Ayish POV
Aku terkejut daripada tidur agak lewat. Saja bangun lewat. Bukan selalu. Lagipun hari ni cuti. Boleh lah bermalas-malasan sikit.
Aku turun dari katilku. Buka jendela. Matahari memancar masuk dalam bilik tidurku. Aku mencapai tuala dan membersihlam diri.
Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Aku berjalan ke coffee house berdekatan. Sedang aku menunggu makanan dan airku tiba, seseorang menepuk bahuku dari belakang.
Manusia tadi tanpa dijemput duduk di hadapan aku.
Pelbagai persoala muncul di benak fikiran aku.
"Selamat pagi " Ucap Iqbal seraya memanggil pelayan mengambil pesanannya.
Aku tak hiraukannya. Malah menjauhkan pandanganku ke luar kedai tersebut. Melihat kesibukan kota.
"Aku sebenarnya ada benda nak bagitau engkau." Iqbal memulakan bicara.
Kalau boleh aku taknak dengar pun apa yang dia nak cakap. Tapi terpaksa sebab aku dah minta pesanan tadi. Kalau cancel kesian pulak.
"Ha cakaplah.." Ujarku perlahan. Mataku tetap melilau- lilau melihat manusia yang sibuk berjalan kesana kemari.
"Aku harap kau tak terkejut kalau aku bagitahu benda ni pada kau." Kata-kata iqbal membuat perasaan ingin tahu aku membuak-buak.
"Straight to the point please." Kataku sedikit mendesak.
Kata-kata Iqbal terhenti apabila sorang pelayan menghantar makanan dan minumanku.
Sempat aku mengucapkan terima kasih pada pelayan tersebut.
"Sambung." Kataku sambil tangan ligat memegang garfu dan sudu.
"Pasal Nara." Ujarnya pendek.
"Kenapa dengan Nara?" Tanyaku sambil menyua sesuap nasi ke dalam mulut.
"Aku rasa baik kau jauhi dia. "
Bait bicara yang terkeluar daripada bibir Iqbal mencurigakan.
"Tak ada sebab.." Ujarku meneruskan suapan seterusnya. K aku lapar tak makan lagi ni.
Iqbal mengeluh.
"Dia bukan perempuan yang baik."
"Maksud kau? " Aku meneguk air. Begitu juga dengan Iqbal.
"Dia dah rosak.. " Iqbal berkata perlahan.
"Ha ha ha." Balasku hambar.
"Betul Ayish. Dia dah rosak." Kata-kata Iqbal sedikit membuat aku kecewa.
"Bukti? " Soalku.
Aku meghabiskan sisa-sia makanan yang ada dan menghabiskan air.
"Bukti aku tak ada. Yang aku tahu, dia dah diusik Iqram beberapa tahun lalu. Sebabtu Iqram selalu ganggu dia. Iqram sukakan dia. Tapi dia tolak Iqram."
Iqbal mengeluh.
"Sebabtu Iqram jadi benci pada kau. Sebab dia tahu Nara keluar dengan kau. " Aku tersentap
Sekarang aku dah tahu kenapa Nara tak nak jawab soalan aku pada haritu.
Sedikit sebanyak penerangan Iqbal membuat aku kecewa. Tak tahu nak percaya atau tidak.
Mustahil. Tapi benda tu boleh jadi juga.
Aku buntu. Perlu ke aku tanya Nara sendiri? Aku malas nak cari gaduh. Sebab setiap kali aku bangkitkan pasal Iqram, mood Nara terus berubah 360 darjah dalam masa yang sama.
Iqbal bangun dari kerusi setelah menghirup habis airnya.
"Fikirkan.." Kata iqbal seraya menampar bahuku lembut dan menapak keluar dari kedai.
Aku termenung seketika. Memikirkan kebenaran kata-kata Iqbal.
Kayra POV
"Good job Iqbal."Gumamku sendiri.
Aku menelefon Iqbal.
"Jumpa aku kat tempat biasa. Ambik payment kau."
Aku meletakkan gagang telefon dan berjalan mengikuti Ayish yang baru keluar daripada kedai coffee tersebut.
"Hey Ayish." Sapaku sambil melilit lengannya.
Ayish cuba menarik tangannya. Tapi makin kemas aku memegang tangannya.
"Lepaslah Kayra. Kau dah kenapa?" Marah Ayish. Menolak lengan aku.
"Rindu."
"Perempuan gedik." Seseorang menarik Ayish dari aku.
Aku tengok orang tu tajam.
"Jangan dekat dengan Ayish." Kata Akim.
Spoil mood aku. Tak guna. Bukan kah Akim dan Ayish bergaduh? Akim menarik Ayish laju. Meninggalkan aku sorang-sorang macam orang bodoh.
Ayish POV
Akim menarik Aku keluar daripada gangguan perempuan gedik tu.
"Lega." Kataku perlahan.
"Kau dari mana?" Tanyaku pada Akim.
"Tak nak ucap terima kasih?"
"Perlu ke ?" Soalku lagi.
"Kenapa tanya aku?" Akim balas dan menghayun langkah ke rumahnya.
setelah jauh dia berjalan. Aku menjerit.
"Terima kasih Sahabat! Kau yang selalu paham aku!"
Aku mengatur langkah pulang kerumah.
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Novela JuvenilTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...