Suasana kelas kedengaran sepi. Kedengaran bunyi hembusan angin. Masing-masing terdiam selepas mendengar berita tentang teman lelaki Afrina curang. Simpati tersimpan dalam hati masing-masing. Ada juga yang rasakan perkara itu kelakar. Cikgu masih belum masuk kelas. Mungkin cikgu tidak masuk kelas harini.
"Ketika mimpimu yang begitu indah. Tak pernah terwujud, ya sudahlah. Saat kau berlari mengejar anganmu dan tak pernah sampai, ya sudahlah. Hmm~"
Suara Naufal bernyanyi yang menenangkan sesiapa yang mendengarnya - memecah kesunyian di dalam kelas. Alhamdulillah, suara budak-budak kelas ni semua sedap belaka. Mungkin takdir yang ditulis oleh penulis. Kami memang sekelas yang pelik. Ya, bagaikan keluarga. Atau mungkin hanya kelas kami yang begini. Hashtag support rodong bak kata Cicak.
"Apapun yang terjadi, ku kan selalu ada untukmu~" sambung Naqib tiba-tiba. Cewah, Naqib. Sejak akhir ni, dia dah mula jadi kelakar.
"Janganlah kau bersedih cause everything's gonna be okay~" sambung kami bersama-sama.
Afrina kesat air matanya kemudian ketawa dalam tangis.
"Yow satu dari sekian kemungkinan. Kau jatuh dan tanpa ada harapan. Saat itu raga ku persembahkan. Bersama jiwa, cita, cinta dan harapan." rap dimainkan oleh Cicak.
Aku syak, dia ni ada hati lagi dekat Afrina."Kita sambung satu per satu sebab akibat. Tapi tenanglah mata hati kita kan lihat. Menuntun ke arah mata angin bahagia. Kau dan aku tahu jalan selalu ada!" rap dimainkan oleh Ijat pula.
"Juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang. Bagai deras ombak yang menabrak karang. Namun ku tahu ku tahu kau mampu tuk tetap tenang. Hadapi ini bersamaku hingga ajal datang." rap dimain pula oleh Lempeng.
Okay, Afik! Your turn!
"Saat kau berharap keramahan cinta.Tak pernah kau dapat, ya sudahlah. Yeeah dengar ku bernyanyi. Lalalalalalala. Heyyeye yaya dedudedadedudedudidam. Semua ini belum berakhir~" aku bernyanyi.
"Apapun yang terjadi, ku kan selalu ada untuk untukmu. Janganlah kau bersedih cause everything's gonna be okay~"
Budak-budak perempuan mula memeluk bahu Nurin. Salah satu sebab Afrina pindah ke sini adalah kerana teman lelakinya, si Andre. Mereka bersahabat sejak kecil, lahir di sebelah katil di hospital. Malah rumah turut berjiran di mana rumah banglo milik Afrina bertentangan dengan rumahnya.
"Satukan langkah langkah yang beriring. Genggam hati rangkul emosi. Genggam lah hatiku satukan langkah kita. Sama rasa tanpa pamrih. Ini cinta across the sea. Peluklah diriku terbanglah bersamaku. Melayang jauh~" Cicak menghulurkan choki-choki kepada Afrina. Satu kelas ketawa termasuk aku. Jadah apa bagi choki-choki?
"Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari. Sosok ini yang menerima kelemahan hati. Yeah aku cinta kau. Ini cinta kita. Cukup satu waktu yes. Untuk satu cinta. Satu cinta ini akan tuntun jalanku. Rapatkan jiwamu tenang disisiku. Rebahkan rasamu untuk yang ditunggu. Bahagia hingga ujung waktu." sambung Cicak. Aku dah agak dah, dia ni masih crush on Afrina.
"Apapun yang terjadi, ku kan selalu ada untukmu. Janganlah kau bersedih cause everything's gonna be okay~" sambung kami. Kemudian semua kelas ketawa.
"Afrina, toksoh sedih ngat. Kumbang bercengkerang-kerang dalam dunia ni. Bukan sekerang je ande, ah. Lagipun benda tak penting gini toksoh sedih ngat. Mende je aok dapet, Nora Danish." pujuk Cicak.
"Terima kasih." ucap Afrina pada Cicak kemudian ditujukan kepada semua.
Walaupun kami sekelas sering bertelingkah, seperti Botak dengan Cicak yang bergaduh kerana Sufi Kerengga. Namun perkara itu tidak disimpan lama sebenarnya. Selepas kejadian Botak dirasuk, mereka telah berbaik semula. Lagi-lagi sekarang Sufi Kerengga bercinta dengan Udang.
Dan walaupun aku ada abang Alif, aku lebih perlukan sahabat. Entah kenapa tetapi itulah hakikatnya. Bila aku jatuh, mereka ada di sisi. Bila aku sakit, mereka masih ada di sisi. Bersama mereka membuatkan aku gembira. Entah kenapa. Mungkin ada sebab kenapa sahabat itu penting dalam dunia.
Kata Cicak, aku berubah seratus peratus selepas aku bangun dari koma. Aku lebih sporting berbanding sebelumnya. Tambah Adam pula, sebelum ini aku jenis yang tidak kisah tentang apa-apa dan melepas tangan. Kini, aku semakin bertanggungjawab. Semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak kita belajar sesuatu. Aku belajar betapa pentingnya sebuah persahabatan.*****
"Bila-bila masa kita boleh hilang kuasa. Kita tak tahu dia mampu buat apa. Siapa tahu bila dia datang balik?" keluh Hazim lalu melontar kertas yang telah dikeronyok - ke dalam tong sampah. Goal.
"Aku faham apa yang kau risaukan, Jim. Tapi kau tak bolehlah asyik fikir negatif. Asyik fikir kehilangan kuasa-kehilangan kuasa. Cuba kau fikir macammana nak selesaikan hal ni." kata aku sambil pandang tepat wajah Hazim.
"Macammana, Fik? Kita ni setakat ada kuasa tapi apapun kita tak boleh buat. Kita tak boleh tolong orang. Aku terer IT sekalipun tak membantu manusia! Kau tengok Cicak."
Aku pandang Cicak. Cicak sedang scan satu persatu perempuan dalam kelas. Dia pandang Afrina dengan pandangan membaca. Kemudian mulutnya memuncung. Dipandang pula perempuan yang baru lalu. Muncungnya ditarik seketika. Kemudian dia kembali memuncung. Parah budak Cicak ni. Aku pandang Hazim kembali.
"Tak pernah tolong? Kau lupa kita tolong arwah Jan? Kau lupa kita pernah tolong Naqib. Kau lupa ke buat-buat lupa?"
"Aku tak lupa, Fik."
"And then? Kita dah tujuh belas tahun, Jim. Sepatutnya kita dah boleh berfikir mengikut akal bukan hati. Kau tengok Adam semalam. Disebabkan dia ada masalah keluarga. Disebabkan dia pernah ditinggalkan. Dia takut kita semua akan tinggalkan dia. Dia takut dia juga akan tinggalkan dunia. Kau fikir tak, Jim?"
Hazim terdiam. Aku pula tarik nafas panjang.
"Jangan sebab salah satu daripada kita dah gagal, kau nak gagalkan kita semua. Jangan, Jim. Pasal Cicak, kita dah tak boleh buat apa-apa kecuali cari Komando. Sekarang ni kita cuma perlu cari dia atau dia cari kita."
Naufal tepuk bahu aku. "Sabaq nooo... Jangan emosi sangat hangpa ni. Aku ada jalan penyelesaiannya." ujar Naufal sambil menarik bahu abangnya.
Kami pandang Naqib yang tiba-tiba tersenyum penuh maksud. "Aku ada plan." katanya perlahan namun cukup bagi pendengaran kami. Kecuali Cicak yang asyik mengusyar perempuan lalu-lalang demi membaca masa lepas mereka dan dia asyik gagal. Bongok, dah tahu tak boleh tetap mencuba. Macam anjing tunggu tuan dalam cerita The Secret Life of Pets dah gayanya.
YOU ARE READING
Budak Sixth Sense [Completed]
General FictionStart : 10 November 2016 End : 6 May 2018 Semuanya kerana sebuah "Persahabatan." CERITA INI BOLEH JADI HUMOR, SERAM DAN THRILLER.