Akim POV
" Yana..." Nama tu tercetus dari bibirku.
Aku tersenyum. Ya. Gembira semestinya. Maknanya aku tak bertepuk sebelah tangan.
Yana. Yana dan Yana. Wajah putihnya asyik dalam bayangan aku. Eh? Dah gila bayang mungkin. Bukan mungkin. Ni confirm.
Aku tahu dia tak ke kantin. Aku tengok dia ke pustaka. Berlari. So, aku belikan roti untuk dia. Buat alas perut. Mesti dia sedih sebab aku buat reaksi serius masa tahu dia lah budak sweet talker yang dah meltingkan hati aku.
Muka dia cuak gila. Kelakar betul. Jahatnya kau Akim. Dera jiwa raga anak dara orang. Kalau dia berubah hati macam mana? Ha kau juga yang melopong nanti.
Buat-buat tak suka konon.
Aku melanglah masuk ke pustaka selepas selesai membeli. Panjang leher aku mencari si manis aku.
Auw si manis 🙈
Aku nampak Yana. Dekat rak paling hujung. Sedang cari buku.
"Hai Si Manis.. " Aku menegur Yana.Yana POV
"Hai Si Manis.. " Seseorang menegur aku dari belakang aku.
Suaranya macam aku kenal.Dia juga tolong aku ambil buku yang aku nak. Sebab aku tak sampai. Bukan aku pendek! Tapi cuma rak ini ha yang tinggi sangat. Dia terus ambilkan untuk aku. Dia berada dekat dengan aku.
Aku berpaling dan pandang tuan empunya badan.
Cukup buat aku tak keruan. Aku berdebar nak mati.
"Err.. hai Akim ." Aku senyum.
Entah bagaimana rupa aku senyum pun tak tahu. Aku ambil buku yang aku nak tu dari tangan dia. Aku berlalu ke kaunter. Nak pinjam.
Lepas je aku siap buat peminjaman, aku nak labuhkan punggung dekat salah satu kerusi dalam pustaka tu. Tapi tangan aku ditarik.
Ditarik ke luar pustaka.
"Akim. ."
"Nah. Kau tak makan lagi kan? " Akim menghulurkan sebungkus roti dan sekotak air kepada aku.
Nak ambil ke tak.
"Ambik je." Dia tarik tangan aku sekali lagi dan letak atas tangan aku. Dia kusutkan rambut aku.
"Makan elok-elok Manis.."
"... and you're welcome." Dia melambai dan berlalu pergi.
Sentap. Aku langsung tak ucap terima kasih pada dia. Terima kasih untuk ambilkan buku mahupun makanan ni.
Berdebar aku yang tadi tak hilang lagi. Sebab tu aku lupa nak berterima kasih. huh. Jangan cop aku tak ada adap okay.
Aku pandang roti dan air tu. Apa dia cuba buat ni? Mesti nak ambil hati aku balik yang dah berkecai di tengah jalan tadi kan? Eh berangan ape ni Yana. Cukuplah berangan di siang hari.
Ni semua sebab dia rasa bersalah sebab buat kau malu nak pergi kantin. Sebab buat kau malu dengan dia.
Tapi. Kenapa dia panggil aku manis? Ha!
Eh Yana dahlah tu berfikir. Buat penat otak je. Balik nanti lepas homework semua dah siap baru fikir okay?
Aku ambil buku yang aku tertinggal dekat meje dalam pustaka tadi dan mengatur langkah ke kelas. Mana boleh makan dalam pustaka.
Aku masuk kelas dan habiskan makanan tu. Memang habis sebab aku sangat lapar.
Tapi tindakan dia tadi buat aku masih tertanya-tanya. Kenapa dia macam tu.
Adakah dia punya rasa yang sama? ewahh ewahh. 😂
Sorry otak. Terfikir pasal Akim lagi. Hahaha
Apa-apa ajelah. Aku tersenyum sendiri.
Akim POV
"woi!" Ayish menepuk belakang badanku perlahan. Tapi cukup mengejutkan aku.
"Kau intai siapa tu?" Ayish menjengukkan kepala ke dalam kelas Yana.
Cepat-cepat aku tolak dia masuk ke kelas kami. Takut terkantoi.
"Sejak bila pandai berahsia ni?" Soal Ayish.
"Sejak kau dah tak hidup dalam hati aku..."
Short chapter update !
Teruskan vote dan komen anda. Ianya amat dihargai.Setiap vote dan komen anda amat membantu mood author untuk terus update. Taklah rasa macam story ni tak wujud. Hehehe.
Thankyouu my beloved readers. 💕
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Teen FictionTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...