Dah seminggu berlalu selepas daripada kejadian aku dan Akim dikejar samseng. Satu lagi kenangan dicipta bersama. Kenangan yg membuatkan aku lagi sakit untuk melepaskan Akim pergi jauh. Aku pasti, setelah dia berpindah, pastinya dia akan melupakan aku kerana telah bertemu rakan yang lain. Sedikit kecewa. Perasaan aku mula bercampur baur. Setiap malam aku teringat akan kenyataannya. Over thinking!
*Di sekolah.
"Ayish, asal kau ni? diam aje. tak macam selalu. Kecoh." Akim mengeheret kerusinya ke meja aku. Duduk menghadap.
"Tak ada apalah. aku cuma takda mood."Ujarku hambar. Aku merenungnya. Berfikir tentang kejayaannya. Berfikir tentang diri aku yg sendirian.
"So, dah settle ke surat kau nak tukar sekolah nanti?"Aku bertanya. Sekadar mengambil hati. Melihatkan aku seorang yg prihatin. Ya! Hipokrit.
"Belum lagi rasanya. Ayah aku busy sikit these day."Akim membalas, menjuihkan bibir. Aku tahu, dia sangat seronok dapat berpindah. Nak merealisasikan impian untuk menjadi pemain bola sepak profesional.
"Okay!". Aku mula tawar hati. Terasa jauh. Aku yakin. Akim sangat terasa akan kerengganan yg aku tunjukkan. Aku kekok. Janggal nak bercakap tentang byk perkara walaupun aku sepatutnya gunakan waktu yg tersisa ni untuk menghabiskan masa dengan Akim.
Kerana yg pasti, setelah dia berpindah. Aku akan jarang menemuinya. Mungkin tidak lagi berjumpa. Aku bangun dari tempatku dan berjalan di koridor sekolah.
Akim menjerkah. "Hoi! mcm tu je kau bls. Kau ni kenapa? Apa masalah kau? Murung je."Akim mula merimaskan aku. Aku merasakan dia hanya buat2 prihatin.
"Aku dah ckp kan takde apa2!" Aku bengang. Tangannya yg diletakkan di atas bahuku, aku rentap.
"Apasal dengan kau ni? aku tanya baik2 kan. Yang kau nak bengang tak pasal2 kenapa?"Akim menolakku.
Aku diam.
"Kau dengar tak?!"Akim meninggikan suara. Dia mula merimaskan.
Aku berasa panas dan menumbuk mukanya.Dia jatuh. Akim terkejut. Dia bangun dan apabila dia mula mahu memulakan bicara, aku memukulnya lagi. Dia bangun dan membalas.
Aku tidak dapat mengawal amarah dalam hati pabila dia mula melawan. Sekali lagi, aku memukulnya. Dia rebah. Aku mula bertindak lebih agresif dengan menendang perutnya, menyepak kakinya dan...
Aku patahkan kakinya tanpa sengaja. Aku melihat mukanya. Merintih. Meminta dikasihani. Kenapa dengan aku? Aku tak dapat kawal marah aku. perasaan aku. Syaitannya aku!. Allah.
Setelah aku sedar. Aku lari. Lari pulang. Memecut dengan kadar segera kerana takut. Perasaan bersalah menghantui diri aku. Sungguh. Aku tidak sengaja. Perbuatan aku tadi bukan setakat membolehkan alu dibuang sekolah.
Tapi mama dan papa, aku pasti mereka akan marah yang teramat dengan kelakuannya. Aku telah menconteng arang ke muka mereka, aku melukakan sahabatku, aku tak guna. Ah! Tertekan.
Aku mengurung diriku di dalam bilik air. Menangis mengingati kembali apa yg terjadi. Tadi itu bukan diri aku. Sungguh! Aku tak sepatutnya memukul Akim.
Dia cuma mahukan penjelasan tentang sikap aku yang mula menjauhkan diri daripadanya. Aku tahu dia merasakan kerengganan itu.
*Hospital
Aku tahu Akim dimasukkan ke hospital kerana teruk dibelasah oleh aku. Aku tahu hal ini melalui group whatsapp kelas. Ramai juga yg cuba bertanya melalui mesej memandangkan kejadian tadi berlalu di tempat terbuka. Ramai yg memerhati. Namun, aku tiada daya untuk membalasnya.
Aku tidak pergi melawatnya. Aku hanya memerhati dari tingkap di luar hospital. Akim berada di tingkat 3 dan Katil Akim berada di tempat paling hujung. Aku dapat lihat dari bawah bangunan kakinya yang tergantung. Aku lihat mukanya yang muram. Akim sedang duduk di atas katilnya. Tiba tiba dia memalingkan muka ke arah tingkap.
Dia melihatku. Mukanya. Marah. Renungan matanya tajam menikam diri aku. Aku paham. dia sangat marah dengan kejadian tadi. Dia mengepal tangan menumbuk cermin. Aku cepat cepat lari daripada situ. Aku pulang kerumah.
*Rumah aku
Aku pulang. Mama dan Papa menunggu. Aku sudah mengagak apa yang akan diberitahu. Bukan diberitahu. Aku dimarahi! Pertama kali aku melihat Papa begitu marah.
"Kau nak jadi samseng ke?!" Papa menjerkah aku. Menolak aku sehingga jatuh di tepi keretanya. Tak terdaya aku nak melawan. Dia bapaku. Pemberi segala kemewahan yg aku rasai sekarang. Siapa aku nak melawannya. Maka aku mendiamkan diri.
"Kau bagitahu aku! Bagitahu aku! Kenapa kau pukul Akim? Kau sengaja nak malukan aku ke Farish Asyraf! Sia sia aku bela kau. Anak tak guna! Malu aku dengan bapak si Akim tu kau tahu?!? Tak! kau tak tahu, kau tahu belasah anak orang sampai patah tulang hampir mati je !. " Papa memaki hamun aku.
"Papa, yish tak sengaja. yish tak tahu kenapa yish marah dekat dia. Yish mintak maaf papa, mama." melutut aku meminta maaf. Bersama dengan linangan air mata kekesalan. Mama turut menangis. Dia cuba melindungiku.
"Kau tahu tak apa jadi kat Akim?! Kau rosakkan masa depan dia Ayish!!! " Papa mula merintih. berulang kali dia mengulang ayat yang aku telah musnahkan masa depan Akim. Aku masih tak faham.
"Macam mana dia nak main bola kalau kaki dia patah Ayish? Kau ni kawan ke syaitan ayish?! Kau tahu kan cita cita dia. Dia kawan baik kau. Tergamak kau buat dia macam tu. Aku tengok dia menangis di hospital tadi. Merintih nak kakinya balik." Papa mengendurkan suaranya.
"Tak tahulah apa nak jadi dengan kau". Papa masuk ke dalam rumah tanpa melihatku.
Aku terkejut. Kaki. Patah. Cita cita. Keluarga Akim.Apa yang aku dah buat?! Astagfirullah. Aku tak sangka tindakan aku boleh merosakkan masa hadapan org lain. Impiannya dari kecik musnah. Oleh kerana sahabatnya sendiri. Layakkah aku gelarkan diri aku seorang sahabat?. Maafkan aku Akim. Aku merintih.
Mama meminta aku masuk ke rumah. Suasana di rumah begitu tegang. Aku masuk ke dalam bilik. Seharian aku tidak makan. Tiada selera. Akhirnya, Aku tertidur bersama rasa bersalah yg menghempap diri aku.
sediakan tissue untuk next chapter guyssss!!
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Novela JuvenilTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...