya akan kata kalau saya gagal dapat keputusan cemerlang.Saya kena ikut jejak abang dan kakak. Saya tak nak kalah. " Panjang Yana jelaskan apa yang terbuku di hatinya.
"Nara juga budak pandai. Keluarga selalu bandingkan saya dengan dia. Saya malu. Sebabtu saya tak ngam dengan dia. Dari kecik kami dibandingkan. Nara tu bukan sahaja setakat lawa tapi otak dia pun genius." Yana mengeluh.
"Tak. Jangan rendah diri. Awak pun lawa dan bijak. Tak ada kurangnya " Kataku cuba memujuknya.
"Tak. Saya tak sebijak dia. Kelas pun dah membezakan kami. " Yana gelak terpaksa. Nampak benar dia palsukan senyuman dia.
"Memang awak kelas kedua. Tapi, Kelas tak membezakan kita Yana. Kalau awak kata macamtu, kita kena buktikan yang awak mampu dapat result yang cemerlang. Saya akan bantu awak. Tapi maaf, subjek akaun saya tak belajar." Aku menggaru kepala. Tersengih.
Kasihan Yana. Aku juga benci dibanding- bandingkan. Bukan setakat aku dan yana, tapi ramai lagi manusia yang tak suka dibandingkan. Sesungguhnya setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri.
Yana tersenyum.
"Terima kasih. " Senyum Yana masih mekar.
"Jom kita makan, lepas tu balik. " Ujarku.
"Okay. " Yana menjawab lembut.
.
.
."Iqbal, mak kau macammana? "Ujar Ayish pada Iqbal.
"Belum dapat buat apa-apa. Aku kena bayar semua wang pendahuluan, baru mereka boleh lakukan pembedahan tu. " Ujar Iqbal pula.
"Nanti aku cuba cari bantuan. Aku masuk kelas dulu. Jumpa kau nanti. " Ayish pantas meninggalkan Iqbal dan berlalu ke kelas.
Aku mengekorinya.
.
.
.Ayish POV
Harini adalah hari yang amat mendebarkan pada semua calon SPM.
Sebelum memasuki dewan peperiksaan, sempat aku panjatkan doa pada tuhan semoga dia lapangkan dada aku, tenangkan aku, dan mudahkan aku dalam menjawab peperiksaan. Aku juga doakan untuk rakan-rakanku.
Kertas pertama aku berjalan dengan lancar begitu juga yang kedua.
Aku nampak semua pelajar tak bazirkan masa untuk bermain. Semua menghabiskan masa yang terluang dengan membelek buku.
Iqbal juga tak terkecuali.
Pejam celik pejam celik dan harini hari terakhir aku.
Aku keluar dewan peperiksaan dengan tenang. Semua kawan-kawan dah pun mula menconteng baju mereka. Untuk dijadikan kenangan kononnya. Tapi maaf, aku tak buat perkara sia-sia macam tu.
Daripada aku conteng, lebih baik aku sedekahkan baju aku pada orang lain.
"Nara.." Panggilku. Dia berada di kalangan kawan-kawannya.
Dia pandang aku.
"Saya dah nak balik. " Aku berjalan dekat dengannya.
"Awal lagi, saya tengah conteng baju ni ha. Tengok tu budak kelas sebelah pun duk sibuk main tepung lagi. " Kata Nara.
Aku toleh dekat sekumpulan pelajar yang meraikan hari 'Merdeka' mereka dengan bermain tepung. Sekilo tepung amat bermakna pada orang yang memerlukan. Tapi orang zaman sekarang membazir macam tu je."Membazir. " Aku menggeleng.
"Alah saya pun tak pakai dah baju ni nanti. " Kata Nara lagi.
"Saya rasa baik awak dermakan pada orang susah. Suka hati awaklah. Saya nak balik ni. Malam ni saya ambil awak. " Tak sempat Nara membalas aku terus laju berjalan keluar dari perkarangan sekolah.
Aku nampak Iqbal, Haziq dan Akim telah pun menungguku di pintu pagar.
Aku tersenyum lebar.
Aku memaut bahu Akim dan kami berempat berjalan pulang.
.
.
."Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar." Sujud syukur Iqbal di lantai hospital setelah doktor beritahu bahawa pembedahan emaknya berjaya.
"Syukur ." Ucapku menepuk lembut bahu Iqbal.Akim tersenyum. Haziq juga yang dari tadi gelisah akhirnya dapat bernafas tenang.
"Terima kasih Akim. Aku hutang nyawa dengan kau. " Ujar Iqbal memeluk Akim.
"Apebenda kau ni. Kata sahabat. Jadi no hal setakat tolong macamni. Lagipun aku tolong sebab aku mampu. " Akim mula malu dengan perlakuan Iqbal yang memeluknya erat dan tak sudah-sudah mengucapkan terima kasih."Dah dah. Tak payah berdrama dekat sini. " Ujarku pada Iqbal dan Akim.
"Jeles lah tu aku peluk Akim " Kata-kata Iqbal membawa letusan ketawa yang kuat dari Haziq yang dari tadi hanya berdiam diri.
Aku pandang Akim. Dia mendekati aku dengan pandangan yang pelik.
"Kau dah kenapa?! " Marahku pada Akim.
"Kau jealous kan. Meh aku peluk kau pulak. " Akim mendekatkan dirinya dan memeluk aku kemas dari belakang.
Dia panjat atas belakang aku dan aku piggyback dia.
"Akhirnya persahabatan yang renggang kembali terjalin. " Ucap Haziq dan menerima anggukan daripada Iqbal.
.
Akan ada lagi satu sambungan. So stay tuned. .
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Teen FictionTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...