"What do you know about species?"
Sir Ed bercengkak pinggang. Jari telunjuknya ditekan pada tulisan spesies di atas papan putih. Matanya memandang satu persatu pelajar yang hanya ternganga dan memandang kosong pada dia dan papan putih. Sebilangan mereka sedang berfikiran jauh, ah kotor sungguh.
Mat Jan menggaru-garu kepala. "What you talk, sir? I don't understand langsung." kata Mat Jan. Ya tuhan, bahasa dia.
Sir Ed menghela nafas berat. [Im dead teaching them]. "Does anyone know about species? No?" Sir Ed memandang Mat Jan, kemudian Cicak, kemudian Afrina dan kemudian - aku meraup muka.
"How about you, afik?"
Aku menjatuhkan tangan. "Me?" Saja acah tak tahu, padahal aku dah baca fikiran dia. Bingkas aku bangun dari kerusi, saja berlagak cool.
"Yes you. Do you know anything about species? Tell us." Sir Ed tersenyum. (Please child, im so dead.)
Aku menarik nafas, "Species are one of the hierarchy in the classification of organisms. Species is the second.The name are written in italic. I will give you an example... Hm homo sapiens?"
"Done." ujar Sir Ed. Dahinya berkerut-kerut memandang aku.
Aku menghembus nafas lega dan kemudian tersenyum. Ilmu biologi bab lapan ini aku dapat dari seorang akak cantik di kedai mamak yang melepak sambil buat kerja sekolah. Sebab dia cantik-lah aku tertarik dengan semua ilmu dia. Banyak lagi dalam fikiran dia yang aku serap contohnya ilmu addmath, matematik dan pendidikan islam bab haji.
"You can sit, Afik. But that answer is wrong in PT3."
"Ah, wait. Do you know what is homo sapiens?" soal aku kepada rakan-rakan lain. Saja acah. Hazim mencebik. Bibirnya terkumat-kamit entah baca jampi serampah apa tak tahu. Aku malas teroka fikirannya.
Melihat pelajar lain diam, aku berkata "Homo sapiens ni nama saintifik bagi manusia. Ah, by the way. Sapiens ni spesies bagi beruk. Jadi, mungkin kita ni-"
"Enough, afik. You can sit now." pintas Sir Ed. Dia kemudiannya memadam tulisan spesies di papan putih. "That's what you will learn if you get into Beta class. So, you must get A for saints. I want A plus. Can you?"
Aku mengangguk senang.
"Thank you, sir."
*****
Di kantin.
"Weh, mana aok tahu tentang homo-homo tadi tu? Aok baca pikiran sir ke?" soal Cicak. Air sirap dihirup sedikit sebelum bibirnya mengepat bibir straw.
"Tak-lah. Sir tak fikir langsung tentang tu. Aku dapat cara lain."
"Cara mende?"
Aku menjongket kening. "Teka-lah." kataku.
"Aok baca malam tadi?"
Aku menggeleng kepala.
"Aok baca buku Adam? Adam kan suka baca buku pelik-pelik."
Aku menggeleng kepala lagi.
"Hmmmm-" Cicak mengurut dagunya. "Aok baca fikiran Ajim?" teka Cicak.
Burrrrr!
Nasi dari dalam mulut tersembur ke muka Cicak. Cicak terlopong - mulutnya menyenget. Matanya terkelip-kelip memandang aku yang menyapu nasi di mulut.
"Nenek kau! Jadah apa aku nak baca fikiran ajim? Fikiran dia tak habis-habis tentang Mat Jan. If that thought normal, tak apa gak. Masalahnya dia bayang Mat Jan naked! Dehek?"
"Uwey, rileks-lah." Adam menepuk-nepuk belakang aku.
"Masalahnya ajim tu sebilik kita.Aku tak tidur malam fikir dia sebilik dengan kita. Aku baca fikiran dia malam tadi!"
"Betul ke, pik? Ajim pikir mende semalam?" tanya Cicak. Cicak yang duduk di hadapan aku menggosok leher. Meremang.
"Aku rasa takyah kot bukak aib dia. Cukup sampai sini."
Cicak menghela nafas panjang. Dadanya diurut-urut tanda lega. Ais dicucuk dengan straw lalu disumbat ke dalam mulut. Adam tersengih melihat Cicak yang matanya tinggal putih saja merasai kenikmatan.
"Ajim tu bukan homo sapiens-lah kan? Dia tu homoseksual."
"Apsal pulak macam tu?"
"Itu-lah. Cuba deme pikir, kalau homo sapiens tu manusia. Ajim ni spesies apa?"
"Dia tetap manusia, cak."
"Tapi dia bukan sapiens!" bentak Cicak.
"The f-? Apa kau merepek, cak?"
Cicak menggaru-garu kepalanya. "Koi taktahu-lah weh. Kompius dah koi."
"Weh! Nak join korang, boleh?" suara parau yang menegur di belakang Cicak menyebabkan Cicak tertelan ais. Terbatuk-batuk si Cicak akibat tersedak ais. Hazim memandang aneh pada Cicak sebelum menepuk-nepuk belakang Cicak. Kemudian dia tersenyum kepada aku.
Aku tersengih.
"Terima kasih, weh." kata Cicak sebelum memusing badan ke belakang. Bulu romanya kembali menegak. Air liur ditelan lagi berkali-kali.
"Arghhhh!"
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
Ficción GeneralStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.