2012
Manusia dan otak.
Memang lumrah mereka untuk berfikir. Cuma kadang-kadang fikirannya melampaui keperluan diri. Terlampau berfikir buat manusia melakukan perkara bodoh kau tahu? Tapi kalau tak kerana kebodohan mereka, tiadalah elektrik, telefon dan apa semua itu. Juga tiadalah ilmu, bukan? Aku penat menggunakan otak sebenarnya. Kenapa? Sebab otak aku tak berhenti bekerja kecuali waktu ku tidur. Kesian.
Manusia lalu-lalang dengan bermacam buah fikiran. Ada yang fikir tentang keluarga, ada yang fikir tentang teman lelaki, ada yang fikir tentang shopping, ada yang fikirannya bermacam rancangan jahat dan banyak lagi. Kau tahu? Minda manusia berbeza-beza. Aku paling hormat pada seorang lelaki yang berpakaian hipster tetapi di dalam fikiran tak henti menyebut nama tuhannya, Allah.
[Handsomenya budak tu.]
Eh? Aku mengangkat kepala - mencari tuan empunya fikira . Aku terpandang seorang perempuan berpakaian jogging yang aku agak umurnya dalam 20-an. Dia menjeling aku sambil senyuman meleret di bibirnya. Aku membalas senyumannya. Tersipu-sipu perempuan itu berlalu dan sempat fikirannya menerawang ke katil. Seriously, sister? Am twelve years old!
Aku mendesah. Mula membaca fikiran orang lain pula. Kompleksnya fikiran manusia hingga kadang-kadang kau tak sanggup nak dengar. Ia menyakitkan. Kenapa? Sebab kalau kau jadi aku, kau akan ada perasaan nak bantu orang. Contohnya pasangan yang bertengkar sebab mende remeh padahal hati masing-masing macam celaka. Ego. Ah, tak perlu kisah!
"Kau memang takde kerja lain eh?"
Aku tersentak. Terus hilang segala suara-suara manusia yang bermain di kepala. Aku bangun dari pembaringan - duduk bersila. Sengihan aku berikan tatkala memandang empunya suara yang memang sah tak handsome langsung. Dia duduk bersila di sebelah aku - turut memandang manusia-manusia yang lalu lalang di taman permainan. Nama pun rumah perumahan, memang ramailah manusia.
"As usual."
"Baca fikiran orang?" tekanya (yang sebenarnya dia dah terbiasa).
"Iyup."
Dia menggeleng kepala. "Kalau aku jadi kau, aku lebih suka gunakan power aku untuk bantu diorang."
"Senangnya kau cakap."
"Apsal?"
"Semuaorang ada masalah-" aku menelan liur (kerana aku sedang menguyah chewing gum) sebelum menyambung percakapan "Tapi mereka tak boleh harapkan masalah mereka selesai dengan hanya menyuruh orang lain selesaikan."
"Kalau masalah dia senang, kau taknak tolong?"
"Kalau senang?" aku mengulang.
Dia mengangguk. Aiceh gedik je aku ni.
"Kalau yang easy tu, aku bukan taknak tolong. Aku nak. Nak gila! Tapi tu lah. Kau takkan suka."
"Hm?"
"Betul kau takkan suka!"
"Benda apa?"
"Tadi ada sorang akak ni lalu depan aku lepastu diaaaaaa...." aku sengaja memanjangkan vokal 'a' agar dia dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan.
"Okayy berhenti! Jangan cakap!" Dia menutup telinga. Matanya dipejam seolah-olah takut dengan apa yang aku cuba sampaikan. Aku lontarkan ketawa. Kelakar sebenarnya tengok dia berkelakuan macam tu.
"Tadi dia.."
"Diam!"
"Dengarlah, dam. Kan kau tanya tadi."
"Dah, takpayah cakap!"
"Aku bukan taknak, dam. Fikiran dia terlampau dewasa. Agaknya balik dari jog, dia terus.."
"Weh!"
"HAHAHAHAHA!"
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.