Iqram POV
"Padan muka kau Akim. Kau takkan terlepas kali ni." Aku melabuhkan punggung atas sofa di ruang tamu.
Puas hati aku saat melihat Akim dan Ayish ditangkap di depan bilik peperiksaan itu. Aku yakin sekali dia akam dibuang sekolah.
Aku meminta Adnil meletakkan 'bukti' di bawah meja Akim. Dan lepas ni semua orang akan percaya bahawa dia yang menyebabkan kecurian itu."Hahahahaha. " Ketawaku semakin galak.
Sebenarnya, aku yg mencuri kertas-kertas tersebut. Kertas apa? Kertas peperiksaan yg akan kami duduki Isnin ini.
Peperiksaan akan ditangguh oleh kerana hal ini. Hukuman pun pasti berat. Bukan kesalahan kecil yg Akim lakukan. Opps! Aku lah yg lakukan. Hahahaha.
Aku juga meminta Iqbal 'memblackoutkan' kawasan sekolah agar CCTV tidak dapat merakam perbuatanku.
Sebaliknya, Akim dan Ayish menjadi mangsa kerana setibanya di sana. aku bunyikan siren sekolah. Aku menghidupkan kembali cahaya lampu di koridor itu.
"Bodoh!" Aku ketawa lagi.
Aku dapat rasakan kejayaan aku kali ini.
...
Sedang aku bersantai minum air di ruang tamu, rumahku diceroboh.
"Kau! Mana duit aku! " Nyaring suara penyangak tersebut menjerit ke arahku. Menuding jarinya ke arahku.
Dia merupakan konco kepada Ah Long . Ayahku, kaki mabuk, kaki judi.
'Ayah tak guna' getusku.
Dia telah meminjam wang yg banyak drpd mereka. Tapi, aku pula yg menjadi mangsa.
"Duit apa lagi?! Kau dah bunuh ayah aku. Tak cukupkah nyawanya menjadi galang ganti?" Jawabku marah tapi cukup pilu mengenangkan kematian ayahku yang ngeri.
"Nyawa ayah kau tak bawa keungungan sedikitpun bodoh!" Lelaki betubuh sasa itu menendang perutku. Perit! Aku tercampak ke atas sofa.
"Bayar duit bos aku atau adik kau akan jadi mangsa aku!" Aku lihat rakan kepada lelaki itu menarik rambut adik aku. Adik aku merintih menangis.
Lelaki itu cuba membuka baju adikku yg berumur 14tahun itu.
"Lepaskan dia. Dia tak berasalah. Aku janji... Aku janji aku bayar duit tu. Bagi aku sikit masa. " Rayu aku pada lelaki tersebut.
Maka dia menyuruh rakannya melepaskan adikku. Lekas adikku berlari memelukku. aku menggosok kepalanya. Sungguh. Dia betul dalam keadaan takut.
Badannya bergetar. Air matanya tumpah didadaku.
Lelaki itu mengangguk.
"Dua minggu. " Dia menuding 2 jari kearahku. Dia berlalu keluar dr rumahku. Sebelum keluar, mereka memecahkan tv dan tingkap dirumahku.
Dia juga menendang kuat pintu rumahku. Bunyi kuat hasil dari tendangan tersebut mengejutkan aku. Mendebarkan jantung aku yg sedia kala berdegup kencang dari tadi.
Lepas mereka keluar. Aku memujuk adikku. Menenagkannya.
...
Aku terkejut dari tidur. Mimpi ngeri itu masih lagi menghantui diriku. Tiap kali aku tidur. Mimpi itu masih menjelma.
"Sebab kenapa aku bencikan kau Akim". Ujarku perlahan.
Guys. Takde idea nak sambung macam mana lagi cerita ni 😂😰
But dont worry. Author akan siapkan walau apa jua halangan yang datang. Aaacheehwahh.Dont forget to vote and komen guys!
YOU ARE READING
Kau Sahabat [ Complete ]
Teen FictionTengku Hazrick Hakimi, bersahabat baik dengan Farish Asyraf sejak dari sekolah menengah. Namun, atas satu kejadian yang tidak disengajakan, mereka bergaduh dan persahabatan yang dijalin bertahun tahun musnah. Datang pula Iqram cuba membalas dendam...